DUN Sabah Dibubarkan - Shafie

CG Sponsors




Siapa Anda Sokong?

  • Shafie Apdal

  • Musa Aman


Results are only viewable after voting.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
Malaysia Gazette

6m ·

Sesetengah kawasan sampai berbelas calon, kata Bung Moktar.
#PRNSabah #malaysiagazette

Ramai mahu jatuhkan Warisan tapi letak calon ramai bukan strategi bagus


16 September 2020

MGF10092020_RamahMesraBNPN08-681x452.jpg

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

KOTA KINABALU – Ramai pihak nampaknya bersemangat untuk mengalahkan Warisan sehingga sesetengah kawasan ada berbelas calon bertanding namun ia bukan strategi yang betul, kata Bung Moktar Radin.
“Jika melihat daripada pola pertandingan di kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai calon berbelas parti ia jelas menunjukkan pelbagai pihak merasakan Warisan patut diganti,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin.


Bagaimanapun, meletakkan ramai calon yang ramai bukan satu strategi yang baik, katanya katanya di Program Ramah Mesra bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Datuk Yakubah Khan dan DUN Darau Datuk Jumat Idris di sini pagi ini.
Dalam pada itu, Bung Moktar memberitahu, BN komited untuk terus memberi perhatian golongan bersasar khas untuk orang Sabah sekiranya Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat dijatuhkan.

Penambahan bantuan tidak mustahil dilakukan kerana negeri berkenaan mempunyai sumber yang cukup namun perlu diurustadbir dengan baik.
“Sudah masanya kita kaji bantuan-bantuan ibu tunggal, lanjut usia, OKU, yang tidak ada kerja langsung, tidak ada pendapatan. Ada yang bantuan kit RM200,RM 300 mahu makan beli lampin,” ujarnya.
Bung Moktar juga mengingatkan jentera BN agar bekerja keras menghadapi pilihan raya negeri itu.
Beliau juga memberikan penghargaan kepada Pas kerana meskipun tidak mempunyai kerusi yang dipertandingkan namun parti itu namun tetap menggerakkan jentera membantu BN.

“Saya selalu mengatakan untuk menang kita kena buat kerja cara orang mahu menang sebab kalau kita berangan mahu menang tapi cara bekerja macam biasa itu tidak ngam tidak ada kemenangan kita perolehi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
Tuan Ibrahim jamin penyokong Pas undi BN, Bersatu

15 September 2020

MGF15092020_ZAHID-RAMAH-MESRA-PEMIMPIN02-681x454.jpg

Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Pengundi N.24 Tanjung Keramat sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Pusat Daerah Mengundi Pasir Putih, Putatan, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 15 SEPTEMBER 2020

KOTA KINABALU – Penyokong Pas akan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Itu jaminan yang diberikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Ujar beliau, antara tujuan utama Pas tidak bertanding pasa kali ini adalah untuk memastikan kemenangan kepada Gerakan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada blok Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).
“Saya nak beri jaminan kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) seluruh pengundi penyokong Pas akan beri undi kepada BN dan Bersatu dalam PRN.

“Ini jaminan sebagai suatu pengesahan sikap yang diambil parti dalam menghadapi pilihan raya kali ini semoga komitmen kami bersama-sama Muafakat Nasional ,” katanya ketika hadir di Program Ramah Mesra Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Putih, DUN Tanjung Keramat malam ini.

Tambah Tuan Ibrahim, rakyat akan menilai kekuatan GRS yang bergerak sebagai satu pasukan menjelang 26 September nanti.
Sehubungan itu, beliau menambah adalah mustahak untuk bersatu padu demi memastikan kemenangan terhadap gabungan itu seterusnya menjatuhkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
“Malam ini saya jumpa semua jentera Pas di seluruh Sabah untuk kami gerakkan,” tambah beliau.

