BTC USD 32,588.4 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ebrahim Raisi sah presiden baharu Iran

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721
IRAN_ELECTION_1623824095.jpg

Wanita yang juga penyokong calon presiden, Ebrahim Raisi, memang poster pemimpin konservatif itu dalam kempen pemilihan presiden yang akan berlangsung Jumaat ini. - Foto EPA

TEHRAN: Tokoh konservatif, Ebrahim Raisi dijangka memenangi pemilihan Presiden Iran baharu, yang akan berlangsung Jumaat ini, bagi menggantikan Hassan Rouhani.


Pemilihan kali ini tidak menghadirkan tekanan yang besar malah pemerhati juga menganggap tiada kejutan besar akan berlaku malah menjangkakan jumlah perwakilan juga rendah di kalangan pengundi disebabkan krisis sosial dan ekonomi yang sedang berlaku


Kekuasaan tertinggi di Iran sejak revolusi 1979 masih dipegang oleh Pemimpin Agung republik Islam itu, Ayatollah Ali Khamenei, namun jawatan Presiden tetap mempunyai pengaruh yang signifikan dalam isu perindustrian sehingga urusan luar negara.


Pentadbiran Rouhani yang juga Presiden ke-tujuh Iran sudah memegang jawatan itu selama empat tahun atau dua penggal berturut-turut, had tempoh dibenarkan dikatakan mengikut telunjuk barat berkaitan perjanjian program nuklear bagi keluar daripada sekatan antarabangsa.

Namun, usaha itu terkubur selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang melancarkan kempen 'tekanan maksimum' untuk mengasingkan negara secara diplomatik dan ekonomi terhadap Iran, tiga tahun lalu


Negara yang mempunyai penduduk berjumlah 83 juta orang itu dihalang oleh AS menjual minyak dan berdagang di kebanyakan negara sekali gus menyebabkan ia terjerumus dalam kemelesetan ekonomi dan Rouhani serta kemnya yang dikritik hebat oleh ultra konservatif kerana mempercayai negara Barat.


Raisi, 60 tahun yang juga bekas ketua hakim negara pula tergolong dalam kumpulan konservatif yang tidak mempercayai Barat dan menggelar AS sebagai 'Great Satan' atau 'Global Arrogance'.


Penganalisis juga berpandangan, situasi itu juga dikatakan tidak akan menangguhkan lagi perbincangan di Vienna iaitu di antara Iran dan negara lain mengenai perjanjian nuklear - Britain, China, Perancis, Jerman dan Russia.


Sejak kebelakangan ini, beberapa kuasa besar itu juga sering kali bertindak sebagai jambatan rundingan antara Iran dan AS.


Malah ketujuh-tujuh calon Presiden Iran juga bersetuju supaya negara kembali kepada perjanjian nuklear bagi mengakhiri sekatan yang dibuat Trump yang sudah mengakibatkan kejatuhan mata wang, inflasi meningkat, kehilangan pekerjaan.


Dalam debat televisyen, Raisi turut dilaporkan mahu memberi fokus dalam menangani krisis ekonomi dihadapi negara itu.


Pencabarnya lain dalam pemilihan kali ini termasuk bekas Ketua Pengawal Revolusi Mohsen Rezai, bekas perunding nuklear, Saeed Jalili serta dari kem reformis iaitu bekas Naib Presiden, Mohsen Mehralizadeh dan Gabenor Bank Pusat, Abdolnasser Hemmati. - AFP
 
TOPSHOT-IRAN-POLITICS-VOTE-RAISI_1624101151.jpg

Presiden baharu Iran, Ebrahim Raisi, pada sidang media selepas kemenangannya diumumkan di Tehran. - Foto AFP

Ebrahim Raisi sah presiden baharu Iran​


TEHRAN: Ulama ultra-konservatif Iran, Ebrahim Raisi hari ini disahkan memenangi memenangi pilihan raya presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, semalam berkata penggantinya dipilih melalui proses yang terbuka, namun ramai yang sudah menjangkakan kemenangan Raisi, malah tiga lagi calon sudah mengakui kekalahan mereka.

Dua calon konservatif lain, iaitu Mohsen Rezai dan Amirhossein Ghazizadeh Hashemi selain satu-satunya calon reformis aitu bekas gabenor bank pusat, Abdolnasser Hemmati, turut mengucapkan tahniah kepada Raisi.

"Saya ucap tahniah kepada pengundi yang membuat pilihan," kata panyandang jawatan Presiden, Hassan Rouhani, yang menamatkan dua penggal, masing-masing selama empat tahun, Ogos ini.

