BTC USD 42,412.8 Gold USD 1,778.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EKONOMI MALAYSIA: Diunjur Berkembang 6%-7.5% Tahun Ini - Gabenor Bank Negara

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,149
Reaction score
2,780
Points
201
FB_IMG_1631565857203.jpg

Malaysia achieved robust investment performance for the first half of 2021, signaling the confidence of investors in the country. For more updates, visit www.mida.gov.my

#InvestMalaysia
#qualityinvestments
#economicrecovery

[3/3]

Blom + turki punya investment 80b katanya 😂
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,149
Reaction score
2,780
Points
201
Malaysia’s government seeks $11 billion more in Covid fund, higher debt ceiling: Finance minister

Yen Nee Lee
Malaysia’s government will seek parliamentary approval to increase funds for Covid-19 support measures and raise the country’s statutory debt ceiling, Finance Minister Tengku Zafrul Aziz told CNBC on Tuesday.

The new cabinet led by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob wants to add another 45 billion Malaysian ringgit ($10.8 billion) to its Covid fund to help businesses and households, said Zafrul. That will increase the size of the fund to 110 billion ringgit, he added.

Along with the planned increase, the government will seek approval from parliament to raise the debt ceiling from 60% to 65% of gross domestic product, said the finance minister.

We believe that as the economy recovers, it is wrong to be too quick in pulling support ...

Tengku Zafrul Aziz

Malaysia’s Finance Minister

“We believe that as the economy recovers, it is wrong to be too quick in pulling support … we need to continue to support the economy as it recovers, which means we need to continue to have a fiscal expansionary policy going into 2022,” Zafrul told CNBC’s “Squawk Box Asia.”

Since the start of the pandemic, the Malaysian government has rolled out economic stimulus worth 530 billion ringgit ($127.7 billion).

Malaysia last year raised its debt ceiling from 55% to 60% of GDP as the country grappled with the economic fallout caused by the pandemic. That’s the first time the Southeast Asian country has increased its debt ceiling since 2009 during the global financial crisis.

The government also lifted its 2021 fiscal deficit forecast from 5.4% of GDP to between 6.5% and 7%.

Zafrul, who’s scheduled to announce the government’s budget for 2022 on Oct. 29, said he doesn’t believe Malaysia is vulnerable to a credit rating downgrade.

“We’ve seen the reaffirmation despite the fiscal deficit going up,” said the minister. “What is important is the growth prospects of Malaysia and the commitment — in the mid-term to long-term — to fiscal consolidation, which is what we are still committed to.”

All three major credit rating agencies — S&P Global Ratings, Moody’s Investors Service and Fitch Ratings — have in the past few months affirmed their ratings for Malaysia.

Reopening Malaysia’s economy

Malaysia has been hit with its worst coronavirus outbreak since the start of the pandemic, despite multiple rounds of lockdowns. Reported cases have remained above 10,000 a day since mid-July, while the death toll has surpassed 21,000 in total, data by the health ministry showed.

The government has ramped up vaccinations. As of Monday, close to 75% of adults — or around 53.5% of the entire population — has been fully vaccinated, official data showed.

Zafrul said the government expects all adults to be vaccinated by end-October. That will allow the country to reopen most economic sectors, he added.

Malaysia’s International Trade and Industry Minister Mohamed Azmin Ali told CNBC last week that the country will start treating Covid as an endemic disease by the end of next month as the vaccination rate increases.

The country’s central bank, Bank Negara Malaysia, last month downgraded its forecast for 2021 economic growth to between 3% and 4%. Previously, its forecast was for growth between 6% and 7.5%.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,341
Reaction score
15,006
Points
2,376

MoU kerajaan, PH buka keyakinan pelabur asing baharu

September 14, 2021 @ 10:30am

bursa-naik_1631587413.jpg


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), semalam, akan membuka keyakinan pelabur asing baharu untuk mengintai peluang di Malaysia, kata penganalisis ekonomi.

Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata negara kini memerlukan pelaburan asing bernilai besar, sekali gus menambah pelaburan sedia ada untuk merancakkan semula sektor ekonomi.

