Covid-19 Ekonomi Malaysia akan meleset sekiranya PKP dilanjutkan, namun PKPB dilaksanakan

CG Sponsors




Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Malaysia akan hadapi kemelesetan ekonomi sekiranya PKP dilanjutkan, amaran MIER

kl-mco-25032020.jpg


KUALA LUMPUR: Berdasarkan analisis, diandaikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung selama dua minggu lagi untuk membendung pandemik Covid-19, akan mengakibatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mungkin akan menyusut kira-kira 2.9% untuk 2020 berbanding tahun 2019, mengakibatkan kira-kira 2.4 juta orang kehilangan pekerjaan mereka, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

MIER menganggarkan bahawa tambahan dua minggu tambahan PKP akan meningkatkan penguncupan KDNK sebenar diantara 3% dan 4%, berbanding dengan garis dasar 2020.

Anggaran ini adalah sebahagian daripada analisis MIER mengenai impak ekonomi Covid-19 di Malaysia. Terdahulu pada bulan Februari, ia menjangkakan impak ekonomi keseluruhan terhadap pertumbuhan KDNK adalah pengurangan antara 0.8% dan 2% dari trend garis dasar bagi senario yang rendah dan tinggi.

MIER telah menyemak semula anggarannya (kajian kedua) memandangkan wabak itu telah melepasi fasa awal jangkitan, yang membawa kepada separa darurat yang mengakibatkan gangguan ekonomi, yang mana akan menjejaskan corak pengeluaran, penggunaan dan perdagangan negara serta pendapatan dan pekerjaan rakyat.

Selain daripada KDNK menyusut, MIER mengunjurkan pendapatan isi rumah pada masa ini mungkin menurun 12% berbanding dengan garis dasar, berjumlah RM95 bilion. "Kejatuhan sedemikian ditunjukkan dengan penurunan mendadak dalam perbelanjaan pengguna sebanyak 11%, walaupun penurunan paras harga pengguna umum sebanyak 4.4%," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, MIER menjangkakan 67% daripada 2.4 juta kehilangan pekerjaan seperti yang dianggarkan.

"Dalam masa yang mencabar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, ia adalah amat penting kepada negara untuk beralih daripada melihat ekonomi berdasarkan penunjuk konvensional dalam situasi biasa." Oleh itu, MIER mencadangkan agar kerajaan mengetepikan bajet krisis luar biasa yang setanding dengan kerugian pendapatan yang diunjurkan sebanyak RM95 bilion, untuk mengurangkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi.

'Tambahan RM75b diperlukan untuk mengurangkan impak virus'

"Meskipun RM20 bilion telah diumumkan sebelum ini, tambahan RM75 bilion diperlukan. Peruntukan sedemikian adalah sangat penting terutamanya untuk mengelakkan kebankrapan syarikat, kerugian pekerjaan, dan kekurangan pendapatan isi rumah melalui sokongan perniagaan, memberi nafas baru kepada PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan program jaringan keselamatan sosial," katanya.

Sekarang tiba masa untuk kerajaan mengkaji semula matlamat sosioekonomi keseluruhan negara, katanya, untuk menubuhkan dasar, mekanisme dan langkah bagi memacu ekonomi ke arah berdaya tahan dan makmur, dan bukan dasar berorientasikan pertumbuhan tidak mampan dalam beberapa dekad sebelum ini. MIER juga menegaskan bahawa pertanian negara perlu ditumpukan semula kepada pertanian berasaskan makanan, bukannya berasaskan komoditi, terutamanya dalam keselamatan makanan negara.

"Disebabkan itu, kami berpendapat agar kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan Stok Penimbal Makanan dan Bekalan Perubatan Negara yang dibiayai oleh kerajaan atau kerjasama dengan sektor swasta melalui program Perkongsian Awam-Swasta (PPP).

MIER menyeru agar kerajaan mengkaji semula dasar fiskalnya, termasuk Bajet 2020 yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya, untuk menangani isu-isu ekonomi akibat dari wabak Covid-19.

Untuk melangkah ke hadapan, MIER mengharapkan supaya "pemulihan dari kemelesetan ekonomi tahun ini yang disebabkan oleh Covid-19 dan pelaksanaan pakej rangsangan yang disyorkan akan menghasilkan pemulihan berbentuk V [seperti yang telah berlaku sebelum ini ketika kemelesetan tahun 1985], dimana tahun 2021 akan menyaksikan prestasi ekonomi yang lebih baik".

