BTC USD 82,237.6 Gold USD 2,662.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUNIA Switzerland adakan undi isu bina menara masjid

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
mainpix


IMEJ masjid Geneva dilihat pada cermin tiang di kawasan Petot-Saconnex.


Kerajaan minta penduduk tolak kempen parti berhaluan kanan

GENEVA: Switzerland akan mengadakan dua pungutan suara hari ini termasuk satu gesaan kontroversi oleh kumpulan sayap paling kanan supaya melarang pembinaan menara masjid.

Kerajaan juga akan membuat keputusan sama ada menghentikan eksport senjata api atau tidak, cadangan mendapat tentangan kerajaan yang memberi amaran bahawa sekatan ke atas jualan senjata api asing meletakkan 5,100 pekerja berisiko kehilangan pekerjaan.

Namun, tumpuan kemungkinan terarah kepada cadangan larangan pembinaan menara masjid oleh sebuah parti berhaluan kanan yang menuduh menara masjid itu melambangkan tuntutan politik agama terhadap kuasa.

Kerajaan Switzerland meminta rakyat menolak gesaan itu kerana percaya menerima larangan itu akan mengundang salah faham di luar negara dan menjejaskan imej negara.

Parti Rakyat Swiss (SVP) memaksa satu pungutan suara mengikut undang-undang diadakan berhubung isu menara masjid selepas mengumpul 100,000 tandatangan dalam tempoh 18 bulan di kalangan pengundi yang layak.

Dalam cubaan untuk menarik perhatian terhadap kes mereka, SVP menggunakan satu poster menunjukkan seorang wanita memakai burqa dengan latar belakang bendera kebangsaan bersama beberapa menara berbentuk peluru berpandu.

Poster itu mencetuskan perasaan berang di sesetengah tempat, Suruhanjaya Menentang Perkauman Switzerland mengatakan kempen itu menghina golongan minoriti Islam negara itu, selain mencetuskan kebencian dan boleh menggugat keamanan.

Berazam untuk menghentikan SVP daripada simpati, kerajaan mengeluarkan kenyataan menggesa penduduk mengundi bagi menentang cadangan itu.

Islam merupakan agama kedua terbesar di Switzerland selepas Kristian dengan 400,000 penganut daripada sejumlah 7.5 juta penduduk. - AFP
 
Back
Top
Log in Register