Tuan Ibrahim kemudian ketika ditemui ketika sidang media sebelum Himpunan Perdana Jentera Pilihanraya Pas Sabah berkata, Pas telah mengeluarkan arahan rasmi supaya 500 jentera parti itu membantu GRS dalam tempoh berkempen yang berbaki lebih kurang 11 hari lagi. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
1600231474135.png


'Presiden Upko khianati slogan 'Bersatu Misompuru'
Diterbitkan Hari ini 12:33 pm

PRN SABAH | Wilfred Madius Tangau telah mengkhianati slogan “Bersatu Misompuru” atau seruan perpaduan antara tiga parti utama di Sabah apabila dia mengambil keputusan menyertai kerajaan negeri Warisan, kata Adun Kiulu, Joniston Bangkuai.

Joniston, yang merupakan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), dilaporkan menyuarakan kekecewaannya terhadap Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu.
Katanya, Madius telah membawa Upko keluar daripada BN untuk membentuk kerajaan dengan Warisan setelah BN tewas pada pilihan raya umum ke-14, walaupun slogan “Bersatu Misompuru” merupakan idea Madius.

"Pada pilihan raya umum lalu, kita telah berkempen bersama di bawah slogan ‘Bersatu Misompuru’ (perpaduan).

"Sebenarnya itu adalah cadangannya supaya tiga parti utama Kadazan-Dusun-Murut - Upko, PBS dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) - membentuk gabungan rasmi yang bersatu dalam menghadapi pilihan raya.
“Akhirnya, Majlis Presiden yang terdiri daripada tiga presiden parti ditubuhkan dan kami menang.

"Tetapi, apa yang menyedihkan selepas pilihan raya, tiba-tiba dia meninggalkan kami untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di bawah pimpinan Warisan," kata Joniston, lapor The Borneo Post.

015bbd5e3101aa89c2756c3c025559e0.jpeg

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika sesi bertemu calon di Kampung Tudan-Poring di Kiulu.

Sebelum PRU14, ketiga-tiga parti tersebut adalah parti komponen BN. Namun, susulan kekalahan gabungan tersebut di peringkat persekutuan dan negeri, Upko dan PBS mengumumkan keluar daripada gabungan itu. Ia menyaksikan Upko bergabung dengan Warisan sementara PBS membentuk kumpulannya sendiri.
Madius kemudian menjadi salah seorang timbalan ketua menteri Sabah di bawah pentadbiran Shafie Apdal.

Sejak itu, PBS bergabung dengan BN dan juga Perikatan Nasional untuk pilihan raya negeri Sabah, meskipun tidak bergabung dengan gabungan tersebut.
Joniston juga dilaporkan berkata bahawa, dia bagaimanapun, tidak ragu-ragu untuk bekerjasama dengan Madius yang merupakan Ahli Parlimen Tuaran.

Untuk rekod, Kiulu adalah salah satu daripada tiga kawasan DUN yang berada di kawasan Parlimen Tuaran.
Menurut Joniston, ia mungkin lebih baik sekiranya Kiulu mempunyai dua wakil rakyat yang bekerjasama untuk manfaat sekeliling, tanpa mengira perbezaan politik mereka.

"Sekiranya kerajaan negeri sebelum ini bersedia kerjasama dengan kerajaan persekutuan walaupun di pihak yang berlawanan, mengapa kita tidak dapat buat perkara yang sama untuk Kiulu.
"Saya tidak dia (Madius). Dia masih kawan saya, tetapi dia telah meninggalkan kita,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
Malaysia Gazette

2m ·

Biasalah ada merajuk sikit, katanya #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/2020/09/16/bung-moktar-sahkan-pn-tak-sabotaj-hanya-merajuk-di-dun-darau/

Bung Moktar sahkan PN tak sabotaj hanya merajuk di DUN Darau

16 September 2020

MGF10092020_RamahMesraBNPN12-681x452.jpg

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

KOTA KINABALU – Meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilihat turun padang Barisan Nasional (BN) berkempen di DUN Darau namun Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehingga kini tidak ada sabotaj yang berlaku.
Tidak menolak Bersatu merajuk kerana tidak bertanding di kerusi itu namun Pengarah BN Sabah itu yakin ia tidak akan berlarutan.