Beliau berkata, pemeteraian MoU itu juga akan mempengaruhi keyakinan pelabur dalam pasaran saham yang sebelum ini mengalami prestasi tidak menentu akibat ketidakstabilan politik dalaman negara.

"Ia turut dijangka mengembalikan kestabilan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, di samping mewujudkan keyakinan bukan saja dalam kalangan pelabur, malah rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya kepada Bernama.

Mohammad Tawfik menyifatkan MoU itu sebagai tindakan luar biasa, yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana blok pentadbiran Kerajaan Persekutuan, dan kini ia dilaksanakan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

"Pada pandangan saya, sukar untuk mana-mana kerajaan membuka ruang dan menghulurkan salam perdamaian politik.

"Ini menunjukkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri sangat terbuka, komited dan mengutamakan suara rakyat," katanya.

Beliau berkata, meskipun penggal Parlimen ke-14 hanya berbaki satu tahun enam bulan, pembangkang dilihat turut menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan merealisasikan pelbagai usaha memerangi pandemik dan memulihkan ekonomi negara.

"Bagi saya, yang penting ialah adanya perancangan jelas untuk memberi impak jangka panjang dan pendek kepada pemulihan ekonomi negara.

"Paling penting, ekonomi perlu dipulihkan biar siapa pun yang mentadbir urus kerajaan. Setiap impak dasar pemulihan, khususnya dari segi ekonomi, wajib mengubah kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik dan keluar daripada kesukaran hidup serta kemelaratan," katanya.

Mohammad Tawfik turut berpandangan, bantuan kerajaan tidak boleh lagi berbentuk sekali bayar, sebaliknya perlu dalam bentuk menyediakan persekitaran kerja dan ekonomi yang bersifat berdikari kepada rakyat.

Sebagai contoh, beliau berkata, penyediaan peluang keusahawan, pengecualian cukai, bantuan peralatan untuk perniagaan serta pertanian moden khususnya di kawasan bandar.

"Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban belanja dapur harian melalui kebun bandar di rumah," katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta peniaga kecil baharu dan sedia ada akan meraih manfaat besar sekiranya kesemua tawaran terbabit berjaya direalisasikan sepenuhnya.

"Mereka terdiri daripada kumpulan B40 yang merupakan peringkat asas kepada rantaian ekonomi lain pada peringkat lebih tinggi.

"Jika peringkat asas ekonomi diperkukuh semula, kita dapat mengembalikan kestabilan dan merancakkan pemulihan dalam pelbagai sektor ekonomi di Malaysia," katanya.

Semalam, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, memorandum itu yang membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda.

Agenda berkenaan merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan Jawatankuasa Pemandu. – BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,341
Reaction score
15,006
Points
2,376

FDI dijangka kembali ke paras sebelum pandemik

September 14, 2021 @ 11:40am

petronas-klcc_1611742688_1631590829.jpg


FDI meningkat sebanyak 223.1 peratus pada separuh pertama tahun ini - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia diunjur kembali ke paras sebelum pandemik pada 2019 selepas mencatatkan prestasi amat memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini apabila meningkat sebanyak 223.1 peratus tahun ke tahun.

Profesor Madya Putra Business School, Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata strategi kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi, program vaksinasi yang berjaya, serta komitmen untuk menyediakan peruntukan bagi pembangunan dan perbelanjaan fiskal bagi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya memberikan petanda baik kepada keyakinan kepada pelabur.

Bagaimanapun, katanya kerajaan juga perlu menarik lebih banyak pelaburan dalam teknologi canggih bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja mahir Malaysia dan bukan sebaliknya terus bergantung kepada pekerja asing.

"FDI juga perlu memberi manfaat kepada negara bukan hanya dari segi menyediakan prasarana tetapi pindahan pengetahuan dan teknologi, menambah kemahiran pekerja tempatan dan majoriti pelaburan yang kembali itu dilaburkan semula ke dalam negara, daripada disalurkan ke luar negara dalam bentuk dividen," katanya kepada Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berpandangan Malaysia sentiasa memiliki nilai tersendiri kepada pelabur asing.

