Edar dadah guna khidmat penghantar barang

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,066
Reaction score
11,191
Points
2,376


Polis membongkar taktik pengedaran dadah yang menggunakan khidmat penghantaran barang semasa sekatan jalan raya di Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26, Shah Alam kelmarin

SHAH ALAM - Taktik sindiket yang menggunakan khidmat penghantar barang bagi mengedar dadah terbongkar dalam sekatan jalan raya di Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26 di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, pemeriksaan terhadap seorang lelaki penghantar barang menemui dadah jenis ganja seberat 40.44 gram.

"Pekerja penghantar barang yang menunggang motosikal Yamaha LC telah ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari.

"Pemeriksaan pada beg galas yang dipakai pekerja terbabit menjumpai dua sampul surat berisi peket plastik lut sinar berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 40.44 gram.

"Pekerja terbabit kemudian ditahan untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan BSJN IPD Serdang telah membawa serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira jam 11.10 malam.

"Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah diberkas dengan rampasan dadah disyaki ganja seberat 1.6 kilogram.

"Lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja penghantar barang itu tidak mengetahui barang yang dihantarnya.

"Dipercayai suspek kedua ini menggunakan khidmat orang tengah untuk menguruskan khidmat penghantaran 'barang' itu kepada pelanggan lain.

"Dipercayai suspek ini juga telah aktif sejak dua minggu dan mencari pelanggannya menggunakan aplikasi sosial Wechat,

"Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya, polis akan terus memantau dan akan mengambil tindakan tegas ke atas kegiatan terbabit.


 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
295
Reaction score
104
Points
23
fuhh... ni akan buatkan rider / runner bertambah susah bila ada road block

kena beratur panjang nak tunggu turn kena check parcel box.. silap2 client boleh cancel order

kalau tak dapat sender asal barang tu, despatch tu kena ke? naya lah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,066
Reaction score
11,191
Points
2,376
Taktik baru pulak
Nasib baik kantoi awal
Sian lak abam² rider
Terpaksa hadap roadblock sebab kes ni
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,096
Reaction score
20,952
Points
1,661
dorg mmg dh ada runner pun. pndai cut cost

runner seikhlas hati la jd kambing hitam
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,614
Reaction score
373
Points
91
Geng2 opportunist dah buat kerja
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,316
Reaction score
2,882
Points
191
hari tu kantoi rider vangang tunjuk rokok haram..

lepas tu semua rider kena spotchek..

Allah dah bagi rezeki halal tu, kerja laa elok2..

ni yang haram jugak dicarik nya..
 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,841
Reaction score
877
Points
81
Rider mana tau brg apa dia bwk
Lalamove bungusit ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register