“Berhubung dengan ketidakhadiran pemimpin Bersatu di Darau mungkin mereka perlu masa bertenang sebab Bersatu juga mahu kerus bertanding di Darau, biasalah ada merajuk sikit.
“Yang penting tidak ada unsur- unsur sabotaj yang di bawah,” katanya lagi.

Mengenai pertembungan di beberapa buah kerusi antara Perikatan Nasional (PN) dengan BN tambah beliau tidak bermakna tiada kesepakatan sebaliknya ia menjadi suatu kelebihan asalkan Parti Warisan dapat dijatuhkan.
“Kesungguhan mana-mana parti melihat mereka boleh menang maka terjadilah pertembungan secara persahabatan. Mana-mana parti yang menang asalkan bukan Warisan akan memberikan kelebihan kepada komponen-komponen BN,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
PRN Sabah: Ramai calon mudaratkan demokrasi, kata pemimpin Umno

September 16, 2020 12:58 PM

Khaled-Nordin-fmt-160920-1.jpg

Khaled Nordin (tengah) merasmikan Badan Gabungan NGO Wanita Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU: Sejumlah besar calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dilihat memudaratkan demokrasi berbanding menyuburkan kebebasan berpolitik, kata Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, akan ada pihak yang berpendapat ramai calon bertanding memperlihatkan demokrasi sangat subur di Sabah, tetapi tanggapan dan ukuran itu sebenarnya tidak tepat.

“Apa yang kita lihat di Sabah, ramai yang bertanding dalam PRN tanpa agenda jelas, tanpa strategi kemas dan dilakukan untuk kepentingan jangka pendek tokoh ataupun agenda tertentu.

“Sudah tentu itu boleh dianggap memudaratkan demokrasi, bukan menyuburkan demokrasi, itu pada pandangan saya apa kita sedang lalui di Sabah pada hari ini,” katanya selepas merasmikan Badan Gabungan NGO Wanita Pasir Gudang di sini, hari ini.

Mengenai tindakan parti yang sudah menamakan calon ketua menterinya, Khaled yang juga pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkata, ia hanyalah taktik untuk mendapatkan undi.

“Itu usaha hendak memastikan calon parti mereka mendapat sokongan kuat, itu hanya satu cara.

“Sama ada itu menjadi kenyataan atau tidak, seperti disebutkan (Pengerusi Barisan Nasional) Ahmad Zahid Hamidi, bergantung pada keputusan PRN nanti.

“Itu adalah lebih kepada taktik hendak dapatkan undi, belum tentu lagi ia jadi kenyataan.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)



13m ·

PRN SABAH | Menurut Jeffrey Kitingan, beberapa calon bebas - yang turut menentang calon parti sekutu mereka - boleh menyertai PN jika memenangi kerusi masing-masing.

Lepas PBS 'khianat' kini Kitingan akui PN sokong calon bebas


Diterbitkan Hari ini 3:35 pm

PRN SABAH| Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan mengesahkan partinya dan Perikatan Nasional (PN) menyokong calon bebas untuk kerusi DUN Inanam, Kenny Chua, serta beberapa yang lain dalam PRN akhir Sept ini.
Chua dan calon bebas lain itu merupakan bekas Adun yang sebelum ini berpaling tadah dengan cuba bersekutu dengan Musa Aman untuk menjatuhkan pentadbiran Mohd Shafie Apdal.
Dengan menyokong Chua, PN bertembung dengan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang turut bergabung dalam PN.
Bercakap dengan Malaysiakini, Kitingan berkata Chua ada meminta sokongan dan bantuan daripada pihaknya.

