EDISI YUNANI: PAHLAWAN PURBA YUNANI & PENGARUH PADA ROM

CG Sponsors




protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
EDISI YUNANI: PAHLAWAN PURBA YUNANI ERA PURBA / KUNO / KLASIKAL / HELLENISTIK & PENGARUH PADA ROM

Artikel Oleh Robotech

Tahukah anda, pahlawan purba Yunani dulukala menggamit dunia purba dan keperwiraan mereka merentas zaman sehingga 3600 tahun lamanya diabadikan dalam mitos hikayat Illiad, Odysseus serta dijadikan karya dalam bangsawan Eropah sehingga ke zaman filem era abad ke 20-21? Jom kita kupas.

Pahlawan Yunani Purba Mycenae (1600-1000 SM)

Era Zaman Gangsa ini menyaksikan pahlawan Yunani Mycenae secara umumnya jika berperang sangat terlalu asas, diberi pedang gangsa atau tombak gangsa dengan perisai kulit. Hanya Bangsawan Yunani Mycenae hanya boleh pakai perisai berat jenis Dendra yang sangat2 jarang digunakan. Konflik terkenal iaitu perang Yunani vs Troy berlaku pada era ini, dan percayalah Achilles bukan memakai perisai Hoplites (sebagaimana digambarkan dalam filem Troy oleh Brad Pitt) tetapi Achilles memakai perisai Dendra manakala tentera Myrmidon-nya hanya bercawat dan pakai perisai kulit haiwan.
 
Sponsored Post

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
Pahlawan Yunani Kuno / Klasikal Hoplites (650 - 350 SM)

Tidak dinafikan formasi Phalanx oleh perwira hoplites zaman Yunani Klasikal yang menggerunkan lawan terutama era peperangan antara negara kota Yunani Kuno bermula seawal 650-500 Sebelum Masihi. Konflik sesama negara kota Yunani melahirkan taktik perang formasi Phalanx menggunakan perwira Hoplites. Ini berterusan sehingga negara2 kota Yunani bersatu melawan Empayar Achaemenid Parsi.

Memang infantri terampuh pada zamannya hinggakan infantri elit Parsi iaitu perwira Immortal pun bersusah payah nak menewaskan formasi ini bermula kempen perang Yunani-Parsi Pertama sehingga perang Yunani-Parsi Kedua. Formasi ini kekal sehingga era perang saudara Yunani Klasikal antara Blok Pelopennesia diketuai Sparta vs Blok Delian diketuai Athens di era Yunani Klasikal (350 Sebelum Masihi).
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
Rombakan Tradisi Hoplites kepada Phalangites & Hypaspists di era Yunani Macedonia & Hellenistik (350 SM - 150 SM)

Kerajaan Yunani Macedonia bawah Raja Phillip II (bapa Alexander) menggabungkan keampuhan formasi hoplites kini dipanggil Phalangites dan Hypaspists serta disokong mobiliti tentera berkuda dan light infantry & skirmishers (aka pemanah, pelontar tombak, pelastik batu @slingers). Alexander the Great mewarisi ketenteraan Phillip II berjaya mengalahkan musuh tradisi Yunani dengan tumbangnya Empayar Parsi Achaemenid dan warisan formasi Phalangites & Hypaspists / mobiliti tentera berkuda / light infantry menguasai medan peperangan negara2 Yunani Hellenistik (Macedonia / Parsi Seleucids / Mesir Dinasti Ptolemy / Yunani Asia Tengah).

Tetapi kehadiran Republik Rom dengan infantri Legionnaire yang jauh lebih versatil menghancurkan tradisi Hoplites / Phalangites / Hypaspists Yunani Hellenistik menjelang penjajahan Macedonia oleh Republik Rom vs Raja Phillip V Macedonia. Legionaire Empayar Romawi dari Semenanjung Itali vs Hoplites / Phalangites / Hypaspists dari gugusan kepulauan Yunani berakhir dengan kemenangan dalam Peperangan Pydna pada tahun 168 Sebelum Masihi memihak Empayar Romawi yang menghancurkan kekebalan mitos formasi Phalanx oleh pahlawan Hoplites / Phalangites / Hypaspists milik Yunani Macedonia.
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
Pengaruh Hoplites Yunani kepada tradisi ketenteraan Republik-Empayar Romawi di era awal Klasikal & Reformasi Servian / Polybian / Marian (600 SM - 150 SM)

