BTC USD 27,726.9 Gold USD 1,976.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ed Sheeran Mahu Berehat Daripada Bidang Nyanyian

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Ed%2BSheeran.jpg

PENYANYI Ed Sheeran merancang untuk berehat daripada bidang muzik selepas konsert jelajahnya berakhir pada penghujung tahun ini.

Ed memberitahu dia mengambil keputusan itu disebabkan ingin bercuti dan menjalani kehidupan normal kerana sejak menceburi bidang muzik dia tidak pernah mendapat rehat secukupnya.

"Saya tidak pernah bercuti sejak bergelar artis dan kehidupan saya selepas itu hanya berkisar tentang kerja dan sebab itu saya mahu mengambil cuti panjang selepas selesai konsert jelajah saya," katanya menurut laporan The Sun.

Tambah Ed, biarpun seronok muzik diperjuangkannya mendapat respons baik daripada peminat namun sebagai manusia biasa dia berhak untuk meluangkan masa untuk dirinya sendiri.

Malah kata Ed, dia juga bimbang sekiranya wajahnya terlalu kerap muncul peminat akan mula bosan dan menyebabkan kariernya bermasalah.

"Lihat seperti Adele, Bruno Mars mereka tahu bila patut mengundurkan diri supaya tidak terlalu kerap muncul sehingga peminat bosan dan saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada karier saya," jelasnya.

http://www.cari.gold/2014/10/ed-sheeran-mahu-berehat-daripada-bidang.html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register