Covid-19 Ekonomi Malaysia akan meleset sekiranya PKP dilanjutkan, namun PKPB dilaksanakan

CG Sponsors




Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Krisis hutang bakal melanda negara

Krisis hutang bakal melanda negara


SETELAH dua bulan berada di bawah situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masalah pandemik COVID-19 masih berterusan di negara kita. Sebenarnya ramai pakar epidemiologi menyatakan bahawa selagi vaksin tidak dijumpai atau imuniti berkelompok (herd immunity) tidak dicapai, virus COVID akan terus merebak tanpa henti. Kerajaan hanya mampu berusaha untuk 'mendatarkan kelok’ (flatten the curve) iaitu berusaha untuk memastikan infeksi yang berlaku tidak menjadi terlampau tinggi dan tidak terkawal dalam sesuatu tempoh masa yang singkat sebaliknya memanjangkan tempoh masa keadaan terinfeksi terkawal agar sistem pengurusan kesihatan negara berupaya untuk menguruskan keadaan tersebut secara optima. Dengan cara ini, jumlah kematian pesakit yang bergejala mungkin boleh dikurangkan walaupun tidak mungkin dapat disekat sama sekali.

Namun, satu masalah yang akan sukar ditangani oleh hampir kesemua kerajaan di dunia adalah masalah beban hutang yang ditanggung oleh negara mereka akibat daripada pandemik ini. Ini kerana dalam usaha untuk memastikan kesan buruk ekonomi dapat diminimakan, langkah yang diambil oleh hampir kesemua kerajaan ialah dengan berbelanja lebih banyak lagi. Strategi utama yang digunakan ialah melalui pakej rangsangan ekonomi di mana kerajaan akan memberikan pelbagai bantuan kewangan kepada pelbagai kategori rakyat dan organisasi perniagaan.

Oleh kerana hampir kesemua kerajaan sebelum ini berada dalam keadaan keberhutangan yang tinggi, maka hakikatnya kebanyakan kerajaan tidak akan mampu melakukan pakej rangsangan kecuali dengan cara menambahkan lagi hutang kepada jumlah hutang sedia ada yang masih belum berbayar dan oleh yang demikian akan memburukkan lagi keadaan keberhutangan mereka.

Berdasarkan laporan oleh majalah Forbes, dalam usaha untuk menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat yang terjejas teruk akibat penutupan operasi-operasi syarikat serta peningkatan jumlah pengangguran sebanyak lebih daripada 35 juta orang, kerajaan Amerika di bawah pentadbiran Trump dan Bank Pusat Amerika (The Federal Reserve) telah berbelanja lebih daripada USD6 trilion.

Akibat daripada langkah tersebut, defisit belanjawan negara yang sepatutnya berjumlah USD1.1 trilion untuk tahun fiskal ini telah melonjak menjadi USD3.7 trilion. Jumlah ini sebenarnya melebihi keseluruhan belanjawan kerajaan Amerika semasa pentadbiran Bill Clinton. Bahkan ia adalah defisit yang terbesar dalam sejarah negara tersebut dan melebihi jumlah keseluruhan defisit belanjawan negara Amerika untuk tempoh 102 tahun iaitu di antara tahun 1901 sehingga 2003.

Jadi, dari manakah dana untuk meningkatkan perbelanjaan ini akan diperolehi? Sebenarnya ia adalah daripada duit hutang di mana kerajaan Amerika akan mengeluarkan sijil hutang kerajaan (dipanggil U.S. treasuries) untuk memperolehi dana yang diperlukan. Akibatnya jumlah keseluruhan hutang kerajaan Amerika akan meningkat menjadi USD26.9 trilion pada bulan September 2020. Bahkan kemungkinan besar ia akan meningkat lagi jika ekonomi Amerika masih tenat dan memerlukan suntikan tambahan dana kerajaan.

Dalam masa yang sama kadar hutang kerajaan Amerika berbanding Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Debt-to-GDP ratio dijangka akan meningkat menjadi 135%, iaitu jauh melebihi paras 85% yang dikatakan oleh ramai pakar ekonomi sebagai paras bahaya yang boleh mengakibatkan krisis ekonomi.

