Covid-19 Ekonomi Malaysia akan meleset sekiranya PKP dilanjutkan, namun PKPB dilaksanakan

CG Sponsors




dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,854
Reaction score
1,442
Points
206

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Golongan muda antara terjejas, Kerajaan Negeri dicadang bantu
by Norrasyidah ArshadMei 13, 2020 9:53 pm

SHAH ALAM, 13 MEI: Kerajaan Negeri disaran memberi tumpuan membantu golongan muda dalam pelan rangsangan ekonomi akan datang, kata Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik.

Najwan Halimi berkata ia berikutan kumpulan tersebut dilihat antara paling terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

“Ramai anak muda diberhentikan kerja hingga terpaksa menganggur akibat wabak Covid-19 kerana majikan lebih mengutamakan pekerja lama yang dianggap banyak pengalaman.

“Kita harap jika ada pelan rangsangan ekonomi nanti penumpuan akan diberi kepada golongan terjejas,” katanya ketika diwawancara menerusi program Cendol Pak Ya, hari ini.

Najwan berkata susulan pandemik ini, ramai golongan muda mengadu kehilangan sumber pendapatan biarpun ada di antara mereka terdiri dari individu berkemahiran serta mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.

“Saya sarankan mereka cari peluang yang ada untuk tambah pendapatan seperti membawa Grab. Cuba apa yang ada asalkan ia menjamin rezeki halal.

“Walaupun ramai mengeluh tapi ia perlu dilakukan. Saya harap lepas PKP ini, kerajaan Persekutuan dan negeri akan memberi sokongan untuk bantu golongan ini,” katanya.

SUMBER - https://selangorkini.my/2020/05/golongan-muda-antara-terjejas-kerajaan-negeri-dicadang-bantu/
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,337
Reaction score
20,969
Points
1,671
Najib Razak
3 hrs ·

Apa ini?

Gabenor BNM lantikan PH kata track rekod kerajaan masa saya PM ialah rekod yang baik?

Defisit negara dikurangkan separuh sejak tahun 2010?

Sebenarnya, ia turun lebih dari separuh.

Ya, defisit negara turun 8 tahun berturut-turut masa saya PM menjadi 2.8% pada tahun 2018 sebelum dinaikkan semula oleh rejim Gagalkrasi PH kepada 3.7% dan 3.4%.

Eh, dulu PH bukan kata Najib teruk? Negara mahu bankrap. Najib boros. Tak tahu kawal ekonomi dan sebagainya?

Rupanya, saya ada rekod yang baik pulak.

Sebab itu, Gabenor kata kerajaan hari ini masih mampu laksanakan pakej-pakej rangsangan tambahan untuk melawan Covid akibat ruang fiskal yang dibina masa saya PM.

 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Jangan salah bagi 'ubat', setiap sektor ekonomi berbeza - Pakar ekonomi

Jangan salah bagi 'ubat', setiap sektor ekonomi berbeza - Pakar ekonomi


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memberi 'ubat' yang sewajarnya kepada setiap sektor ekonomi berdasarkan 'kecederaan' yang dialami ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pun begitu, pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari mengingatkan kerajaan supaya tidak salah memberi 'ubat' memandangkan setiap sektor memerlukan 'rawatan' yang berbeza.

Katanya setiap sektor yang berbeza memerlukan strategi dan pelan yang berbeza bergantung kepada situasi masing-masing.

"Kita sudah mengalami 'kecederaan' yang disebabkan oleh COVID-19 dan kerajaan perlu memberi 'ubat' yang betul untuk merawat 'kecederaan' itu menerusi Pakej Pemulihan Ekonomi," katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Yusof menjangkakan ekonomi negara akan menyaksikan pertumbuhan positif yang lebih besar pada suku kedua tahun ini.

Beliau dengan optimis memberitahu, adalah sesuatu yang tidak mustahil ekonomi negara untuk pulih meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia meramalkan ekonomi dunia akan mencatatkan negatif sepanjang tahun ini.

Ini kerana katanya, pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pakej Pemulihan Ekonomi yang akan diumumkan kelak dilihat mampu mengimbangi kesan negatif terhadap ekonomi susulan pelaksanaan PKP.

