BTC USD 48,099.4 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekonomi Malaysia dijangka kembali kukuh pada 2010

lubau

Fun Poster
Joined
Oct 19, 2007
Messages
174
Reaction score
6
Points
15
EKONOMI Malaysia dijangka melantun kukuh pada 2010 selepas terpaksa mengharungi impak sebenar krisis kewangan global sepanjang tahun ini, kata Manu Bhaskaran, pakar ekonomi di Centennial Group berpangkalan di Singapura.

Bagaimanapun, katanya, negara tetap tidak dapat mengelak daripada impak jangka pendek krisis kewangan global pada separuh pertama 2009 berikutan Malaysia, seperti negara perdagangan lain, amat terdedah kepada ekonomi dunia yang memberikan kesan berganda kepada ekonomi tempatan.

“Apa yang akan saya nyatakan di sini bukan bertujuan untuk menakutkan anda, tetapi Malaysia akan `luka’ teruk tahun ini.

“Pada separuh pertama tahun ini kita akan melihat lebih banyak berita buruk pada peringkat global, pasaran akan merudum, manakala semua enjin pertumbuhan utama dunia akan mengalami kelembapan... ia bakal menjadi kelembapan paling buruk selepas Perang Dunia Kedua.

“Sungguhpun begitu, saya menjangka Malaysia dapat mengelak daripada tergelincir ke dalam kemelesetan ekonomi, dalam jangka terdekat, susulan pengurusan wajar ekonominya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Krisis Global: Mengharungi Masa Sukar’ pada perbincangan ekonomi semasa anjuran Hong Leong Bank dan The Edge di Kuala Lumpur, semalam.Manu berkata, langkah positif yang diambil tiga ekonomi utama dunia seperti pakej stimulasi ekonomi hanya akan menampakkan kesannya dalam jangka agak panjang.

“Kami menjangkakan ekonomi global akan memantul semula pada 2010, dan berdasarkan kesan berganda, ekonomi Asia akan melantun semula dengan lebih kukuh lagi,” katanya sambil menambah kelembapan ekonomi Asia disebabkan faktor kitaran dan bukannya struktural.

Beliau menegaskan, semua negara Asia seharusnya bersedia mulai sekarang untuk merampas peluang jangka panjang daripada krisis kewangan semasa ini, seperti membangunkan enjin ekonomi domestik baru dan meningkatkan integrasi serantau.

Ditanya sama ada sekarang adalah masa sesuai untuk melabur dalam pasaran ekuiti tempatan berikutan harga yang rendah, Manu berkata:

“Bagi mereka yang mempunyai tunai dan bersedia berenggang dengannya untuk dua atau tiga tahun, ia dilihat sebagai waktu yang sesuai.

“Namun, saya berpendapat akan berlakunya kejatuhan harga lanjutan di pasaran saham dalam satu atau dua bulan lagi. Pasaran dijangka mencecah paras dasar pada suku kedua tahun ini. Sesiapa yang mempunyai banyak tunai, dia adalah raja,” katanya.

Pada majlis sama Hong Leong Bank turut melancarkan kad kredit Hong Leong Platinum.
 
Sponsored Post

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
96
Points
120
ayoyo..... 2010 ?
kesan ekonomi paling teruk ?
ayoyo....
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
2009 dijangka meleset...kalau ikut formula ekonomi pun, mana ada ekonomi pulih dalam tempoh setahun. at least jika 2009 ialah tahun kemelesetan, sepatutnya 2015 baru dijangka pulih pringkat awal, dan 2019 pulih pada tahap selamat.

tapi sayang, 2020 masih lagi gagal sebab ringgit Malaysia akan tetap berada di bawah nilai USD.
 

frog_angle

Active Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,039
Reaction score
0
Points
20
sure or not?
jgn r smpi taun depan...
da r tgh tanam anggur plus keje ngan MAS...

pssssstt --> MAS tu mak ayah support...
 

mtjeneym

Fun Poster
Joined
Jul 12, 2008
Messages
997
Reaction score
2
Points
15
kesan ekonomi 2009 dah bermula dan confirm akan turun..........

tahun 2010 dijangka kembali kukuh......

cam tak confident je 2010 ekonomi kembali kukuh....
mintak2 la kesan ekonomi ni tak berpanjangan.......:(:(:(
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
tengah tahun ni boleh shopping saham
 

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
tuan tanah, mane sumber artikel nh?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register