Punca utama kepada keadaan ini adalah kerana hutang kerajaan yang banyak akan mengakibatkan peningkatan beban pembayaran bunga (interest). Sehubungan itu, kerajaan akan terpaksa meningkatkan kadar cukai serta mengurangkan perbelanjaan. Oleh kerana perbelanjaan kerajaan adalah penggerak utama ekonomi, sebarang pengurangan akan mengakibatkan proses penguncupan ekonomi menjadi lebih cepat.

Keadaan yang sama juga sedang dihadapi oleh Britain. Berdasarkan satu laporan oleh BBC, kadar hutang kerajaan berbanding KNK dianggarkan akan meningkat menjadi 100%, iaitu yang paling tinggi semenjak selepas Perang Dunia Kedua. Defisit belanjawan kerajaan dianggarkan menjadi £260 bilion iaitu jauh melebihi jumlah £48.7 bilion yang dirancangkan bagi tahun 2019-2020.

Seperti kerajaan Amerika, kerajaan Britain juga akan memperolehi dana perbelanjaan melalui pinjaman dengan cara mengeluarkan bon kerajaan sebanyak £180 bilion dalam tempoh Mei sehingga Julai. Kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat lagi jika masalah COVID berterusan. Satu laporan menyatakan bahawa kerajaan Britain mungkin akan meminjam sebanyak £500 bilion, iaitu 25% daripada saiz ekonomi negara tersebut. Dalam keadaan keberhutangan yang begitu tinggi, kemungkinan ekonomi Britain menghadapi krisis juga adalah sangat tinggi.

Di Malaysia, jumlah hutang kerajaan juga dijangka akan naik daripada paras sedia ada. Cuma terdapat perbezaan interpretasi tentang paras hutang sedia ada berikutan kemenangan kerajaan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum 2018. Sebelum itu, kerajaan Barisan Nasional telah menyatakan bahawa jumlah hutang kerajaan berbanding KNK ialah 50.8% iaitu di bawah had maksima 55%.

Namun, kerajaan Pakatan telah menyatakan bahawa jumlah tersebut adalah tidak tepat kerana tidak mengambil kira jaminan kerajaan kepada hutang beberapa organisasi milik kerajaan yang dipanggil hutang di luar belanjawan (atau off budget). Hutang-hutang tersebut termasuk hutang syarikat 1MDB, PTPTN serta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Jika hutang-hutang ini diambil kira, jumlah hutang kerajaan Malaysia sebenarnya adalah 80.3% berbanding KNK.

Namun apa yang pasti kini, jumlah hutang kerajaan Malaysia akan bertambah susulan daripada langkah pakej rangsangan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang telah membentuk kerajaan pada Februari 2020. Bantuan dana langsung sahaja adalah berjumlah RM35 bilion dan berkemungkinan besar akan ditambah lagi jika keadaan ekonomi negara masih tenat. Oleh yang demikian, defisit belanjawan pada tahun 2020 diramalkan akan melebihi 4.7%.

Pada masa ini bayaran bunga atau interest tahunan ke atas hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM28 bilion setahun (tidak mengambil kira hutang off-budget). Jika diambil kira hutang-hutang yang dijamin kerajaan serta tambahan hutang daripada pakej rangsangan ekonomi terkini, besar kemungkinan bayaran interest adalah hampir RM40 bilion setahun iaitu hampir sama dengan jumlah kutipan GST pada tahun 2017 (iaitu sebanyak RM44.03 bilion).

Namun, oleh kerana GST telah dihapuskan oleh kerajaan PH pada tahun 2018 dan menggunapakai sistem cukai SST yang tidak menyeluruh maka pendapatan negara daripada sumber cukai yang dapat digunakan untuk membayar bunga telah terjejas. Tambahan pula pandemik COVID-19 yang menyebabkan ekonomi negara menjadi perlahan akan mengakibatkan kutipan cukai kerajaan jatuh mendadak lagi. Dalam erti kata yang lain, kerajaan Malaysia juga akan menghadapi cabaran yang sangat getir untuk menangani masalah hutangnya di masa-masa akan datang.