Sumber : astro awani
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Sektor pembinaan, pengangkutan, IT bakal pacu pertumbuhan ekonomi pada masa depan - Ahli ekonomi

Sektor pembinaan, pengangkutan, IT bakal pacu pertumbuhan ekonomi pada masa depan - Ahli ekonomi


KUALA LUMPUR: Meskipun mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang sederhana pada 0.7 peratus bagi suku pertama 2020 , para penganalisis dan ahli ekonomi yakin ekonomi Malaysia mula pulih dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

Mereka berkata sektor pembinaan, pengangkutan dan teknologi maklumat (IT) bakal menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi masa depan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pertumbuhan KDNK suku pertama 2020 berada dalam jajaran sasaran unjuran satu peratus.

"Prospek dalam masa enam bulan ini akan bergantung sepenuhnya kepada secepat mana ekonomi boleh dibuka semula. Ini akan bergantung kepada evolusi kes baharu COVID-19.

"Setakat ini, kes jangkitan telah melandai. Ini telah menyediakan ruang bagi membuka semula ekonomi. Oleh itu, kita boleh menjangkakan ekonomi mula pulih seawal suku keempat 2020," katanya kepada Bernama.

Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Lau Zheng Zhou yang turut bersetuju dengan kenyataan itu berkata, bacaan pertumbuhan KDNK berada dalam jangkaan kerana ekonomi negara pada tempoh dua bulan pertama suku pertama berkembang dengan agak kukuh dan ia membantu mengimbangi penurunan drastik aktiviti ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac.

"Pemulihan ekonomi Malaysia juga bergantung kepada pemulihan ekonomi global.

"Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat baik berbanding negara-negara maju lain dalam menangani situasi pandemik ini dan negara juga berada di kedudukan yang baik untuk merebut peluang daripada pertumbuhan perlahan global dan mencatatkan pemulihan lebih pantas," katanya.

Menurut Lau, separuh kedua tahun ini dijangka lebih baik daripada yang pertama memandangkan ekonomi secara beransur-ansur akan pulih daripada implikasi sosioekonomi PKP.

"Walaupun kita masih boleh menyaksikan kemelesetan teknikal bagi 2020, berkemungkinan pemulihan dalam keadaan pandemik, termasuk lebih banyak kelonggaran sekatan akan mewujudkan lebin banyak limpahan yang positif dan menjana keyakinan yang lebih besar pada 2021.

"Gangguan jangka pendek kepada perniagaan dan ketidakpastian mengenai masa depan telah membawa kepada kadar pengangguran yang tinggi, yang kemudian, menjejaskan keputusan penggunaan serta pelaburan," tambahnya lagi.

Beliau menyatakan sesetengah perniagaan masih mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" termasuk pengurangan kos bagi memastikan kelangsungan hidup sambil menunggu petunjuk yang lebih jelas sebelum membuat keputusan mengenai sebarang pengambilan dan pelaburan baharu.

"Oleh itu, selain daripada langkah bantuan kewangan sementara, pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan diharap akan memberi petunjuk mengenai peluang pertumbuhan masa depan," kata Lau.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata, sektor pembinaan diramal akan mengaktifkan pertumbuhan ekonomi, melalui sokongan kerajaan dalam mempercepatkan lagi projek infrastruktur mereka.

"Kami telah melihat pelaburan awam kekal lemah dan ini tidak baik untuk pelaburan swasta.

"Sekarang pun, Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) dan Indeks Keadaan Perniagaan menunjukkan sentimen perniagaan yang agak pesimistik. Jadi, sektor pembinaan memerlukan pemangkin," katanya.

Sementara itu, Prof Dr Mohd Nazari Ismail dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya berkata sektor IT dijangka mencatatkan pertumbuhan terutamanya subsektor berkaitan perkhidmatan dalam talian.

Beliau berkata impak pandemik telah menunjukkan hubungan digital penting kepada daya tahan masyarakat dan kesinambungan perniagaan dalam tempoh krisis dan bagi penyedia infrastruktur ini, akan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk hubungan yang mungkin diimbangi oleh kejutan negatif.