"Sebagai permulaan, kita ada prasarana yang baik seperti pelabuhan, lapangan terbang, lebuh raya, telekomunikasi, elektrik, tenaga kerja mahir dan kerajaan yang pro-perniagaan sama ada di peringkat persekutuan atau di peringkat negeri.

"Dari segi sosial, kita memiliki masyarakat majmuk dan budaya yang pelbagai yang memudahkan pelabur asing untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tempatan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penularan pandemik COVID-19 menjejaskan pergerakan manusia dan seterusnya operasi perniagaan.

Menurutnya, meskipun prosedur operasi standard (SOP) penting bagi membendung pandemik itu, ia juga memberi kesan buruk kepada produktiviti, mencetuskan ketidaktentuan yang membawa kepada pengelakan risiko.

Bagi penggubalan dasar, kerajaan sangat proaktif dan pantas memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan yang membantu pemulihan ekonomi walaupun ia baru di peringkat awal, katanya.

"Apa yang lebih penting, program vaksinasi berjalan dengan sangat lancar dan setakat ini, kita telah menyaksikan lebih banyak negeri beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang seterusnya.

"Oleh itu aktiviti ekonomi dijangka lebih rancak pada bulan September dan pada suku akhir tahun ini," kata Afzanizam.

Selain itu, pelancaran Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) pada akhir bulan ini akan membantu menyediakan landasan bagi pembangunan jangka sederhana yang akan menyokong pemulihan ekonomi.

"Jika rancangan itu dapat dilaksanakan dengan efektif, ia mungkin boleh menjadi faktor pelaris bagi Malaysia untuk menarik FDI ke negara ini," katanya.

Ketua Ahli Ekonomi IQI Juwai, Shan Saeed, berkata angka perdagangan Malaysia memberi isyarat yang baik kepada pelabur asing yang melihat negara daripada perspektif jangka panjang.

"Prestasi yang amat memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini merupakan petunjuk bahawa prospek ekonomi kekal berada di hala tuju yang tepat dan kerajaan sedang melaksanakan dasar yang tepat untuk memacu kestabilan ekonomi.

"FDI biasanya masuk ke negara apabila penduduk tempatan optimis dan yakin terhadap negaranya," katanya.

Shan juga berkata, peningkatan di bursa tempatan ketika ini juga merupakan isyarat jelas bahawa pelabur asing semakin yakin terhadap prospek ekonomi negara, berdasarkan kepada kestabilan makroekonomi negara, kadar vaksinasi yang pantas dan juga fokus utama kerajaan untuk memperkukuh ekonomi.

"Bagi tempoh dua hingga empat suku akan datang, kami yakin momentum ekonomi akan mencatat peningkatan pada peringkat makro.

"Kerajaan Malaysia benar-benar komited untuk mengekalkan momentum ekonomi bagi meraih FDI yang lebih tinggi dan pelaburan portfolio pada separuh kedua kerana keyakinan pelabur global adalah tinggi bagi jangka masa panjang.

"Mereka berhak mendapat pujian bagi kedudukan sekarang. Prestasi sangat baik dan kerajaan telah melakukan tugas yang cemerlang apabila kita mengambil kira cabaran yang luar biasa pada masa ini," katanya.

-BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,341
Reaction score
15,006
Points
2,376
EKONOMI | Malaysia Terus Amalkan Dasar Mesra Perniagaan & Pelaburan

Malaysia akan terus mengamalkan ekonomi terbuka dengan dasar mesra perniagaan bagi menyokong pelaburan di negara ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,341
Reaction score
15,006
Points
2,376
EKONOMI | Malaysia Diunjur Pulih Lebih Pantas

Aktiviti ekonomi di Malaysia dan India, dua negara yang terjejas teruk akibat COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan lalu dijangka pulih lebih pantas daripada jangkaan tahun depan.

Satu kaji selidik Bloomberg menunjukkan, unjuran pertumbuhan Malaysia disemak naik lebih tinggi berbanding kebanyakan negara serantau membabitkan peningkatan 85 mata asas kepada 5.65 peratus tahun depan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register