Walaupun pandemik COVID-19 lambat laun akan berakhir, sama ada dalam masa satu atau dua tahun lagi iaitu apabila vaksin dijumpai atau imuniti kelompok dicapai oleh rakyat Malaysia dan rakyat akan bebas bergerak setelah PKP ditamatkan, namun ini tidak bermakna yang rakyat Malaysia akan dapat bergembira dan keadaan kehidupan akan pulih seperti sedia kala. Ini kerana besar kemungkinan kerajaan akan berhadapan dengan masalah beban hutang yang sangat serius. Ini juga bermakna bahawa rakyat Malaysia juga akan terkesan kerana akan terpaksa berkorban untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah hutang negara.

Senario yang dijelaskan tersebut sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa negara kita perlu membangunkan satu pendekatan kemajuan ekonomi yang tidak berpaksikan kepada amalan berhutang, sama ada oleh kerajaan, rakyat atau pun sektor korporat. Agama Islam sebenarnya telah memberikan panduan dari aspek ini dengan cara menjadikan amalan Riba serta mencari keuntungan daripada aktiviti memberi hutang sebagai sesuatu yang amat terkutuk dan perlu dijauhi. Malangnya ramai umat Islam sendiri tidak mempedulikan ajaran Islam dalam hal ini. Bahkan yang lebih malang lagi apabila terdapat di kalangan agamawan sendiri yang cuba mencari helah agar industri hutang dapat dikekalkan dan dibangunkan lagi dengan cara memperkenalkan produk hutang yang dihalalkan. Walaupun tidak dinafikan bahawa industri hutang sememangnya mampu mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada di pihak pemiutang atau pemberi hutang, namun hakikatnya kesan buruk yang timbul daripada industri ini ialah kesengsaraan kepada kehidupan kebanyakan rakyat dan keadaan ini akan melibatkan bukan satu, bahkan beberapa generasi yang akan datang.

Maka, ambillah serius peringatan Allah ini melalui firmanNya:

1. “Allah menghilangkan berkah harta riba dan menyuburkan harta sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelumang dengan dosa.” (Al-Baqarah: 276)

2. “Oleh itu, kalau kita tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, Dan jika kamu bertaubat maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (Al-Baqarah:279)

* Prof Mohd Nazari Ismail bertugas di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.


Sumber : astro awani
 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Tengku Zafrul meets creative industry players on potential measures for economic recovery plan

zafrul-cimb_theedgemarkets_7.jpg


KUALA LUMPUR (May 28): Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz today met representatives from the country’s creative industry to discuss potential measures that the Government could consider for the upcoming short- and medium-term economic recovery plan.

In his Facebook post, Tengku Zafrul said one of the hardest hit sectors during the COVID-19 pandemic is the nation's creative industry.

“I invited its representatives this evening for a discussion on potential measures the Government can consider for the upcoming short- and medium-term economic recovery plan,” he said.

Tengku Zafrul said topics that were discussed included support to boost the animation industry internationally and adoption of technology in other industries.

Other topics included financial support for musicians, such as buskers or street-musicians and performers, as well as the reopening of art centres with the standard operating procedures (SOPs) in place, he said.

“(We also discussed) measures introduced by other nations to protect and support their creative industries,” he added.
Tengku Zafrul said the Ministry would consider the feedback given today.

Those present included Datuk Ramli Ibrahim from Sutera Foundation, June Tan (Five Arts Centre), Mohd Jaafar Ismail (Fergana), Jo Kukathas (Instant Cafe Theater), Khairul Ridzwan Annuar (MonoloQue), BoBoiBoy creator Mohd Nizam Abd Razak, as well as representatives from Balai Seni Lukis Negara and Bank Negara Malaysia (BNM) Art Gallery.

Sumber : the edge markets
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Ekonomi dijangka pulih secara berperingkat mulai suku ketiga

KUALA_LUMPUR_1591010412.jpg

Pakej rangsangan ekonomi dijangka mengurangkan impak daripada COVID-19

KUALA LUMPUR: Selepas penguncupan ekonomi dijangka pada suku kedua 2020, Malaysia dijangka menyaksikan pemulihan secara berperingkat bermula dari suku ketiga bergantung kepada kemajuannya dalam memerangi penularan COVID-19, menurut MIDF Research.