“Ya dia ada meminta kepada saya.
“Ada persefahaman untuk penyandang kerusi itu diberikan peluang untuk terus (berkhidmat sebagai wakil rakyat), jadi saya sokong dialah,” kata Kitingan ketika ditemui pada satu program di Keningau tengah hari tadi.
Anggota Parlimen Keningau juga berkata penyandang yang kini bertanding sebagai calon bebas - kerana tidak dinamakan mana-mana parti - akan berpeluang menyertai PN jika berjaya menang kerusi yang ditandingi.
Bagaimanapun, Kitingan tidak mendedahkan jumlah penyandang yang mendapat sokongan PN.
“Tak semua, hanya beberapa,” jawabnya ringkas selepas ditanya sama ada kesemua enam penyandang yang bertanding bebas di Sabah akan kembali ke PN selepas pilihan raya berakhir.

Ada datang minta tolong
Pada Julai, Chua - merupakan pembantu menteri kewangan Sabah ketika itu - berpaling tadah dengan meninggalkan PKR dan menyertai kumpulan penyokong Musa bagi membentuk kerajaan baru.
Bagaimanapun usaha itu gagal apabila Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Amiruddin, bersetuju dengan nasihat diberikan Mohd Shafie untuk membubarkan DUN.

Semalam, The Star Online melaporkan terdapat sekurang-kurangnya dua calon bebas yang “diangkat” sebagai calon parti Star Sabah.

Selain Chua, Anita Baranting juga bertanding sebagai calon secara bebas dan cuba mempertahankan kerusinya, Tandek. Semasa penamaan calon, Anita dicadangkan dan disokong anggota Star kawasan berkenaan.
Anita memenangi kerusi Tandek pada 2018 atas tiket BN-PBS sebelum mengalih sokongannya kepada Star.

a4e78d621a52a39c231f0bf8a4669174.jpg

Anita Baranting

Untuk rekod PBS menuduh Star memberikan sokongan secara senyap-senyap kepada pencalonan Anita.

Meskipun Kitingan mengakui terdapat segelintir calon bebas yang meminta bantuannya namun berkata Star tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Anita.

“Ada beberapa calon bebas yang meminta tolong, contoh seperti Bengkola, tetapi dia (Anita) tiada kena-mengena dengan saya. Dia bebas,” tegasnya.
Kitingan menambah, isu anggota partinya menjadi pencadang Anita hanya diketahui selepas proses penamaan calon selesai pada 12 Sept lalu.

“Saya tidak tahu berita itu. Tiada kena mengena dengan parti,” katanya dengan menambah pemimpin bahagian parti mungkin hanya membantu Anita atas kapasiti peribadi.
Di sebalik pelbagai gabungan dan pakatan parti di Sabah, jumlah kerusi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di antara PN, BN dan PBS semakin bertambah, daripada 11 menjadi 17.

Memang sebelum penamaan calon, parti dalam gabungan berkenaan bersetuju untuk mengagih-agihkan kerusi dalam usaha mereka merampas Sabah daripada pentadbiran Warisan.

Bagaimanapun satu demi satu parti gagal menepati janji. Satu-satunya gabungan yang berpegang kepada kata-kata mereka ialah PN yang berjanji untuk bertanding di 29 kerusi.
Chua dan Anita antara 14 Adun yang menyertai gerakan diketuai Musa Aman untuk meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan Warisan.


 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,509
Reaction score
1,755
Points
206
View attachment 284444

'Presiden Upko khianati slogan 'Bersatu Misompuru'
Diterbitkan Hari ini 12:33 pm

PRN SABAH | Wilfred Madius Tangau telah mengkhianati slogan “Bersatu Misompuru” atau seruan perpaduan antara tiga parti utama di Sabah apabila dia mengambil keputusan menyertai kerajaan negeri Warisan, kata Adun Kiulu, Joniston Bangkuai.

Joniston, yang merupakan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), dilaporkan menyuarakan kekecewaannya terhadap Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu.
Katanya, Madius telah membawa Upko keluar daripada BN untuk membentuk kerajaan dengan Warisan setelah BN tewas pada pilihan raya umum ke-14, walaupun slogan “Bersatu Misompuru” merupakan idea Madius.

"Pada pilihan raya umum lalu, kita telah berkempen bersama di bawah slogan ‘Bersatu Misompuru’ (perpaduan).

