Dulu gagal SPM, sekarang gaji RM19,000 sebulan

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,588
Reaction score
1,270
Points
206


HULU TERENGGANU – Kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bermaksud gelap masa depan, asalkan bijak mengambil peluang, kehidupan boleh berubah jauh lebih baik berbanding mereka yang berpendidikan tinggi.

Itulah yang dilalui tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35 dan Muhamamd Qamarul Auji Amran, 32, apabila berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka kini antara pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang mampu memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Muhammad Badiuzaman berasal dari Kampung Ibok, Kemaman berkata, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM pada tahun 2003 selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang bekerja sebagai jurukimpal mendapat gaji tinggi.

Masa mula-mula kerja gaji saya hanya RM1,400. Tahun 2010, saya diberi kepercayaan jadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM19,000 sebulan,” katanya ketika ditemui pada Program TVET Pembinaan Edisi Terengganu dan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, di sini semalam.

Dia yang mempunyai tiga anak berusia antara dua hingga enam tahun kini berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu.

Sebelum Arab Saudi, dia pernah merasai pengalaman berkhidmat di negara China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat, Dubai.

Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu pula kini mampu berbangga apabila berjaya menubuhkan syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman dan menggaji lebih 80 pekerja yang majoritinya lepasan bidang kemahiran.

“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di sana,” katanya yang mengambil sijil dalam bidang perpaipan.

Suami kepada Nurul Asma Shafie, 31, itu berkata, dia bekerja makan gaji selama lapan tahun sebagai jururegah dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan dan kemudian mengambil keputusan membuka syarikat sendiri pada tahun 2014 selepas berjaya mengumpul modal secukupnya.

Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi dan pernah memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan berkata, bidang kemahiran banyak membuka dimensi baharu kepadanya selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Menurut Faizal, hasil pendapatan itu dia kini mampu menghantar ibunya, Esah Mamat menunaikan ibadah haji dan umrah selain membeli aset dengan tunai.

“Saya tidak sangka, kursus Sijil Kimpalan di ABM mengubah hidup saya dan anak-anak muda yang tidak memperoleh keputusan baik dalam pendidikan harus mengambil peluang ceburkan diri dalam bidang kemahiran,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.

 
Sponsored Post

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
3,753
Reaction score
108
Points
33
nk dgn xnk je ubah hidup, pandai cari peluang xde mslh jgn tgu org suap je..
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,188
Reaction score
112
Points
73
job kimpalan mmg padu salary dia,lg2 kt pelantar minyak..tp xtaula skrg masih bnyak lg ke x offer keje mcm ni..stakat kalu kimpalan kat kedai2 biasa mcm buat pagar dgn keje2 besi ni mmg gaji kecik je
 

John Nawi

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
4,938
Reaction score
120
Points
43
anak jiran aku keje kimpal bawah laut, tiap2 bln kirim kat mak dia rm5k, hurm.. rezeki msg2
 

myrayyan

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
9,476
Reaction score
23
Points
65
anak sedara bini ak plak..dah abis belaja kat ALAM smpi skrg tanam anggur..alasan nak jadi pegawai, keje dr bawah dulu xnak walau gaji 8k nanti ssh nak g interview..dah brape tahun dh sama gak mcm tu jer.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,606
Reaction score
162
Points
78
Teringin nak jadi welder dulu tapi xkesampaian
 

Encik Hasrol

Fun Poster
Joined
Jun 4, 2014
Messages
506
Reaction score
5
Points
15
berbaloi la dengan nyawa jd taruhan..bukan kaleng2 orang boleh keje mcm tu... rezeki dia...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register