Raisi, 60, mengambil alih pada waktu kritikal iaitu ketika Iran cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia, sekali gus menamatkan pelbagai sekatan terhadapnya yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Ketua badan kehakiman Iran itu juga dilihat amat rapat dengan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, 81, yang dilihat sebagai kuasa politik terunggul di Iran. - AFP

Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Will the Iran nuclear deal remain on the table after election?​



Iran: Supporters of presidential candidate Raisi rally in Tehran ahead of elections​

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

The 60-year-old Raisi is widely believed to be the preferred candidate of Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, who considers Raisi a close confidant and possible successor.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

A third candidate has dropped out of Iran's presidential race on the final day of campaigning. Conservative candidate and former nuclear negotiator Saeed Jalili is the latest to bow out in support of frontrunner Ebrahim Raisi.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376

Tiga calon pemilihan presiden Iran tarik diri​


IRAN_ELECTIONS_1623902220.jpg


Penyokong Ebrahim Raisi ketika mengadakan kempen pilihan raya pemilihan Presiden Iran di Tehran, semalam. - Foto EPA


TEHRAN: Tiga daripada tujuh calon pilihan raya presiden Iran menarik diri semalam, kurang 48 jam menjelang hari mengundi esok.

Berikutan itu, Ketua Kehakiman Iran, Ebrahim Raisi disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk memenangi pilihan raya Presiden Iran, sekali gus menggantikan Hassan Rouhani yang sudah cukup tempoh memegang jawatan itu selama dua penggal.

Media tempatan melaporkan, Ahli Parlimen ultra-konservatif, Alireza Zakani menarik diri pada sebelah pagi, beberapa jam selepas reformis Mohsen Mehralizadeh melakukan tindakan sama menjelang pemilihan esok.

Pada sebelah petang pula, seorang lagi calon ultra-konservatif, Saeed Jalili, turut menarik diri.


"Sebahagian besar masyarakat sudah memilih saudara saya yang dikasihi, Raisi," kata Jalili dengan meminta penyokongnya untuk mengundi ulama itu.

Ia sekali gus menjadikan hanya empat calon bertanding pada pilihan raya presiden dengan Raisi dilihat sebagai calon disukai ramai selepas ahli politik lain dilarang bertanding.

Pengunduran pada saat-saat akhir oleh calon bertanding yang kemudiannya diganti dengan memegang jawatan dalam kerajaan, adalah perkara biasa di Iran.

Zakani, 55, dipetik oleh stesen televisyen nasional sebagai berkata: "Saya percaya dia (Raisi) layak dan akan memilihnya, dan saya berharap apabila dia terpilih akan melakukan pembaharuan kepada negara ini,".

Agensi berita IRNA dan ISNA melaporkan, beberapa jam sebelumnya, bekas Naib Presiden Iran,Mohsen, 64, juga menarik diri,

Beliau adalah seorang daripada dua reformis yang dibenarkan untuk mencalonkan diri bagi menggantikan Rouhani, yang memegang jawatan bagi tempoh maksimum dua penggal berturut-turut.

Ini menjadikan hanya satu calon reformis yang tinggal dalam pemilihan presiden kali ini, iaitu bekas Ketua Bank Pusat, Abdolnasser Hemmati, 66 tahun. - AFP


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721
iranundiayatollah_1623995040.jpg

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mejadi individu terawal mengundi pada pilihan raya presiden hari ini. - Foto AFP

Calon Presiden Iran ultra-konservatif dijangka menang​


TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menjadi individu terawal mengundi pada pilihan raya presiden hari ini yang menyaksikan ulama ultra-konservatif, Ebrahim Raisi dijangka mengatasi pesaingnya.


Selepas kempen pilihan raya yang kurang memberangsangkan, jumlah rakyat yang mengundi turut dijangka merosot.


Ayatollah menjadi individu pertama mengundi dan menggesa sekitar 60 juta rakyat melaksanakan tanggungjawab itu sebelum proses undi ditutup pada tengah malam nanti (1930 GMT).


"Lebih awal anda jalankan tanggungjawab mengundi, lebih baik.

"Apa yang dilakukan rakyat Iran hari ini dengan pergi ke pusat mengundi demi untuk masa depan semua," kata pemimpin berusia 81 tahun itu.