"Sebenarnya itu adalah cadangannya supaya tiga parti utama Kadazan-Dusun-Murut - Upko, PBS dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) - membentuk gabungan rasmi yang bersatu dalam menghadapi pilihan raya.
“Akhirnya, Majlis Presiden yang terdiri daripada tiga presiden parti ditubuhkan dan kami menang.

"Tetapi, apa yang menyedihkan selepas pilihan raya, tiba-tiba dia meninggalkan kami untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di bawah pimpinan Warisan," kata Joniston, lapor The Borneo Post.

View attachment 284445
Dia berkata demikian kepada pemberita ketika sesi bertemu calon di Kampung Tudan-Poring di Kiulu.

Sebelum PRU14, ketiga-tiga parti tersebut adalah parti komponen BN. Namun, susulan kekalahan gabungan tersebut di peringkat persekutuan dan negeri, Upko dan PBS mengumumkan keluar daripada gabungan itu. Ia menyaksikan Upko bergabung dengan Warisan sementara PBS membentuk kumpulannya sendiri.
Madius kemudian menjadi salah seorang timbalan ketua menteri Sabah di bawah pentadbiran Shafie Apdal.

Sejak itu, PBS bergabung dengan BN dan juga Perikatan Nasional untuk pilihan raya negeri Sabah, meskipun tidak bergabung dengan gabungan tersebut.
Joniston juga dilaporkan berkata bahawa, dia bagaimanapun, tidak ragu-ragu untuk bekerjasama dengan Madius yang merupakan Ahli Parlimen Tuaran.

Untuk rekod, Kiulu adalah salah satu daripada tiga kawasan DUN yang berada di kawasan Parlimen Tuaran.
Menurut Joniston, ia mungkin lebih baik sekiranya Kiulu mempunyai dua wakil rakyat yang bekerjasama untuk manfaat sekeliling, tanpa mengira perbezaan politik mereka.

"Sekiranya kerajaan negeri sebelum ini bersedia kerjasama dengan kerajaan persekutuan walaupun di pihak yang berlawanan, mengapa kita tidak dapat buat perkara yang sama untuk Kiulu.
"Saya tidak dia (Madius). Dia masih kawan saya, tetapi dia telah meninggalkan kita,” katanya.


Prn ni paling menarik
Boleh check adakah penduduk sabah akan menyokong pengkhianat pru14 yg menyebabkan kerajaan tebuk atap sabah terbentuk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
Harian Metro



8m ·

#PRNSabah #johorbahru Tambang kapal terbang yang mahal selain bimbang dijangkiti #Covid19 menyebabkan ramai rakyat Sabah yang menetap di negeri ini tidak pulang untuk mengundi pada PRN, 26 September nanti.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/621326/tiket-mahal-bimbang-covid-19-punca-tak-pulang-mengundi

Tiket mahal, bimbang Covid-19 punca tak pulang mengundi


TAMBANG kapal terbang  mahal selain bimbang Covid-19 menyebabkan ramai rakyat Sabah yang menetap di Johor pulang mengundi. FOTO NSTP

TAMBANG kapal terbang mahal selain bimbang Covid-19 menyebabkan ramai rakyat Sabah yang menetap di Johor pulang mengundi. FOTO NSTP



Johor Bahru: Tambang kapal terbang yang mahal selain bimbang dijangkiti Covid-19 menyebabkan ramai rakyat Sabah yang menetap di negeri ini tidak pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September nanti.
Jurulatih Kecergasan, Nanirin Noomi, 27, yang sudah tiga bulan bekerja di sebuah pusat kecergasan di Johor Bahru berkata, dia tidak bercadang untuk balik ke Sabah walaupun sudah mendaftar sebagai pemilih.
"Saya pula baru bekerja tiga bulan dan tidak bercadang pulang dalam masa terdekat apatah lagi perlu menghantar duit gaji pulang bagi menyara keluarga di kampung.