Sumber : astro awani
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376

IMPAK COVID-19 | Syarikat Kurma Teroka Cara Baru Tingkat Jualan Ketika PKP​

Jualan produk kurma yang biasanya memuncak ketikad bulan Ramadan namun situasi berbeza tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanakah syarikat tempatan mengatasi cabaran ini agar pendapatan mereka tidak terjejas?

Ikuti laporan ini.
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Pewujudan kerja perlu jadi keutamaan dalam pelan pemulihan ekonomi



KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Usaha menyediakan pekerjaan untuk lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia yang menganggur perlu dijadikan keutamaan dalam pelan pemulihan ekonomi yang bakal dilancarkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Namun, apa yang lebih penting adalah keperluan mewujudkan persekitaran serba kondusif yang membolehkan berjuta-juta individu dalam sektor tidak rasmi dan bekerja sendiri, kembali menyambung usaha masing-masing.

Hakikatnya, ianya sesuatu yang membimbangkan apabila Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa lebih 600,000 orang menganggur setakat Mac lepas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Angka itu mungkin jauh lebih tinggi sekarang jika mengambil kira kelompok daripada kalangan lepasan sekolah, siswazah dan mereka yang diberhentikan dalam sektor industri pelancongan dan pengembaraan yang memakan masa untuk pulih semula.

Bagi rakyat Malaysia, keutamaan sekarang adalah mempunyai pekerjaan dan mampu menjana pendapatan, menyara keluarga mereka, dapat membeli makanan serta keperluan, berupaya membayar bil dan melunaskan pinjaman yang tertunggak.

Justeru, laporan mengenai mereka dalam kelompok kelas pertengahan yang turut sama mendapatkan bantuan makanan akibat diberhentikan kerja adalah realiti yang menyedihkan, gara-gara impak penularan COVID-19 terhadap ekonomi.

Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyedari keadaan sedemikian sukar, turut menegaskan bahawa usaha menghidupkan semula aktiviti ekonomi adalah perkara utama yang perlu ditumpukan selepas berakhirnya PKP ini.

Kenyataan itu menjadi satu mesej jelas yang dilontarkan oleh Perdana Menteri kepada kalangan penggubal dasar untuk menumpukan usaha pengwujudan pekerjaan dan merangsang aktiviti ekonomi dalam persekitaran yang sukar.

Tidak dinafikan, dalam normal atau kebiasaan baharu serta keadaan ekonomi yang mencabar, ia pasti menjadi tugas sukar untuk digalas Kementerian Kewangan (MoF) yang diberi tanggung jawab untuk merangka pelan pemulihan selain dibantu Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Pelan yang merangkumi perspektif jangka pendek, pertengahan dan panjang, bukan hanya bersifat komprehensif tetapi perlu turut berciri dinamik.

Ini bermakna kerajaan perlu lebih fleksibel untuk menambah baik pelan itu mengikut keperluan atau perubahan keadaan yang membabitkan sektor-sektor tertentu khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) - nadi sektor pembuatan.

Bersandarkan senario sedemikian, sudah pasti ini memberi tekanan hebat untuk MoF, EPU - keseluruhan jentera kerajaan secara amnya untuk menghasilkan pelan pemulihan yang amat dinantikan dan bermanfaat untuk rakyat.

Satu perkara yang menarik adalah hakikat bahawa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri berasal dari sektor swasta yang menjadikan beliau lebih peka terhadap persekitaran pasaran yang sebenar.

Ini bermakna beliau berada pada kedudukan sewajarnya untuk mengetengahkan pendekatan praktikal dan sasaran realistik untuk memulihkan keadaan ekonomi serta berani untuk menarik balik pelan yang tidak membuahkan hasil.

Lebih-lebih lagi menerusi kenyataan bahawa menerusi pelan pemulihan itu “tiada siapa pun akan dipinggirkan” dan “apa yang penting adalah kita dapat memastikan seramai mungkin dapat bekerja” yang menjadi satu jaminan untuk pelbagai peringkat rakyat, terutamanya golongan belia yang menganggur.