Bagaimanapun, semangat untuk rakyat Iran keluar mengundi merosot berikutan ramai calon hilang kelayakan bertanding, ditambah ketidakstabilan ekonomi yang semakin buruk termasuk disebabkan pandemik COVID-19 sehingga berlaku inflasi dan pengangguran.


"Saya bukan ahli politik dan tidak tahu apa-apa berkaitannya.


"Keluarga kami semua berdepan masalah ekonomi, tiada wang. Bagaimana kami boleh mengundi mereka yang menyebabkan semua ini berlaku? Ia tidak betul," kata seorang mekanik di Teheran, Nasrollah kepada AFP.


Pemenang pilihan raya ini akan mengambil alih kerusi presiden kelapan Iran dari penyandangnya, Hassan Rouhani, berkuat kuasa Ogos ini.


Keputusan bagi pilihan raya presiden dijangka akan diketahui sekitar tengah hari esok dan sekiranya tidak ada kemenangan yang jelas membabitkan mana-mana calon, pilihan raya penentu akan diadakan seminggu kemudian. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Ahmadinejad antara pengundi boikot pemilihan presiden Iran​


JEDDAH: Ketika stesen televisyen kerajaan Iran menyiarkan orang ramai berpusu-pusu mengundi pada pemilihan presiden semalam yang menerima pujian daripada penyampai berita, situasi berbeza berlaku di jalan sekitar Teheran apabila banyak pusat mengundi kelihatan kosong.


Ia berlaku di tengah-tengah kemarahan dan sikap tidak peduli rakyat berhubung pemilihan presiden yang banyak memihak kepada Ebrahim Raisi, seorang ketua hakim yang juga anak didik pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.


Laporan Arab News yang memetik Associated Press, menyatakan suasana hari pemilihan jelas tenang.


"Ia tidak berguna langsung," kata Ali Hosseini, seorang penganggur berusia 36 tahun yang tinggal di selatan Teheran, ketika ditanya mengenai pemilihan itu.

Di 16 pusat mengundi di seluruh Teheran, saksi menggambarkan barisan pengundi yang pendek kerana tidak lebih dari lapan pengundi pada satu masa untuk mengundi.


Beberapa pusat mengundi tetap sepi sepanjang hari. Pekerja pilihan raya kelihatan mendengar radio, bermain telefon dan berbual dengan tenang.


Farid Mahoutchi, jurucakap Majlis Kebangsaan Penentangan Iran (NCRI), sebuah kumpulan pembangkang yang berpusat di Eropah, berkata berdasarkan laporan, gambar dan klip video dari pusat mengundi di 220 bandar di 31 wilayah, pemilihan diboikot dengan berleluasa.


Laporan daripada kakitangan tempat mengundi di Teheran, seperti Masjid Qamar Bani Hashem, Armaghan Alam dan tempat mengundi di daerah kedua Teheran, yang merangkumi 64 pusat mengundi, menunjukkan jumlah keluar mengundi yang sangat sedikit.


Bekas Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengulangi keputusannya untuk tinggal di rumah dan tidak menunaikan tanggungjawab mengundi.


Beliau memberi amaran bahawa proses yang sangat ketat akan menghasilkan kerajaan tanpa keabsahan domestik atau antarabangsa.


"Saya tidak akan mengundi. Sebab utamanya adalah kerana saya menyaksikan sebahagian besar rakyat diketepikan," katanya kepada Daily Telegraph.


Kerajaan yang lemah akan berkuasa dan pemerintah yang lemah akan melemahkan keadaan di Iran.


"Ini akan melemahkan keadaan domestik dan akan melemahkan hubungan kita dengan dunia. Ini akan mengubah hubungan kita dengan seluruh dunia kepada menentang Iran," katanya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Voting is underway in Iran in a controversial presidential election. These voters in Tehran lined up to cast their ballots - but overall turnout is expected to be exceptionally low.

There is widespread apathy after hundreds of candidates, including prominent moderates, were barred from running.
Many voters are also angry over the impact of international sanctions, unemployment, and hardline rule. Three of the four candidates are viewed as hardliners.

Front-runner Ebrahim Raisi is one of them. The ultraconservative cleric is a staunch ally and protege of the Supreme Leader, Ayatollah Ali Khamenei.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Can a new president make a difference in Iran? | Inside Story​


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Iran’s hardline candidate Ebrahim Raisi, the conservative head of the judiciary, has taken an unassailable lead in the presidential election after 90 percent of the votes were counted, the interior ministry said on Saturday. Raisi, 60, received more than 17.8 million out of the 28.6 million votes that have been counted, the interior ministry said, based on preliminary results. -
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register