"Jika ada pihak mahu menampung bayaran tiket pulang pun saya tidak pasti sama ada boleh pulang kerana perlu bekerja apatah lagi saya baru diterima bekerja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan kempen #PulangMengundiSabah menarik minat hampir 5,000 pengundi dari negeri itu khususnya belia yang tinggal di Semenanjung untuk pulang mengundi.
Kempen yang dilancarkan sejak Ogos lalu itu dilaporkan mensasarkan untuk membawa pulang 500 belia dalam kalangan kategori gaji di bawah RM3,000, untuk pulang mengundi.

Dianggarkan terdapat lebih 20,000 komuniti Sabah di negeri ini yang bekerja di dalam pelbagai sektor ekonomi.

Sementara itu, Faizal Sisar, 42, yang sudah menetap 20 tahun di bandar raya ini berkata, dia juga tidak akan pulang ke Sabah bagi mengundi.
Ini kerana, katanya, dia dan keluarga sudah menukar alamat mengundi dari Sabah ke Johor.

"Sebenarnya ramai rakyat Sabah di Johor sudah menukar alamat mengundi.
"Cuma dianggarkan masih ada lebih 5,000 rakyat Sabah yang masih mengundi di Sabah, namun kebanyakan mereka menyatakan untuk tidak pulang mengundi dengan alasan bekerja, harga tiket mahal dan bimbang Covid-19, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 7:47 PM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
1600257974700.png


PRN: Pilih parti intim, rapat dengan Putrajaya - Muhyiddin


Diterbitkan Hari ini 4:27 pm

Dikemaskini Hari ini 5:17 pm

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pengundi Sabah supaya tetap berpegang kepada parti yang menguasai kerajaan persekutuan hari ini.
Beliau berkata Sabah merupakan negeri yang miskin, maka rakyatnya memerlukan pentadbiran yang mempunyai hubungan rapat dengan Putrajaya untuk menyelesaikan masalah kewangan dan ekonomi mereka.
"Covid-19 belum berakhir, bukan itu saja. Kesan daripada masalah itu ialah keruntuhan ekonomi negara kita. Luar biasa.

"Antara negeri yang paling teruk hadapi masalah ini negeri Sabah. walaupun Sabah sebelum ini antara yang miskin. Keadaan Covid-19 membawa lebih banyak rakyat jelata berhadapan dengan kemiskinan.

"Sebab tu saya nak nyatakan sini, bukan saja membentuk kerajaan negeri boleh menyelesaikan masalah semua. Tetapi perlukan dokongan dan kerjasama rapat dan intim antara kerajaan negeri dan persekutuan itu menjadi satu perkara yang tidak boleh dielakkan.
"Sebab itu kalau di persekutuan sudah ada kerajaan Perikatan Nasional, gabungan semua parti-parti ada di sini, sewajarnya di Sabah ini kita bentuk kerajaan PN ka, gabungan parti-parti rakyat Sabah ka, tak apa lah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran manifesto GRS hari ini.

Majlis itu diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu dan dihadiri para pemimpin PN, BN dan PBS serta rakan sekutu mereka di Sabah.
Muhyiddin dalam ucapannya juga membidas kerajaan negeri Warisan di bawah kepimpinan ketua menteri Mohd Shafie Apdal.

"Komitmen kita bukan biasa, ini sebuah komitmen luar biasa daripada kita bagi membantu rakyat menghadapi situasi sukar yang tidak pernah dihadapi (rakyat).
"Bila semua parti ini mendukung perjuangan sama, percayalah kepada kami yang akan membentuk sebuah kerajaan yang prihatin buat rakyat Sabah.

"Kami bukan kerajaan lalu, janji tidak ditunai, kerajaan kawan saya (kerajaan negeri Sabah) bantuan Covid-19 sampai hari ini tidak sampai," katanya.
Menjelaskan lanjut, Muhyiddin berkata manifesto gabungannya itu, suatu "tawaran baru jauh lebih baik daripada Warisan untuk rakyat Sabah."


 
Sponsored Post
Top
Log in Register