BTC USD 49,012.4 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Economic Fundamental

Status
Not open for further replies.

SHAMX777

Junior Member
Messages
78
Joined
Dec 14, 2008
Messages
78
Reaction score
56
Points
16
Apa nak jadi tahun depan???

Kita sebenarnya dah cecah 10tahun economi cycle... selalunya mesti terdapat RECESSION / ECONOMIC BUBBLE / DEPRESSION di setiap kitaran tu.

Sekarang UK dah umumkan RECESSION... USA still indenial.

Kalau 5 nam bulan lepas... USA dengan bongkaknya sound kat CHINA supaya FREEkan marketnya. No government intervention... practice FREE MARKET is the best... TAPI... sekarang apa jadi... USA malu giler!!! Tiba2 USA government kena campur tangan dalam private sectornya.

Government USA terpaksa inject liquidity 900billion dollars... UK pun dah inject liquidity berbilion ponds... CHINA injected trillions on Yuan. Malaysia pun dah injected berbillion ringgit. Semata2 nak selamatkan ekonomi daripada mencecah DEPRESSION. Bank2 semua nya tengah tight seakarang ni... tak cukup liquidity.

Tak cukup liquidity maknanya... banyak project2 dan business tak dapat loan. So .... takder economy growth... enter recession... pas tu teruk lagi... depression.

Apa yang government2 seluruh dunia buat sekarang (termasuk rendahkan Interest Rate) adalah untuk "Jump start" kan economy growth semula... so recession terkawal dan growth boleh dicapai semula.

Yang jadi masaalahnya... This is the first time ever... all this governments correlations and interventions sebegini besar untuk selamatkan economy dunia. Boleh katakan... Ini adalah "EXPERIMENT" semata2. Keputusanya tak tahu lagi sebab belum pernah buat begini. So... kita end up 50-50. Tunggu dan lihat jer lah.

Kalau banjir besar nak berlaku... "kun fayakun" jer lah. Sediakanlah payung sebelum hujan... kalau tahu nak banjir besar nie... sediakan Bot atau sampan sekali. Economy macam alam semulajadi gak psychologynya. Ada UP and DOWN. Sometimes VIOLENT is needed... macam kebakaran hutan/tsunami/gempa bumi.

Cuba fikir... hutan yang besar2 tu tiba2 terbakar dipanah petir. Malapetaka. Apa hikmahnya... pokok2 yang tinggi2 tu habis terbakar... so... sinaran cahaya matahari sampai ke tanah semula.... then... species2 baru dan pelbagai boleh EVOLVE. Semua benda ada hikmahnya.

Mungkin nanti.... kalau betul2 DEPRESSION berlaku... memang semua orang akan susah. Terutamanya orang2 bandar. Tapi siapa yang senang... petani2 and nelayan2 dikampung. Adil kan.

Mungkin nanti USA kena teruk punya DEPRESSION sampai alami zaman kejatuhan. Kalau kaji sejarah... semua empayar ada naiknya dan kejatuhannya... selepas itu... ditukarganti dengan empayar lain pula.

USA dah menerajui economy dunia sudah sekian lama... mungkin nanti CHINA atau INDIA pula yang ambil alih. Kemungkinan dan kebarangkalian memang dah ada. Cuma bila?
 
Sponsored Post

SHAMX777

Junior Member
Messages
78
Joined
Dec 14, 2008
Messages
78
Reaction score
56
Points
16
Interest Rate

Wed
Dec 17

3:21am USD High Impact Expected
Federal Funds Rate 0.25% 0.50% 1.00%

Fri
Dec 19
1:05pm JPY High Impact Expected
Overnight Call Rate 0.10% 0.20% 0.30%


Interest Rate Cut kerana Inflation tak ada... Deflation berlaku. Untuk jump-start dan galakkan perkembangan ekonomi semula... kena cut IR.
 

SHAMX777

Junior Member
Messages
78
Joined
Dec 14, 2008
Messages
78
Reaction score
56
Points
16
Ftp

Kita kongsi pengalaman. Sepanjang aku memorex FULL TIME nie... macam2 dah lalui... pahit manis suka duka. Sekarang aku nak kongsi ilmu serba sedikit.

Banyak trader2 Mesia nie tahu TECHNICAL analysis jer... bab2 FUNDAMENTAL tolak ketepi. Anyway... takder salahnya. Yang penting... beroleh keuntungan.

Cuba bayangkan... kalau tahu TECHNICAL analysis sahaja... macam pergi perang guna senapang M16 yang boleh tembak peluru kecik2 jer.

Kalau ada ilmu TECHNICAL and FUNDAMENTAL.... macam pergi perang guna M16 yang siap ada bom launcher sekali. Peluru boleh tembak... Bom pun boleh juga. Kan best sikit.

Apa2 pun bergantung pada tuan yang memegang senapang M16 tu. Cukup ilmu tak nak tembak musuh? Ada berani... atau takut memanjang? Jangan sampai nak taruk peluru pun tak tahu kat mana... terus nak gi berperang.

Contohnya, kalau melengkapkan diri dengan FUNDAMENTAL analysis sekali... tengok apa berlaku pada Jumaat beberapa minggu lepas. CABLE (GU) jatuh menjunam 1000pips dalam masa kurang 24jam!!! Never happened before. Tecnical tak kasi tahu apa2 pun. FUNDAMENTAL yang menggerakkan market. Technical diperlukan untuk ENTRY dan EXIT dan RE-ENTRY dan mana nak bubuh Stop LOSS atau PENDING ORDER.