Namun, sejauh mana kebajikan setiap warga Malaysia dilindungi akan hanya diketahui apabila butiran pelan itu diumumkan kelak.

Dalam usaha merangka strategi terbabit, Menteri Kewangan perlu bersedia untuk berani mengambil tindakan terhadap majikan yang walaupun menjadi penerima berbilion ringgit di bawah pelan rangsangan (ekonomi), tetapi tergamak bersikap zalim dengan memberhentikan pekerja masing-masing.

Malah, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada bulan lepas turut memberi amaran bahawa berjuta-juta pekerja berdepan kemungkinan diberhentikan atau gaji mereka mereka dipotong dalam jumlah yang besar.

Ini berikutan terdapat majikan tidak bertanggungjawab yang walaupun menerima bantuan besar daripada kerajaan serta meraih keuntungan lumayan sebelum ini, tetap bertindak sesuka hati dari segi menentukan nasib pekerja mereka.

MTUC turut membangkitkan mengenai kepentingan melindungi kepentingan pekerja yang bergelut untuk mempertahankan pekerjaan mereka dan terus menyara keluarga dengan gaji yang terhad di bawah keadaan semasa yang sukar.

Jika diamati, ekonomi Malaysia sebagaimana dipaparkan menerusi Dasar Ekonomi Baharu adalah berteraskan kejuruteraan sosial.

Oleh itu, dalam keadaan masa kini, kalangan penggubal dasar perlu memastikan bahawa kejuruteraan sosial itu terus menjadi teras pelan pemulihan yang merangkumi semua rakyat tanpa mengira latar belakang mereka.

Hanya selepas itu serta tempoh-tempoh berikutnya - bergantung kepada sejauh mana keberkesanan pelan pemulihan itu, akan membolehkan kerajaan untuk menyatakan bahawa “sesiapa pun tidak dipinggirkan.”

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
COVID-19: Masa yang sesuai Malaysia kaji semula dasar pelaburan - Ahli ekonomi

COVID-19: Masa yang sesuai Malaysia kaji semula dasar pelaburan - Ahli ekonomi


KUALA LUMPUR: Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang lain, berikutan pembukaan semula ekonomi di seluruh dunia selepas kehilangan trilion dolar akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, yang lebih penting, wujud keperluan untuk mengkaji semula dan menambah baik insentif sedia ada dalam persekitaran landskap pelaburan yang berubah untuk menarik pelabur asing dan tempatan melabur di negara ini, kata seorang ahli ekonomi.

"Sebarang langkah untuk mempermudah dan menjadikan proses pelaburan yang lebih mesra pelabur amat dialu-alukan. Usaha sedemikian perlu terus dipertingkatkan, dengan atau tanpa COVID-19," kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, pada Isnin.

Seri Paduka bertitah proses kelulusan pelaburan terutamanya projek berimpak tinggi hendaklah ditambah baik agar lebih cekap dan pantas, bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke dalam negara.

"Menyedari pentingnya suntikan pelaburan bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan beta akan terus mempermudahkan urusan perniagaan bagi meningkatkan aktiviti pelaburan.

"Hal ini termasuk keperluan mengemas kini undang-undang, proses kelulusan dan insentif sedia ada," titah Seri Paduka.

Mengulas perkara ini, Mohd Afzanizam berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan kajian dan mendapati terdapat lebih 100 insentif yang ditadbir oleh 33 agensi.

"Mungkin kerajaan perlu meneliti perkara ini untuk memastikan proses pelaburan berjalan lancar, cekap dan menjimatkan kos kepada pelabur sedia ada dan yang berpotensi."

Menurut bank pusat, Malaysia menawarkan lebih 100 jenis insentif yang berbeza untuk mempromosikan pelaburan dalam ekonomi. Ini diagihkan dalam tiga bentuk utama: Status Perintis, Elaun Cukai Pelaburan dan Elaun Pelaburan Semula.

Bank pusat berkata kerajaan perlu memikirkan semula mengenai rangka kerja insentif pelaburan dalam persekitaran global yang amat dinamik dan wujudnya trend global seperti gangguan teknologi, perbandaran yang pesat, dan persekitaran yang diperlukan dalam menyediakan ekonomi untuk masa depan.