Dalam nota hari ini, katanya pemulihan akan turut bergantung kepada bagaimana seluruh dunia, terutama rakan dagang utama Malaysia, memerangi penularan virus berkenaan berikutan ini akan memberi impak kepada permintaan global untuk produk negara.

"Pakej rangsangan ekonomi dijangka akan mengurangkan impak daripada COVID-19," menurut MIDF Research, yang juga sebahagian daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Katanya, Indeks Pelopor (LI) Malaysia merosot kepada -4.9 peratus bulan ke bulan pada Mac daripada -0.8 peratus bulan ke bulan pada Februari, menunjukkan kemelesetan ekonomi untuk tempoh Julai-September 2020.

Kemerosotan bulanan paling ketara sejak November 1991 sebahagian besarnya berikutan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac, menurut firma penyelidikan itu.

Katanya, pertumbuhan eksport Malaysia mencatatkan paras terendah dalam tempoh empat bulan pada Mac.

Jumlah perdagangan susut 3.8 peratus tahun ke tahun dengan eksport dan import, masing-masing merosot 4.7 peratus dan 2.7 peratus.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) secara keseluruhannya turut merosot sebanyak 4.9 peratus tahun ke tahun pada Mac, penyusutan pertama sejak Disember 2015 dan paling ketara sejak September 2009.

Prestasi itu, yang kurang memberangsangkan daripada jangkaan pasaran, berdasarkan kemerosotan dalam semua sub-indeks.

"Ia telah dijangka berikutan gangguan dalam rantaian penawaran dan permintaan secara keseluruhan di peringkat domestik dan global disebabkan COVID-19. Malaysia telah menguatkuasakan PKP pada Mac.

"Secara keseluruhannya, pada suku pertama tahun ini, IPP berjaya mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan walaupun pada kadar sederhana sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun.

"Mengenai masa depan, kami menjangka prestasi IPP pada suku kedua 2020 akan merosot, berikutan PKP yang dilanjutkan dan harga komoditi yang turun naik," menurut MIDF Research.

Ia mengunjurkan kadar pengangguran melepasi syarat guna tenaga penuh empat peratus dalam tempoh beberapa bulan akan datang tetapi menyatakan apabila kerajaan membuka semula ekonomi, pasaran pekerjaan akan pulih secara berperingkat dan kebimbangan mengenai COVID-19 akan mula berkurangan.

Sumber : bharian
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
PM lancar Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bulan ini - Tengku Zafrul



KUALA LUMPUR, 2 Jun -- Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pelan tersebut akan tetap tertumpu kepada tiga matlamat utama, iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Dalam merangka pelan ini, beliau berkata pendekatan kerajaan akan bersandarkan kepada empat ciri, iaitu mesti tangkas dan dinamik, kerjasama sektor awam-swasta diutamakan, memastikan komunikasi menyeluruh dan capaian meluas serta menggunakan pendekatan berdasarkan data.

“Sesungguhnya, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ini merupakan peluang kita untuk mengambil peluang baharu yang berbangkit daripada krisis COVID-19 ini demi pembangunan masa depan negara.

“InsyaAllah, inisiatif yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri akan membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya semasa membentangkan Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana hari ini.

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Nearly 70% of workforce back at work as of May 17 — Tengku Zafrul

zafrul-1_20200602233237_theedgemarkets.jpg


KUALA LUMPUR (June 2): Some 10.25 million people or 67.2% of the workforce had returned to work as of May 17, up from 6.64 million people or 43.6% a week earlier (May 10), said Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Citing data from the Statistics Department, he said these figures took into account those working from home and covered various economic sectors such as services, agriculture, manufacturing and mining and quarrying.

“The increase in the number of employees returning to work shows that the opening of the economy on May 4 by the government has thus far been smooth to enable workers to earn their livelihood,” he said when presenting the 7th Laksana-Prihatin accomplishment report today.

On the issue of saving jobs, Tengku Zafrul said based on the Statistics Department’s report dated May 29, the country’s unemployment rate for the first quarter (Q1) was 3.5%. This was the highest since the second quarter of 2017.

