To Sell E-BOOK SAHAM MAYBANK2U APP., BELI SAHAM HANYA DENGAN MAYBANK2U APP

Recommended Brokers


Sponsored Post

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
3,909
Reaction score
8
Points
25
Bursa akan nyahsenarai syarikat dari China, CSL dan Xingquan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd telah memutuskan untuk nyahsenarai dua syarikat yang berpangkalan di China, China Stationery Ltd (CSL) dan Xingquan International Sports Holdings Ltd (Xingquan) pada 16 Ogos, kerana melanggar syarat penyenaraian di bursa.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Bursa berkata CSL telah gagal mengumumkan/menerbitkan laporan suku tahunan syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2017 sehingga 30 September 2018, dan laporan tahunan bagi tahun kewangan 18 bulan yang berakhir 30 Jun 2018.

Sementara itu, Xingquan telah gagal mengumumkan/menerbitkan laporan suku tahunan syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2017 hingga 30 September 2018 dan laporan tahunan untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017.

Bursa berkata kedua-dua syarikat telah melebihi tempoh enam bulan dari tempoh yang ditetapkan seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 9.22(1) dan 9.23(1) syarat penyenaraian utama hingga kini.

“Dalam keadaan ini, sekuriti (CSL dan Xingquan) akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities pada 16 Ogos 2019, melainkan sekiranya syarikat itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities dalam tempoh lima hari pasaran dari hari ini, iaitu pada 13 Ogos 2019.

“Sekiranya syarikat itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities dalam jangka masa rayuan, penyingkiran sekuriti itu akan ditangguhkan sementara menunggung keputusan rayuan berkenaan syarikat terbabit,” katanya.

– BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register