BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit rasuah bayar zakat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Bekas KSU didakwa guna cek kosong peroleh wang rasuah

ne_04.1.jpg

ABDUL HANAN diiringi polis ketika hadir di Mahkamah Seksyen Shah Alam semalam.​

SHAH ALAM - Salah satu cek kosong yang diterima oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas 10 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini semalam adalah untuk membayar zakat pendapatan 2008 sebanyak RM25,000.

Datuk Abdul Hanan Alang Endut, 57, yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan rasuah sebanyak RM59,390.60 yang dibacakan semalam.

Beliau menghadapi 10 pertuduhan pilihan menerima beberapa cek kosong antara 1 hingga 15 Disember tahun lalu daripada pemilik Syarikat Global Goodway (M) Sdn. Bhd., Adam Omar sebagai ganjaran meluluskan permohonan 'Technofund' untuk projek di Pulau Pinang.

Selain membayar zakat, beberapa keping lagi cek kosong yang diterima daripada pemilik syarikat yang sama digunakan untuk membayar kad kredit (RM9,275) dan cukai taksiran bagi tiga harta (RM1,542.60) dan pembaikan rumah (RM15,024).

Beliau turut didakwa menerima sekeping lagi cek kosong berjumlah RM8,000 dan memasukkannya ke dalam akaun Maybank milik isterinya, Norihan Ahmad pada 27 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin
 
:)paid dunia ble ar lepas..
karg tau la ko mjawab!
 
Umur 57 tu bukan sepatutnya dah pencen ke?
 
apsal aku rasa mcm nak lempang jer nengok mamat nih..
 
Umur 57 tu bukan sepatutnya dah pencen ke?

Gomen extend ke umur 58, dah tu budak2 keluar U kena menganggur sebab main gomen vacancies dah tak de. Kena tunggu 3 tahun baru main gomen vacancies ni start balik. 2 tahun U output + 1 tahun yg baru, jadi 3 tahun output U Malaysia menunggu job vacancies, join penganggur2 sediada.
 
apa giler la...dah takde iman ke??..
duit rasuah pun nak diguna utk bayar zakat??..

masya-Allah...apala nak jadi org Islam kat Malaysia skrg nih.. #:-S#:-S#:-S#:-S
 
Pemberi Rasuah x kene ker: pemilik Syarikat Global Goodway (M) Sdn. Bhd., Adam Omar??
 
igt lg nak bayar zakat tu....

hai..........

tp dia bayar zakat RM 25 000

zakat hanya 2.5% je...so maksudnye duit dia ade brape???

ade RM 1 juta tu..byk btl gaji dia...
 
Back
Top
Log in Register