“Given the serious impact of Covid-19 on most countries’ economies, Malaysia’s increase in unemployment is still under control, compared to 3.3 per cent in the previous quarter,” he said.

In comparison, Tengku Zafrul said, the Q1 unemployment rate in the Philippines was 5.3% (increasing from 4.5% in the previous quarter), while Spain saw 14.41% (up from 13.78% in the previous quarter) and New Zealand 4.2% (rising from 4.0% in the previous quarter).

“This shows that Covid-19 affects jobs globally,” he said.

Meanwhile, the finance minister said based on feedback, the government found that the situation faced by the public and businesses was very challenging.

He noted that four out of 10 Malaysian jobs were related to the tourism industry, which is among the sectors most affected by the Covid-19 pandemic.

He also said that the higher education industry, which is worth RM35 billion to the nation's economy, would be facing major challenges in attracting international students.

“While 67 per cent of workers have returned to work, there are about five million workers in various sectors who have not started work. This is due to, among others, because, among others, these sectors being part of the list of industries prohibited under the strict Standard Operating Procedures for health and safety considerations,” he said.

Citing a study by Ipsos, Tengku Zafrul said it showed that 62% of Malaysians were very concerned about the threat of Covid-19 to themselves.

“The percentage is the highest among citizens of countries surveyed,” he said.

He stressed that the government was sensitive to the challenges faced by the workers and the people.

“The government does not take for granted the lives and livelihood of the people or the state of the economy,” he said, adding that the PRIHATIN package was a manifestation of the efforts taken by the government for the sake of the people and country.

Sumber : the edge markets
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Tumpu tiga matlamat


PELAN Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember yang akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bulan ini memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama dalam memperkasakan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, tiga matlamat itu adalah memperkasakan rakyat (Empower People), melonjakkan perniagaan (Propel Businesses), dan merangsang ekonomi (Stimulate the Economy).

Katanya, pelan pemulihan jangka pendek dirangka bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 mengambil kira pendekatan kerajaan bersandarkan empat ciri.

"Pertama, ia mestilah tangkas serta dinamik dan pelan berkenaan mesti mampu diperbaiki dan diperhalusi secara berterusan, mengikut keperluan semasa serta situasi tidak menentu sepanjang tahun ini.

"Kedua, kerjasama sektor awam-swasta diutamakan. Pelan ini merangkumi pelbagai langkah dengan kerjasama seramai mungkin peserta dari sektor swasta, dan bukan saja dari syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC)," katanya dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej Prihatin di Facebooknya, semalam.

PELAN pemulihan jangka pendek dapat memperkasakan semula ekonomi negara.


Bagi ciri ketiga, Tengku Zafrul berkata, ia mengambil kira komunikasi menyeluruh dan capaian meluas membabitkan rakyat dan sektor perniagaan di Malaysia.

Katanya, semua pihak harus meyakini pelan pemulihan itu agar rakyat dan perniagaan dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjana semula ekonomi Malaysia.

"Kerajaan akan memastikan usaha komunikasi dilakukan secara berterusan. Ketelusan dan keterbukaan adalah penting dalam menjayakan usaha ini.

"Ciri terakhir ialah pendekatan berdasarkan data, di mana pelaksanaan pelan ini bergantung kepada statistik agar setiap pencapaian dapat dipantau dan diperhalusi dengan cepat dan tepat.

"Data terkini dikongsi bersama sektor kerajaan dan swasta sertaagensi pelaksanaan untuk penambahbaikan berterusan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya sejak awal Mei, Kementerian Kewangan mengadakan sesi libat urus dengan 100 pihak berkepentingan.

Ia termasuk sektor pelancongan, usahawan sosial, industri kreatif, persatuan peniaga, teknologi dan e-dagang, pendidikan, perumahan, pembuatan, sumber manusia, perubatan swasta, perkhidmatan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta pertanian dan perladangan.

"Kementerian menerima dan menganalisis pelbagai cadangan mengenai langkah yang boleh diperkenalkan.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak dan rakan Kabinet yang turut terbabit," katanya.


