BTC USD 41,296.4 Gold USD 1,839.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ebby Yus Cari Jururawat Selamatkan Nyawanya Dalam Kapal Terbang

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
23.11.2021 - Kuala Lumpur, Beberapa hari lalu, pelawak dan pelakon, Ebby Yus, memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya mencari seorang jururawat yang merawatnya ketika dalam penerbangan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu. Ebby berkata, jururawat tersebut telah menyelamatkan nyawanya selepas dia pengsan akibat serangan jantung sebelum pesawat berhenti transit di Maldives.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menolong saya. Beliau telah menyelamatkan nyawa saya. Jika tidak kerana tindakan cepat beliau, saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya. Terdahulu, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan ditulisnya. Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya.

Ebby pada Oktober lalu diserang sakit jantung selepas pesawat dinaikinya mengalami gegaran kerana ‘air pocket’ dan jatuh pengsan. Pelakon senior itu kemudiannya ditahan di sebuah hospital di Maldives sehari dan memohon untuk keluar dari wad selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kos perubatan yang tinggi. Perkara tersebut menyebabkan Ebby terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan kerana terpaksa tinggal di Maldives selama tiga hari lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah pada hari kelima.​

1637646550956.png
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
8,397
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,397
Reaction score
1,068
Points
151
Terlepas peluang syahid menuju tanah suci. Bukan rezeki, tapi syukur Allah masih beri peluang tambah amalan.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Saya sudah maafkan mereka - Ebby Yus

HULU LANGAT: Pelawak Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir netizen menyifatkan musibah menimpa penggiat seni dalam bencana banjir sebagai pembalasan Tuhan.

Bersikap terbuka menelan apa sahaja kecaman dilemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang melemparkan tuduhan begitu.

"Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati.

"Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka," katanya kepada BH Online selepas meninjau tinggalan rumah yang dihanyutkan arus di Kampung Paya Lebar di sini, hari ini.

Sabtu lalu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa musibah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.

Biarpun ramai bersimpati dengan nasib pelakon filem This Is Pilah The Movie ini, namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Ebby membina rumah di kawasan berbahaya.

Mengulas perkara itu, Ebby menafikan lokasi kediamannya itu sebagai berisiko.

"Saya pilih kawasan ini untuk membina rumah bukan sahaja kerana suasana yang cukup tenang, malah cantik.

"Walaupun ada sungai tapi tidaklah besar. Lagipun, saya sudah bertanya kepada tuan punya tanah mengena latar belakang kawasan ini dan dia maklumkan lokasi ini selamat.

"Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu.

"Saya juga banyak menerima kiriman mesej peribadi daripada rakan artis dan pelbagai pihak yang melahirkan hasrat untuk membantu saya.

"Jika bantuan itu dari FINAS dan SENIMAN, saya akan terima kerana ada kaitan dengan kerjaya seni saya.

"Tetapi jika membabitkan rakan artis atau perseorangan, saya agak keberatan kerana mereka juga ada tanggungan.

"Jangan susahkan diri kerana saya. Selagi saya cukup makan, maknanya saya masih okay," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register