Dungun: Pelajar pondok direman bantu siasatan cabul anak jiran

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,009
Reaction score
1,708
Points
151
Pelajar pondok direman bantu siasatan cabul anak jiran
DUNGUN: Seorang pelajar sekolah pondok di Setiu ditahan reman seminggu sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang merupakan jirannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek lelaki berusia 19 tahun itu ditahan Ahad lalu di rumahnya di Kampung Alor Tembesu di sini, kira-kira pukul 3.15 pagi.

Katanya, penahanan itu susulan laporan yang dibuat oleh seorang doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

“Pengadu yang merupakan seorang doktor memeriksa kanak-kanak berusia lima tahun itu yang disyaki dicabul jirannya.

“Menurut keterangan ibu dan bapanya, kanak-kanak itu dipanggil ke rumah suspek pada pukul 12.30 tengah hari pada Jumaat lalu dan selepas 30 minit kemudian mangsa pulang dalam keadaan menangis di samping mengadu sakit pada bahagian kemaluan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baharudin berkata, ekoran kejadian itu, keluarga mangsa membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, katanya, laporan perubatan mengesahkan tiada kemasukan serta kesan koyakan pada alat sulit mangsa dan hanya mempunyai kesan ekzema pada kulit. – UTUSAN ONLINE
 
Top
Log in Register