BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Selangor: Cukai taksiran naik, PBT laksana lima projek dalam 100 hari

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,982
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,982
Reaction score
5,216
Points
486
Awards
1
WhatsApp-Image-2024-01-29-at-14.47.46.jpeg


SHAH ALAM – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor diarah menyenaraikan lima projek khidmat awam yang mahu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas kenaikan cukai taksiran baharu dikuatkuasakan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, ini juga termasuk lima projek bagi setahun supaya pembayar cukai dapat melihat kesungguhan dan inisiatif PBT.

“Lima projek tersebut mungkin termasuk infrastruktur, jalan dan landskap atau yang dirasakan perlu disegerakan untuk dinikmati pembayar cukai susulan kenaikan kadar nilai cukai taksiran itu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd. Shafie Ngah (PN – Sungai Ramal) mengenai peningkatan dibuat PBT yang telah mendapat kelulusan kenaikan cukai taksiran kerana didapati setakat ini tiada perubahan malah birokrasi yang lebih teruk berbanding sebelum ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan tersebut, kekangan PBT khususnya adalah pengurusan sistem pepejal yang semakin besar kerana faktor kewangan.

“Saya bagi contoh bagi pengurusan sisa pepejal didapati setiap PBT menanggung antara 30 hingga 50 peratus bajet mereka dalam setahun untuk sistem pepejal,” tegasnya.

Ketika menjawab soalan Mu’izzuddeen Mahyuddin (PN – Hulu Bernam) mengenai penentuan kadar penilaian semula cukai taksiran pula, Suee Lim menjelaskan kadar tersebut adalah menggunakan nilai tahunan sebagaimana ditetapkan oleh PBT selaras dengan Seksyen 130, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Nilai tahunan bagi sesuatu pegangan melalui anggaran kadar sewa tahunan pada tahun semasa (Anggaran Kadar Sewa Tahun 2020) selaras dengan Seksyen 2 akta yang sama,” katanya. -KOSMO!ONLINE

 
Sponsored Post

“Lima projek tersebut mungkin termasuk infrastruktur, jalan dan landskap atau yang dirasakan perlu disegerakan untuk dinikmati pembayar cukai susulan kenaikan kadar nilai cukai taksiran itu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd. Shafie Ngah (PN – Sungai Ramal) mengenai peningkatan dibuat PBT yang telah mendapat kelulusan kenaikan cukai taksiran kerana didapati setakat ini tiada perubahan malah birokrasi yang lebih teruk berbanding sebelum ini.


Naya kalau betul karenah birokrasi makin teruk
 
kebetulan...baru je aku cek cukai taksiran tengok dari seratus lebih ke dua ratus lebih... bukak cg ada topik ni pulak ahaha. tak kisahlah... asalkan buat keje aku tak kisah sangat...kutip sampah pun teratur ikut time yg dijanji... bila panggil potong pokok ke apa je dia org datang.. okla
 
Unpopular opinion
Korang rasa patut ke stadium shah alam diruntuhkan? Knp tak reno?
Stadium lain bukan lagi tua ke? Setahu saya stadium hang tuah melaka paling tua di malaysia. Kedua stadium merdeka.

Kos roboh dan bina lebih murah dari kos reno ke?
Itu kena check LCP yang dah dibuat.
Kalau ada publish untuk orang awam la.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register