Ini terutamanya, pelaburan yang akan datang perlu menunjukkan ciri-ciri antaranya mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, hubungan kukuh dalam rantaian bekalan domestik, dan mewujudkan kluster perindustrian baharu.

Limpahan positif ini perlu dipantau dengan menyeluruh dan dilaporkan pada masa yang sesuai.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata negara juga perlu menyedari keperluan kepada aktiviti dengan nilai tambah yang tinggi yang lebih bergantung kepada teknologi dan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya daripada penduduk tempatan.

"Kami mendapati bahagian jentera dan peralatan kepada jumlah pelaburan merosot daripada 43 peratus pada 2010 kepada 33 peratus pada 2019.

"Pada masa sama, buruh asing meningkat. Ini memberi tanggapan bahawa tahap aktiviti dengan nilai tambah yang tinggi masih berkurangan."

Sementara itu, Pengerusi Asli Centre for Public Policy Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ketidakstabilan ekonomi semasa memberi peluang kepada Malaysia untuk merangka dasar baharu yang menjadikan negara ekonomi terbuka jauh lebih kompetitif daripada negara lain.

"Dengan kata lain, dasar perlindungan, jika ada, perlu dimansuhkan atau dihentikan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan tidak menggalakkan aliran keluar pelaburan. Kerajaan perlu menyemak semula semua peraturan lama yang mengekang pelaburan tempatan dan asing," katanya.

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Permohonan program latihan meningkat sejak PKP - Perkeso

Permohonan program latihan meningkat sejak PKP - Perkeso


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan dalam kalangan pekerja yang kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas.

Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso Datuk Mohd Sahar Darusman berkata pihaknya melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menerima lebih 300 permohonan untuk latihan daripada pekerja yang kehilangan pekerjaan termasuk 197 yang menjalani latihan dalam talian.

"Dalam tempoh ini Perkeso menawarkan 250 kursus secara dalam talian di mana 75 adalah kursus latihan yang turut mengadakan penempatan pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata Perkeso telah mengambil langkah proaktif dengan membolehkan pekerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk menduduki latihan secara dalam talian dari kediaman mereka memandangkan kebanyakan premis penyedia latihan tidak beroperasi dan ditukar kepada pusat kuarantin sepanjang PKP.

"Perkeso menghayati normal baru ini dalam melaksanakan Dasar Pasaran Buruh Aktif, di mana Perkeso merupakan agensi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan program latihan dan temuduga terbuka secara maya," katanya.

Beliau berkata sejak 1 Jan lepas hingga 17 Mei (semalam) Perkeso telah menerima 27,800 permohonan untuk faedah SIP.

Pekerja yang hilang pekerjaan dan berdaftar dengan PERKESO dinasihatkan membuat permohonan bantuan kewangan SIP dan juga mendapatkan latihan dan penempatan pekerjaan melalui laman sesawang PERKESO www.perkeso.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8091 5167 / 03-8091 5164 / 03-8091 5162 / 03-8091 5150 / 03-8190 5146 atau e-mel kepada [email protected].

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Kadar inflasi April catat penguncupan, -2.9 peratus

19bh14zxa1_1589947303.jpg


PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP), antara penanda aras utama kadar inflasi pada April 2020 adalah -2.9 peratus, iaitu kadar perubahan ke paras terendah sejak 2010, demikian mengikut Jabatan Statistik.

Antara pengukur utama harga barangan dan perkhidmatan itu susut kepada 117.6 berbanding 121.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

"Penurunan IHP keseluruhan ini telah didorong oleh penurunan indeks kumpulan Pengangkutan (-21.5%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-2.2%) yang menyumbang 14.6 peratus dan 23.8 peratus daripada keseluruhan wajaran," kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Katanya, purata harga RON95 yang lebih rendah pada April 2020 iaitu RM1.27 per liter berbanding RM2.08 pada April 2019 telah menyumbang kepada perubahan negatif indeks Pengangkutan dan indeks keseluruhan.