Pengaruh formasi Phalanx dan Hoplites Yunani ditiru oleh militia puak2 kaum Rom Purba pada era awal untuk melawan kuasa dominasi kaum Etruscan di Semenanjung Itali (600SM-300SM). Hoplites Romawi meniru bulat2 tradisi Phalanx oleh Hoplites Yunani Klasikal sehinggalah ke era penubuhan awal Republik Romawi dan formasi Phalanx Hoplites Romawi dikelaskan antara 3 kelas tentera terawal Republik Romawi mengikut Reformasi Servian. Hanya setelah era Peperangan Punic antara Republik Romawi vs Carthage (264 SM - 146 SM) barulah dilihat berlaku reformasi berkala tradisi militer Romawi beransur2 dari formasi Phalanx oleh Hoplites Romawi berevolusi menjadi formasi Manipular oleh Legionnaire Republik Romawi yang sangat terkenal ampuh & fleksibel melalui Reformasi Polybian pada 290-275 SM.

Dengan pengenalan formasi Manipular oleh pahlawan Legionnaire Romawi ini, Republik Romawi mengalahkan formasi Phalanx pahlawan Hoplites / Phalangites / Hypaspists Yunani Hellenistik Macedonia pimpinan Raja Phillip V Macedonia dalam Perang Pydna pada 168 SM. Dengan Reformasi Marian pada 107 SM, tradisi Hoplites terus pudar pupus dari tradisi ketenteraan Empayar Romawi.

Namun sebagai nota sejarah, tentera upahan dari kaum Samnite di Semenanjung Itali yang direkrut oleh Republik Rom mengekalkan tradisi formasi Phalanx ala Hoplites sehingga selepas Reformasi Marian!
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
KESATRIA YUNANI MYCENAE PURBA (1600 - 1000 SM)

Ini adalah perisai jenis Dendra, dipakai Bangsawan & Panglima Yunani Purba Mycenae. Jadi Achilles dalam Perang Trojan pakai perisai ini yang lebih tepat ikut sejarah.

Greek_Mycenae1.jpg
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
KESATRIA YUNANI MYCENAE PURBA (1600 - 1000 SM)

Inilah pahlawan Yunani Purba Mycenae. Pahlawan biasa hanya diberi pedang / tombak gangsa dan perisai kulit haiwan dilapis anyaman. Tentera Yunani Mycenae dibawah Menelaus dan tentera Myrmidon bawah Achilles menyerang Troy inilah gambaran sebenar ikut sejarah. Topi mereka dibuat dari kulit dan dihiasi taring babi hutan yang dijahit pada topi perang. Perasan tak ada Panglima Yunani Mycene mengenakan perisai jenis Dendra?
Greek_Mycenae2.jpg
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
KESATRIA YUNANI KUNO/KLASIKAL (650 - 350 SM)

Inilah pahlawan Hoplite era Yunani Kuno & Klasikal. Ini adalah standard pemakaian perisai Hoplite termasuk perisai dah pakai lapisan gangsa. Ini era perang Yunani vs Parsi Achaemenid & era perang saudara iaitu Peperangan Peloponnesia dimana persekutuan Yunani Sparta vs persekutuan Yunani Athens.

Notakaki: Pahlawan Sparta dan Athens filem 300 tu mengarut. Formasi hoplite takde, lepastu pahlawan hoplite digambarkan tak berbaju semua pakat bercawat je padahal itu pahlawan Yunani era Achilles & perang Troy beratus tahun sebelum Athens / Sparta lawan Parsi.
Greek_Hoplite1.jpg
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
KESATRIA YUNANI KUNO/KLASIKAL (650 - 350 SM)

Gambaran perwira Hoplite Yunani era Klasikal.

Greek_Hoplite6.jpg
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
KESATRIA YUNANI KUNO/KLASIKAL (650 - 350 SM)

Gambaran perwira Hoplite Yunani era Klasikal.

Greek_Hoplite4.jpg
 

protoculture

Active Member
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,011
Reaction score
110
Points
33
KESATRIA YUNANI KUNO/KLASIKAL (650 - 350 SM)

Gambaran perwira Hoplite Yunani era Klasikal.

Greek_Hoplite3.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register