Sehari sebelum kes 1000pips CABLE (GU) menjunam tu... kalau tengok Bloomberg atau apa2 Business News... atau baca berita kat Internet... GOVERNOR KING (Bank Of England punya tuan besar) dah buat Announcement yang UK is entering RECESSION.

So... almost everybody... especially BIG PLAYERS dah ready untuk SELL. So bias untuk minggu tu dan seterusnya... adalah BEAR market untuk GU. Kalau placed LONG / BUY... memang lagi banyak risiko. Lebih selamat SELL FROM BOUNCE... bounce jer... sell... bounce jer sell.... breakout support jer sell. Tak perlu BUY.... cari nahas.

Nak enter the market... bila nak SELL FROM BOUNCE... guna FIBBO atau Trendline... support resistance lines. Ini style aku lah. Yang tu guna TECHNICAL. Fundamental bagi clue untuk bias.

Kalau time2 news penting2 terutamanya Interest Rate announcement... mesti big move akan berlaku. Kan lebih baik dah prepare awal2. Tahu bila Fundamental News nak keluar... masa tu kalau terror analysis Fundamantal... masyuk laaa trade. Kalau tak tahu menahu... stay aside first. Bila market dah reda/stable semula baru masyuk trade guna Technical.

Tecnical don't work bila BIG and IMPORTANT and SURPRISE news keluar. Fundamantal move the market... not technical.

Ingat FTP. Fundamantal... Technical... Perception... 3 benda nie aku nyer asas untuk buat Entry / Exit. kalau ada umur yang panjang... nanti kita discuss lagi bab FTP nie. Kalau tengah "scalping" tu lain lah... yang tu mainly use TECHNICAL... tapi Fundamental membantu gak. Tahu nak SELL from bounce jer ke atau BUY FROM DIP jer sebab dah ada bias daripada Fundamental.

Ini sedikit sebanyak style aku trade lah. Lain orang lain caranya... takder betul salahnya... yang betul tu hanyalah bila memanjang buat profit jer.

Kadang2 market caca merba gak... tak ikut Technical... tak ikut Fundamantal.... tu yang parah tu.

Ada SET UP bagus baru masuk trade... takder setup... tunggu sampai ada setup... baru masuk. Jangan ikut gatal tangan jer nak click that mouse. Kadang2 tangan aku pun tergatal gak. Yang nie masalah disiplin diri.

Sementara tunggu set up tu... buka astro tengok Bloomberg ke... CNBC ke... The Exchange ke. Baca Economic NEWS ke. Tambah ilmu pengehtahuan.

Orang yang tak tahu pasal trading ni biasanya cakap kita yang Traders ni macam katak bawah tempurung... dok memerap kat rumah jer menatap screen komputer. Tapi mereka tak tahu yang kita nie dalam diam2 dah tahu saja apa yang berlaku di seluruh dunia lebih awal daripada mereka. Kita lebih tahu banyak perkara yang berlaku dari semasa ke semasa. Satu dunia punya info. Bila Benazir Butto kena assassinate ari tu... tengok apa berlaku pada USD?

Orang ingat takder kaitan dengan forex...Tengok2 ada rupanya. Benazir Butto kena bunuh dek sapa? Speculators buat speculation kalau taliban atau mana2 puak anti USA yang buat benderalah tu... apa yang boleh berlaku seterusnya... Pakistan ada apa? Nuclear!!! Cuba bayangkan jika Nuklear jatuh ke tangan puak anti USA. Haaa.... tu laa pasal minggu tu USD sell off gila2 punya.

Adeh dah banyak merapu nie. Menyimpang nyiur pulak. Cuma nak kongsi pengalaman. Sambil2 menatap chart jer tu... alangkah baiknya baca/dengar berita dunia. Tak der rugi punya. Kita pun jadi lebih matang dan berilmu.
 

tEnuKLang

Super Active Member
Messages
5,656
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
wah..mmg hustler gler..
tak blaja aku kat universiti seme mende nih...
subjek investment n portfolio analysis aku pon tak critical gnih.. :)cgrock
 

old_code

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
3,814
Joined
Oct 12, 2006
Messages
3,814
Reaction score
69
Points
30
Impact terlampau....US mungkin akan bankrupt....apa akan jadi pada malaysia??
 

jeffsmith

Freshie
Messages
40
Joined
Nov 15, 2008
Messages
40
Reaction score
2
Points
11
The other reason for the market not being stable is the cut in interest rates by the banks world wide.
 

elan

Active+ Member
Messages
4,798
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,798
Reaction score
34
Points
30
mantap.. mantap.... ajar le aku mcm mana nak main cara FUNDAMENTAL ni.... aku memang tak reti bab tu... :)cgrock:)cgrock
 

harrybanes

Fun Poster
Messages
399
Joined
Nov 4, 2007
Messages
399
Reaction score
21
Points
15
thanks for info bro.....yup betul aku pun biasa trade guna TA jer...bukan apa payah nak FA nie time keje....apa2 kalau bro sentiasa update kat sini FA alhamdulilah.....teruskan niat murni anda.....:D
 

sconsult

CG Top Poster Club
Messages
22,646
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Tuan tanah, bagus juga info ni. Aku tak trade waktu news...play safe je. Malas nak kelam kabut waktu news.
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13140
USD / JPY
112.805
GBP / USD
1.32325
USD / CHF
0.91773
USD / CAD
1.28486
EUR / JPY
127.628
AUD / USD
0.70068

CG Sponsors




Top
Log in Register