akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,677
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,677
- Reaction score
- 6,407
- Points
- 881
- Awards
- 1
Dulu syarikat 'scam' jual agama, kini jual bangsa
Oleh Skuad Khas Harian Metro
A view of the sea
Hishamuddin Hashim.
Kuala Lumpur: Drama air mata menjual 'agama' sudah, kini golongan 'penyakau' menjual elemen bangsa pula untuk meraih simpati sekali gus menjerut bakal mangsa.
Slogan bangsa berkenaan digunakan kononnya untuk meraih simpati sedangkan motif utama adalah mahu 'kenyang perut sendiri'.
Untuk rekod, pada tahun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan bahawa kes pelaburan tidak wujud mencatatkan jumlah kerugian paling tinggi iaitu sebanyak RM421 juta.
Pada masa sama, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mendedahkan senarai 50 syarikat 'scam' yang kebanyakannya adalah pelaburan tidak wujud.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima 3,262 aduan dan pertanyaan mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen pada tahun lalu dan ia mewakili peningkatan ketara sebanyak 321 peratus sepanjang lima tahun lalu dari 2019 hingga 2023.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket ini menggunakan pelbagai modal atau resepi untuk menarik perhatian orang ramai.
Menurutnya, adakalanya mereka menunggang agama demi meraih simpati dan kini menggunakan bangsa untuk memanipulasi sentimen berkenaan.
"Kalau kita bercakap soal penipuan ini, tidak kira Melayu, India, Cina atau apa bangsa pun, mereka berpotensi untuk menjadi mangsa jika tidak berhati-hati terutamanya bagi kes yang terlalu gemar bersimpati.
"Jadi, sindiket pelaburan tidak wujud atau penipuan ini tidak mengenal bangsa dan tidak mengenal agama, jika mereka jumpa potensi mangsa daripada bangsa Melayu, mereka akan guna sentimen Melayu dan begitulah dengan bangsa lain juga," katanya.
Ketika ditanya berhubung ramai yang masih tertipu dengan skim pelaburan ini, Hishamuddin berkata, ia berpunca daripada sifat tamak, cuai dan ingin cepat kaya sehingga mengabaikan pertimbangan rasional mereka.
Menurutnya, kebanyakan skim pelaburan tidak wujud ini akan menawarkan pulangan 'gila' seperti 100 kali ganda sehingga 1,000 kali ganda daripada modal pelaburan.
"Nasihat saya adalah supaya jangan berdiam diri dan ambil tindakan ada beberapa yang boleh diambil seperti saman civil cuma masalahnya bila mengambil tindakan secara saman civil ini kebiasaannya syarikat pelabur penipu tidak mempunyai aset.
"Pada masa sama, perlu mengemukakan laporan kepada polis supaya siasatan lanjut boleh diambil dan membendung skim sama memperdayakan orang lain," katanya.
Guna nama mirip syarikat tulen
Awie pernah kena tipu, Jamal rugi RM2 juta
Disiarkan pada: August 11, 2024 @ 12:31pm