Tambahan pula, purata harga RON97 menunjukkan penurunan harga kepada RM1.57 per liter berbanding RM2.71 manakala Diesel menurun kepada RM1.49 per liter daripada RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kumpulan utama Makanan & Minuman Bukan Alkohol terus menunjukkan peningkatan bagi April 2020 sebanyak 1.2 peratus kepada 133.9 berbanding 132.3 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan itu berkata, kumpulan ini menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP.

Pelbagai Barangan & Perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 2.3 peratus diikuti Komunikasi (1.6%), Kesihatan (1.2%) dan Pendidikan (1.2%).

Bagi perbandingan bulanan, IHP turut menurun 2.7 peratus berbanding Mac 2020. Penurunan ini telah disumbangkan oleh Pengangkutan (-13.5%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-3.8%).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga April 2020 menurun 0.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut jabatan itu, indeks bagi semua negeri menunjukkan penurunan antara -2.0 hingga -3.9 peratus bagi April 2020 berbanding April 2019.

Penurunan tertinggi dicatatkan oleh Kedah & Perlis (-3.9%) diikuti oleh Sarawak (-3.8%) dan Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan (-3.7%).

Sebaliknya, semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.8%), Perak (1.8%), Terengganu (1.8%), Johor (1.7%) dan Pulau Pinang (1.5%) dan ia melebihi paras nasional 1.2 peratus bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada April 2020.

Jabatan Statistik berkata, IHP tanpa bahan api untuk kenderaan (RON95, RON97 dan Diesel) berada pada kadar positif iaitu 0.2 peratus manakala indeks teras meningkat 1.3 peratus pada April 2020 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

Sumber : bharian
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
'Malaysia urus ekonomi dengan baik berbanding negara jiran'

Kuala-Lumpur_1589876189.jpg

Malaysia tidak membiarkan defisit fiskal di luar kawalan di tengah-tengah kemelesetan

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menguruskan ekonominya dengan baik sekali berbanding negara-negara jirannya dan tidak membiarkan defisit fiskalnya di luar kawalan di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan dalam pasaran, kata seorang ahli akademik.

Profesor Richard Vietor daripada Harvard Business School berkata, sebagai ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan prestasi yang baik meskipun kelembapan ekonomi global.

Bagaimanapun, beliau berkata walaupun Malaysia adalah sebuah kuasa besar perdagangan, namun perdagangan dijangkakan perlahan sehingga negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China pulih daripada pasca pandemik COVID-19.

"Saya rasa anda akan lihat China pulih dahulu. Saya fikir Malaysia perlu menguruskan hal ehwal fiskalnya dengan berhati-hati dan bersiap-sedia sedaya mungkin untuk bersaing di AS dan Eropah apabila negara-negara itu pulih," katanya.

Beliau berkata demikian pada webinar bertajuk 'Economic Consequences of COVID-19' (Kesan-Kesan Ekonomi akibat COVID-19) di sini, hari ini.

Webinar itu dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia.

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata krisis kesihatan ini memberikan cabaran getir kepada penggubal dasar di banyak pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi membangun.

Beliau berkata, pandemik itu menjejaskan ekonomi dunia yang sudah pun berada dalam keadaan lemah berikutan pelbagai isu seperti pertikaian perdagangan, ketidaktentuan dasar dan ketegangan geopolitik.

Sementara itu, mengenai mata wang, Vietor menjangka mata wang Malaysia menyusut sedikit berbanding dolar AS.

"Tetapi tidak begitu banyak, kerana Malaysia berjaya menangani krisis ini lebih baik berbanding banyak negara lain, sebagai contoh, saya telahpun melihat rand Afrika Selatan dan lira Turki jatuh merudum.

"Saya fikir negara-negara lemah akan mempunyai mata wang yang lebih lemah, manakala negara-negara yang tidak membiarkan hutang mereka meningkat dengan ketara akan mempunyai mata wang yang lebih kukuh. Bagaimanapun, dolar AS akan terus kekal menjadi mata wang pertukaran untuk sementara waktu ini," katanya.

Sumber : bharian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register