E-Filing Cukai Pendapatan Bermula 1 Mac 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,663
Reaction score
2,929
Points
236
28.02.2020 - Kuala Lumpur, Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2019 bagi Borang E, BE, B, P, BT, M, MT, TF dan TP boleh dikemukakan melalui e-Filing mulai 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini menyeru pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Ini bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka," maklumnya.

Menurut LHDN, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang BE mereka menggunakan peranti mudah alih melalui aplikasi Mobile Filing yang boleh dicapai terus melalui portal rasminya www.hasil.gov.my.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Laman Login - https://ez.hasil.gov.my/CI/Index.aspx
Laman rujukan - https://ez.hasil.gov.my/ci/info_Anon.aspx?from=03

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti berikut :

Borang B/BT (e-B/e-BT)-Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
Borang BE (e-BE)-Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
Borang P (e-P)-Borang Nyata Perkongsian
Borang M/MT (e-M/e-MT)-Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
Borang E (e-E)-Borang Nyata Oleh Majikan
Borang C (e-C)-Borang Nyata Syarikat
Borang C1 (e-C1)-Borang Nyata Koperasi
Borang R (e-R)-Penyata Baki 108 Tersemak
Borang CP204 (e-CP204)​
-Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
Borang CP204A (e-CP204A)​
-Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
Borang TF (e-TF)​
-Borang Nyata Pertubuhan
Borang TP (e-TP)​
-Borang Nyata Harta Pusaka
Borang TC (e-TC)​
-Borang Nyata Unit Amanah/Amanah Harta Tanah
Borang TA (e-TA)​
-Borang Nyata Badan Amanah
Borang PT (e-PT)​
-Borang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad
e-Permohonan Pindaan BE​
-e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
Semakan Pengesahan​
-Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512567
 
Sponsored Post

tidusz

Active Member
Joined
Dec 20, 2010
Messages
1,764
Reaction score
35
Points
40
Stiap thn kene topup byr walopun pcb dh byr bln2.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,743
Reaction score
2,696
Points
191
brim bagi mereka yang xdapat bsh..

hahaha
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,494
Reaction score
52
Points
120
alhamdulillah.. dah siap isi and submit 1/3/2020 jam 0030am..muahaha..harap cpt drg bank in
 

matskodeng

Fun Poster
Joined
Oct 26, 2011
Messages
458
Reaction score
10
Points
15
29/2/2020 jam 10 dah bukak..masa aku submit dah nombor 9k
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,663
Reaction score
2,929
Points
236
saya login kat website berjaya .. tapi mintak PIN, tu nak dapat kat mana, kena walk-in ke bleh call dapatkan ya? :unsure:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register