Sumber : hmetro
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,854
Reaction score
1,442
Points
206
sakit-mental.jpg

AGENDANASIONAL

4,969 panggilan mengadu tekanan emosi semasa PKP – KKM
by Nadiah ZamlusJun 3, 2020 8:45 pm

SHAH ALAM, 3 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 4,969 panggilan berkaitan masalah tekanan emosi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini jumlah keseluruhan panggilan ialah 9,938 dan panggilan kedua tertinggi disebabkan kehilangan pekerjaan dan tiada punca pendapatan.

“Sementara tujuh peratus aduan berkaitan masalah rumah tangga seperti keganasan dan baki aduan ialah berkaitan ketakutan akibat Covid-19 dan bantuan kewangan.

“Seramai 148 pegawai psikologi kaunseling KKM bersedia menerima panggilan daripada orang awam, kami menggalakkan masyarakat menggunakan perkhidmatan kesihatan mental ini secara dalam talian juga,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini KKM dengan kerjasama Medical Relief Society (MERCY Malaysia) menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat Covid-19 boleh menghubungi talian 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.

Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,854
Reaction score
1,442
Points
206
PSX_20200116_102502-960x640.jpg

Dunia kini berubah ke arah budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDAEKONOMI

Kajian dapati PKP tingkat industri guna teknologi, pendigitalan
Jun 3, 2020 9:00 pm

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggalakkan banyak industri untuk memanfaatkan teknologi dengan lebih cepat bagi memastikan kemampanan perniagaan, menurut kajian dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Dalam kajian mengenai impak Covid-19 ke atas produktiviti, MPC berkata data dikumpul turut mendapati perniagaan memerlukan tempoh enam bulan untuk pulih selepas krisis Covid-19.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata MPC mengambil beberapa langkah untuk mempercepat pemulihan ekonomi dan membantu pemain industri membina semula perniagaan.

“Antara inisiatif penting yang diambil dan sedang berjalan ialah program membina kapasiti dan keupayaan melalui webinar dan latihan dalam talian, perkhidmatan khidmat nasihat maya perniagaan dan mengkaji peraturan untuk mengurangkan beban yang tidak perlu dalam membina semula perniagaan.

“Usaha masih dijalankan untuk mempercepat dan menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi dan pertumbuhan produktiviti berikutan aktiviti perniagaan mula meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Kajian turut mendapati lebih 70 peratus responden terjejas oleh pandemik tersebut berikutan penguatkuasaan PKP, terutamanya dari segi aliran pendapatan.

-BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
What the government should include in the economic recovery plan

Putrajaya-3_theedgemarkets_16.jpg


KUALA LUMPUR (June 4): The government’s short-term economic recovery plan, which is expected to be announced tomorrow, will be holding the attention of the business fraternity, amid hope there would be more incentives and measures to help free them from the struggle for survival.

As it is, many economic sectors have been reopened following the relaxation of the movement control order (MCO) from May 4.
However in terms of domestic consumption, the momentum has been slow, opined Socio-Economic Research Centre (SERC) executive director Lee Heng Guie.

He noted that the public at large continue to remain cautious with spending, against the backdrop of the ongoing Covid-19 pandemic and rising unemployment. As such, he said, businesses should be aided in their operating costs.

“Cash flow problems will remain for many businesses, so what will the government do to ease this? It must address short- and long-term needs for business operations,” Lee told theedgemarkets.com.

Bank Islam Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid concurs that what matters now is how the government will resuscitate domestic demand.

“In this respect, infrastructure project implementation is very critical. This would result in more activities in the construction sector, which saw a big decline of 7.9% year-on-year during 1Q2020.

“Further announcement on contract awards on key infrastructure projects should improve sentiments on the sector, which then can have positive (spillover) impact [on] other industries such as building materials, machinery and equipment as well as professional services,” Mohd Afzanizam told theedgemarkets.com.

In essence, what is more important is how the government will facilitate the domestic economy to embrace the new normal, especially as more and more employees work from home.

“In that sense, demand for data would rise tremendously as more meetings and office work are being held via virtual platforms. Therefore, investment in telecommunication infrastructure is critical to ensure work from home can be fully adopted seamlessly.

“Along this line too, the incoming office space has to be managed as more employers have become more open to work from home. If not managed properly, the supply glut in office space could depress office rental rates. Perhaps, new permits for future office construction need to be reviewed,” he added.