Berdasarakan jangkaan ini, MIER mengesyorkan supaya kerajaan Perikatan Nasional, dalam Bajet 2021 yang akan datang, untuk menimbang semula perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan dengan pelarasan dan liputan kadar yang sesuai, dan juga menambah baik dalam mekanisme koleksi dan rebat. "Ini adalah salah satu cara untuk menampung sebarang kekurangan dalam hasil kerajaan persekutuan berikutan dari hasil minyak yang dijangka rendah dalam penilaian sebelum ini."


================================================================

MIER warns of recession if partial lockdown extended

KUALA LUMPUR: Assuming the movement control order (MCO) is extended for another two weeks to contain the Covid-19 pandemic, Malaysia’s real gross domestic product (GDP) may shrink about 2.9% for 2020 compared to 2019’s, resulting in some 2.4 million people losing their jobs, according to the Malaysian Institute of Economic Research (MIER).

MIER further estimates that any additional two-week extension of the MCO may amplify the real GDP’s contraction by between 3% and 4%, relative to the 2020 baseline.

These estimates are part of MIER’s analysis of the economic impact of Covid-19 in Malaysia. Earlier in February, it expected the overall economic impact on GDP growth would be a reduction of between 0.8% and 2% from the baseline trend for the low and high scenarios.

Now, it has revised its estimates as the pandemic advanced beyond the initial infectious phase, leading to the partial lockdown resulting in economic disruptions, affecting the country’s pattern of production, consumption and trade, as well as its population’s income and employment.

Besides the shrinking real GDP, MIER now projects household incomes may fall 12% relative to the baseline, amounting to RM95 billion. “Such a fall is manifested in a sharp decline in consumer spending by 11%, despite the drop in general consumer price level by 4.4%,” it said in a statement yesterday.

Meanwhile, MIER expects 67% of the 2.4 million job losses it estimated — presumably mainly non-salaried jobs — will be unskilled workers.

“In this challenging and unprecedented times, it will be to the nation’s best interest to depart from looking at the economy based on conventional indicators in normal times.” As such, MIER is proposing that the government set aside an extraordinary crisis budget comparable to the projected income loss of RM95 billion, to mitigate Covid-19’s impact on the economy.

‘Additional RM75b needed to cushion virus’ impact’

“Since RM20 billion was pledged earlier, an additional RM75 billion will be needed. Such [an] allocation is imperative especially to avoid company bankruptcies, job losses, and impaired household incomes and welfare through business support, SME (small and medium enterprise) rejuvenation and social safety net programmes,” it said.

Now is also timely for the government to revisit the country’s overall socio-economic goals, it said, to establish policies, mechanisms and measures to move the economy towards resiliency and genuine prosperity, and not unsustainable growth-oriented policies of past decades. MIER also pointed out the country’s agriculture should be refocused on food-based agriculture, instead of a commodity-focused one, especially in light of the nation’s food security and sovereignty.

“For this reason, we would strongly recommend that the government consider establishing a National Food and Medical Supplies Stockpile funded by the government or in conjunction with the private sector through a public-private partnership programme.”

MIER called for the government to review its fiscal policy too, including Budget 2020 announced by the previous Pakatan Harapan government, to deal with economic issues due to the Covid-19 outbreak.

Going forward, MIER said it expects “the recovery from this year’s projected economic recession due to Covid-19 and the recommended stimulus package implementation will result in a V-shaped recovery [as happened in all previous recessions since 1985], so year 2021 will see a better economic performance”.

As such, it recommends the Perikatan Nasional government, for its forthcoming Budget 2021, to reconsider bringing back the goods and services tax with appropriate rate adjustments and coverage, and also an improved mechanism in collections and rebates. “This should provide a means to cover any shortfall in the federal government’s revenues due to the expected lower oil receipts in the previous assessment.”

Sumber : the edge markets
 
Last edited:
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Covid-19 to place Malaysian economy into technical recession, says AmBank



KUALA LUMPUR (March 26): AmBank Group Research said the coronavirus-induced recession is expected to place both the global economy as well as the Malaysian economy into technical recession.

