BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ejen Amerika, Itali culik ulama Mesir

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MILAN 5 Nov. - Mahkamah di Itali mendapati 23 ejen perisikan Amerika Syarikat (AS) dan dua ejen sulit Itali bersalah atas tuduhan terlibat dalam penculikan seorang ulama Mesir di sini oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada 2003.

Ketua stesen CIA di Milan pada waktu itu, Robert Seldon Lady dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, manakala ejen AS yang lain dikenakan hukuman penjara lima tahun setiap seorang.

Kesemua defendan warga AS tidak hadir dalam perbicaraan bersejarah yang berlangsung di sini, semalam.

Dua ejen Itali itu dikenakan hukuman penjara tiga tahun berikutan perbicaraan pertama melibatkan pemindahan suspek 'kempen memerangi keganasan' oleh ejen-ejen CIA yang dipercayai telah menghantar berpuluh-puluh suspek ke beberapa negara yang diketahui melakukan penyeksaan ke atas tahanan.

Ketua CIA di Itali ketika itu, Jeffrey Castelli dan bekas ketua perisikan tentera Itali (SISMI), Nicolo Pollari mendapat perlindungan daripada pendakwaan di bawah peraturan kerahsiaan negara, manakala dua lagi defendan AS memiliki kekebalan diplomatik, kata Hakim Oscar Magi.

Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama melahirkan rasa kesal dengan keputusan mahkamah tersebut.

"Kami kesal dengan keputusan ke atas warga Amerika dan Itali yang didakwa di Milan kerana dikatakan terlibat dengan kes membabitkan ulama Mesir, Abu Omar," kata jurucakap Jabatan Negara, Ian Kelly di Washington.

Pendakwa Raya, Armando Spataro menyambut baik keputusan berkenaan dengan berkata, perbicaraan yang bermula pada Jun 2007 itu telah membuktikan 'kebenaran siasatan'.

"Kita tidak memerlukan penyeksaan, pemindahan tahanan atau penjara rahsia. Sebaliknya, kita perlu menghormati undang-undang sepenuhnya, kalau tidak kita meningkatkan motivasi pengganas," kata beliau yang telah menuntut supaya Castelli dan Pollari dikenakan hukuman penjara 13 tahun.

Osama Mustafa Hassan, seorang imam yang lebih dikenali sebagai Abu Omar, diculik di sebatang jalan di Milan pada 17 Februari, 2003 dalam operasi yang dijalankan bersama oleh CIA dan SISMI.

Anggota pembangkang Mesir berhaluan Islam itu, yang mendapat perlindungan politik di Itali, didakwa dibawa ke pangkalan tentera udara AS di Aviano, timur laut Itali, kemudian diterbangkan ke pangkalan tentera AS di Ramstein, Jerman dan seterusnya ke Kaherah di mana beliau mendakwa telah diseksa.

Program pemindahan luar biasa itu diwujudkan oleh pentadbiran bekas Presiden AS, George W. Bush berikutan serangan 11 September, 2001. - AFP
 
dia culik nk buat mufti us ke?
 
gilo la diorang nie, dah la bunuh orang islam kat palestine, nak culik lagi, mentekedarah..
 
Back
Top
Log in Register