BTC USD 26,850.6 Gold USD 1,961.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit Raya RM700 Untuk Penjawat Awam Kelantan - MB

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

Duit raya RM700 untuk penjawat awam Kelantan​

21 Mac 2023 12:44pm

2134267.jpg


Ahmad Yakob - Foto fail Bernama


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus RM700 kepada semua kakitangan awam pentadbiran negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ‘duit raya’ tersebut turut akan diberikan kepada kakitangan lantikan politik di negeri berkenaan.

Selain itu, katanya, penghulu di Kelantan turut menerima kenaikan elaun.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500,” katanya sebelum menutup Persidangan Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di sini pada Selasa.

Beliau dalam pada itu menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membawa permasalahan di tempat masing-masing ke persidangan itu.

“Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk berkhidmat dan semua permasalahan akan diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih atas penat lelah dan susah payah. Semoga diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT,” katanya.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Rezeki jgn di tolak
Tuhan kasi rejeki
Kita amik dan bersyukur
betul tu.. kerajaan mana bagi pun kita ambil..... dahulukan diri kita dulu hehe

Setuju
Kita yang perlu utamakan diri dan keluarga
Dah kerajaan bagi
Amik je la kan
Kalau susah kita juga kena hadap dulu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register