Duta India anggap musim haji paling baik

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,614
Reaction score
12,181
Points
2,376
MEKAH - Duta India ke Arab Saudi, Talmiz Ahmad kelmarin memuji pihak berkuasa Arab Saudi kerana berjaya menjadikan musim haji tahun ini yang paling terbaik dalam sejarah, lapor sebuah akhbar semalam.

Beliau turut memuji pembangunan baru termasuk jambatan Al-Jamarat, tren Mashair dan pelebaran kawasan di Masjidilharam.

"Haji 2010 kemungkinan yang terbaik berdasarkan keselamatan dan keselesaan jemaah," katanya kepada akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, pencapaian itu patut dipuji kerana rekod bilangan jemaah haji kali ini hampir tiga juta orang.

"Kerajaan Arab Saudi telah membelanjakan berbilion-bilion riyal untuk menyediakan kemudahan lebih baik dan keselamatan untuk jemaah haji," tambahnya.

Duta itu berkata, seramai 170,000 jemaah haji dari India mengerjakan haji tahun ini yang merupakan bilangan yang paling ramai.

Pada mulanya, persetujuan yang dicapai ialah 600,000 jemaah tetapi bilangannya meningkat kerana ramai penduduk India mahu mengerjakan haji.

Duta itu turut berharap pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah berada dalam keadaan kesihatan yang baik selain mengucapkan terima kasih ekoran layanan baik terhadap jemaah haji. - Agensi

Kosmo
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
bgs la tue..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,614
Reaction score
12,181
Points
2,376
Alhamdulillah haji dpt d selesai kan dgn penuh ketaqwaan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register