On that note, the government should also address job placements and skill training, especially those from the low income bracket, said SERC’s Lee.

“Government should give training support especially for first-time job seekers in this tough job market. It should also continue to support small and medium enterprises in adapting to the new norm and to become more digitally savvy to support their business,” he said.

Meanwhile, there should also be a plan for worst-hit sectors, such as airlines, said Lau Zheng Zhou, a research manager at the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

He said Malaysia is already joining other countries such as Australia and Singapore to discuss a gradual opening up of international flights, starting with a "green lane" arrangement for transit passengers without isolation requirement upon arrival.

“Covid-19 has also compelled multinationals to reduce dependence on China's supply chain ecosystem. This will present opportunities for countries such as Malaysia to attract foreign direct investments and create spillovers in terms of employment and value chain upgrading.

“So, it is quite important for the government to signal its long-term plan beyond the recovery phase to boost investor confidence and certainty,” he told theedgemarkets.com.

UOB Malaysia senior economist Julia Goh is expecting some recovery measures for the property sector given it has also been one of hardest hit sectors.

She said the government can consider reducing the Real Property Gains Tax rates back to levels adopted in earlier years before 2014 (which was below 30% then).

“Also introduce similar measures [as those] in 2009 to allow interest paid on housing loans to be deducted from income tax paid over three-year period. Additionally, review the loan-to-value for the third property onwards,” she added.

IDEAS’s Lau said the Covid-19 pandemic has increased the urgency for governments to hard-wire climate change and sustainability measures into economic planning as a climate-related crisis will also create similar disruptions to food security and supply chain.

“Given the availability of idle resources and capital, it could be timely for the government to consider increasing long-term public investment into areas such as green energy infrastructure and sustainable cities, while ramping up digital infrastructure spending in the rural areas,” Lau said.

Bank Islam’s Mohd Afzanizam said the government should pay attention to the agrofood sector to ensure the country has reasonable level of Self Sufficiency Level (SSL).

For instance, he said, SSL for rice, meat and chilli stands at 70%, 22% and 38% respectively. So Malaysia should bump up the SSL so that the country would become less reliant on import sources, he explained.

“Given this, there would be more activities in the agricultural sector and along the way, there would be more jobs created in the rural area. With the help of technology, modern farming can be adopted to improve agricultural product yields and productivity,” he said.

Sumber : the edge markets
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Perdana Menteri umum Pelan Pemulihan Ekonomi jam 3 petang ini

Perdana Menteri umum Pelan Pemulihan Ekonomi jam 3 petang ini

Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini, pasti dinanti-nantikan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek pada jam 3 petang ini.

Astro AWANI akan membawakan pelbagai perbincangan dan analisis berhubung pelan berkenaan sepanjang hari ini.

Pelan berkenaan diumumkan sehari selepas Malaysia dilapor mencatat defisit dagangan pada April, kali pertama selepas merekodkan lebihan dagangan untuk 269 bulan berturut-turut, akibat penularan COVID-19.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membayangkan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek untuk Jun sehingga Disember 2020 akan memfokuskan kepada empat ciri utama.

Ia merangkumi ‘tangkas dan dinamik’, pengutamaan kepada ‘kerjasama sektor awam-swasta’, ‘komunikasi menyeluruh dan capaian meluas’ dan ‘pendekatan berdasarkan data’.

Dalam Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana yang dibentangkan 2 Jun lalu, Tengku Zafrul menjelaskan, ERP Jangka Pendek ini akan tetap tertumpu kepada tiga matlamat utama.

Ini termasuk ‘memperkasakan rakyat’, ‘melonjakkan perniagaan‘ dan ‘merangsang ekonomi’.

Tegasnya, ERP ini merupakan kesempatan negara mengambil peluang baru yang terhasil daripada krisis COVID-19 untuk bergerak ke hadapan.

Laksana merupakan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membantu melancarkan penyampaian inisiatif Prihatin kepada rakyat.

Prihatin merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri hujung Mac lalu bagi menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban semua dalam menangani impak COVID-19.

Sumber : astro awani
 
Sponsored Post
Top
Log in Register