In a thematic note today, AmBank Group chief economist and head of research Dr Anthony Dass said the impact from this virus should taper by the end of the second quarter of 2020.

Dass, who is also an adjunct professor in economics at the University of New England, Sydney, Australia, said normalisation of both the global and domestic economy should take place in the second half of 2020.

Commenting on the present situation, Dass said unlike the 2008 financial crisis that originated from the financial sector, the current economic turmoil experienced by both the world and Malaysia came completely from outside the financial sector.

He said it came from the virus impact that is directly harming areas of the economy like tourism and tourism-related activities, and other areas of economic activities like manufacturing, construction, mining and agriculture following the lockdown.

“It has also affected businesses in the informal sector. The job market is impacted by retrenchments and many workers going on unpaid leave in many sectors,” he said.

On the comprehensive economic package to be announced on March 27, Dass said the Stimulus Package 2 (SP2) should be more ambitious than the SP1 of RM20 billion in terms of reaching a wider range of target groups and covers a broader range of economic activities.

He said it must address six strategic issues: reducing unemployment and increasing job opportunities; easing the economic burden of the people, particularly those in vulnerable sections of society; supporting the private sector; undertaking capacity building for the future; supporting the SMEs; and supporting the informal business activities and those working in this sector.

“The focus should be on the transportation sector given the rising urbanisation, tourism, green initiatives, education, health, the halal sector, [developing] new technologies (particularly biotechnology), and [upgrading] human resource development (with an emphasis on private tertiary education),” he said.

Sumber : the edge markets
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,770
Reaction score
1,886
Points
191
ramai sangat tekan goverment nih..
aku x pasti tsmy handle mcm mne..

at least tunggu dlu mco 2 minggu lgi..
impak mmg buruk terhadap ekonomi dan kesan kpd rakyat..

tp at least kita nk kne kurangkan dlu penularan virus covid nih..
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,547
Reaction score
1,544
Points
201
ramai sangat tekan goverment nih..
aku x pasti tsmy handle mcm mne..

at least tunggu dlu mco 2 minggu lgi..
impak mmg buruk terhadap ekonomi dan kesan kpd rakyat..

tp at least kita nk kne kurangkan dlu penularan virus covid nih..

mrk yg menekan tu tak campur bawahan...dok dalam golongan mereka..duit byk...dan KEBAL Covid 19.....geng yg fikir duit je ni...set kiasu..
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,277
Reaction score
1,261
Points
101
mrk yg menekan tu tak campur bawahan...dok dalam golongan mereka..duit byk...dan KEBAL Covid 19.....geng yg fikir duit je ni...set kiasu..
Golongan yg atas tu goyang lah..
Nak bayar macam2.. jet peribadi bagai. Semua high maintenance.

Bila yg bawah tak keje..
Rakyat tak keluar berbelanja..
Dorang punya income sangkut.

Jgn ingat dato2 tansri2 ada juta2 dalam bank tu cukup.. kalau ada kapal yahct nak menten tu pun da terberak.

Pemilik2 niaga pun tertekan skang nih.
Gaji perkerja semua nak kene bayar.

Projek banyak terhenti.

Tapi mcm mano? Ape guna bangunan besar klcc kalau hari2 pengunjung yg datang bole mati


Aku saje je tulis ni..
Bosan2 kene kurung banyak hari dah
 
Last edited:

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Keutuhan fundamental, strategi mantap dapat pulihkan ekonomi negara - Mustapa



KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Pengalaman berharga yang diharungi Malaysia sebelum ini yang pernah diuji dengan pelbagai cabaran daripada kemelesetan ekonomi, wabak penyakit sehinggalah krisis makanan telah membolehkan negara merangka pelbagai strategi mantap dalam menstabilkan kembali serta mengukuhkan ekonomi.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jentera kerajaan yang kini bertungkus lumus memerangi penularan pandemik COVID-19 yang mencengkam rakyat dan ekonomi negara.

“Ini bukan kali pertama negara kita dicabar (krisis) dan terbukti kita mampu. Kita ada kerajaan yang cekap, sistem pentadbiran yang baik dan kalau kita tumpu sepenuh hati kepada usaha untuk memulihkan negara kita, InsyaAllah kita akan mengembalikan kegemilangan negara.

