BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ejekan, cacian makanan harian

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Joko Widodo​

JAKARTA 4 Ogos – Presiden Indonesia, Joko Widodo mengaku sering menjadi bahan ejekan dan cacian sejak menjadi Datuk Bandar Solo sehingga memegang jawatannya sekarang, tetapi menegaskan tidak akan menghukum orang yang menghinanya.

Katanya, dari segi undang-undang beliau boleh melaporkan kepada pihak polis untuk menghukum mereka yang melakukan penghinaan, namun setakat ini tidak memilih untuk berbuat demikian.

“Sejak jadi Wali Kota, Gabenor Jakarta hingga jadi Presiden, soal diejek, dicemuh, dicaci sudah menjadi makanan sehari-hari,’’ katanya seperti yang dipetik dari Tribunnews.com di sini, hari ini.

Menurut Joko atau Jokowi, ribuan mereka yang menghinanya boleh dikenakan hukuman jika dia melaporkan perkara itu kepada pihak polis, tetapi sehingga kini dia tidak melakukannya.

Beliau mengulas cadangan mengkaji semula undang-undang berhubung penghinaan terhadap Presiden dalam Rancangan Undang-Undang Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (RUU KUHP) yang sedang dijalankan oleh pentadbirannya.

Menurut Fasal 263 RUU KUHP, ayat pertama yang cadangkan oleh pentadbiran Jokowi ialah ‘Setiap orang yang di muka umum menghina Presiden atau Wakil Presiden, dihukum dengan penjara paling lama lima tahun atau denda paling banyak Kategori IV’.

Ayat seterusnya memberitahu, ‘Tidak merupakan penghinaan jika perbuatan sebagaimana dimaksud pada ayat (1) jelas dilakukan untuk kepentingan umum atau pembelaan diri’.

Walaupun menegaskan tidak akan mempedulikan cemuhan, cacian atau penghinaan terhadapnya, namun Jokowi berharap rakyat Indonesia perlu mengutamakan prinsip sopan santun kerana itu juga adalah simbol negara yang perlu dilindungi.

Sehubungan itu, beliau menyokong penerapan fasal berkenaan di dalam kajian undang-undang tersebut untuk jangka panjang dan bukan semata-mata kepentingan peribadi beliau.

Selain itu, katanya, fasal penghinaan yang terdapat dalam undang-undang itu juga bertujuan melindungi orang ramai yang mengkritiknya daripada menerima hukuman.

“Jadi, yang ingin mengkritik, ingin mengawasi, ingin membuat pembetulan, ya silakan,’’ katanya. – UTUSAN
 
Back
Top
Log in Register