"Dan apabila berakhirnya tempoh Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), kita akan menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Mustapa berkata demikian semasa Program Bicara Naratif Majlis Tindakan Ekonomi: Mencorak Landskap Ekonomi Rakyat yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam tadi.

“Kita bertuah walaupun kerajaan baharu, perdana menteri mempunyai lebih 40 tahun pengalaman sebagai seorang ahli politik dari timbalan menteri, menteri besar serta pernah menerajui pelbagai kementerian seperti pendidikan, pertanian, perdagangan antarabangsa dan industri serta dalam negeri.

“Jadi, walaupun beliau baru menjadi perdana menteri kita bertuah dan bersyukur kerana dipimpin oleh seorang yang cukup matang dan luas pengetahuan tentang pentadbiran negara termasuklah hal-hal ekonomi,” katanya.

Mustapa berkata pemulihan ekonomi akibat daripada COVID-19 akan mengambil masa yang panjang ekoran kesannya terhadap pelbagai sektor terutamanya pelancongan dan pekerjaan.

“Dan kita perlu menerima hakikat kesannya cukup besar dan masalah ini kalau kita lihat negara kita, semasa pembentangan belanjawan ekonomi negara diunjur berkembang antara 4.3 peratus ke 4.5 peratus pada 2020, tetapi kita sedia maklum bahawa ia tidak akan tercapai.

“Harga minyak dunia sudah merundum sehingga berlegar antara US$27 dan US$28 setong berbanding unjuran dalam belanjawan iaitu AS$62 setong,” katanya,

Justeru, katanya, cabaran yang perlu diatasi kerajaan bukan hanya untuk menangani COVID-19 tetapi juga penurunan nilai ringgit yang berlegar pada paras RM4.40 berbanding dolar AS, kelemahan indeks Bursa Malaysia yang jatuh di bawah paras 1,300 mata selain syarikat-syarikat yang terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, penguatkuasaan PKP yang bertujuan membendung penularan wabak tersebut turut menyebabkan rakyat terutamanya golongan B40 terkesan,

“Umpamanya mereka yang menerima gaji hari, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang meniaga di tepi jalan dan pasar malam syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan begitu juga syarikat besar,” kata Mustapa.

Oleh yang demikian, beliau berharap pakej rangsangan ekonomi menyeluruh yang akan diumum esok (Jumaat) akan melibatkan bantuan tunai bagi memastikan rakyat mampu mendapatkan keperluan asas.

“Saya yakin bahawa pada Jumaat akan diumumkan pakej yang komprehensif dan tiada yang terlepas pandang,” tambahnya.
Kerajaan Pakatan Nasional telahpun mengumumkan tiga pakej rangsangan pada 16 Mac, 23 Mac dan 25 Mac lepas untuk menggerakkan ekonomi dan membantu rakyat mengharungi impak COVID-19.

Sebelum itu, pada Februari lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mathathir Mohamad telah melancarkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM20 bilion.

“Seperti yang perdana menteri tekankan, 'setiap hari perlu ada makanan di atas meja', maknanya nak pastikan rakyat Malaysia ada akses kepada makanan. Jadi akses ini ada dua, yang pertama bekalan dan keduannya pendapatan.

“Jadi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bertanggungjawab memastikan perkara ini tidak tergendala dan kita harap ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan dari sudut bagi memastikan rakyat mempunyai pendapatan, untuk meneruskan hidup sudah pasti ini akan diumumkan tidak lama lagi,” kata Mustapa.

Selain kerajaan pusat, katanya, kerajaan negeri lain turut mengambil inisiatif melancarkan pakej bantuan seperti Sarawak (RM1.15 bilion), Sabah (RM670 juta), Selangor (RM127 juta).

Pusat-pusat zakat negeri, pihak swasta dan individu turut tampil memberi sumbangan dalam bentuk tunai, peralatan perubatan dan bantuan kepada rakyat serta pasukan barisan hadapan.

-- BERNAMA
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,084
Reaction score
406
Points
41
Kemelesatan tu benda pasti..

satu dunia terjejas kot..

cuma nk minimakan impak je sekarang ni...
 

lelabah

Super Active Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,654
Reaction score
866
Points
121
It's a pandemic. Solve this problem first. All countries have the same problem.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register