BTC USD 24,554.2 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,609
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,609
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang

JASIN: Gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, seorang lelaki ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi tadi, mangsa yang berusia 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih kepada si mati berusia 37 tahun mendakwa, lelaki itu datang ke rumahnya pukul 12 tengah malam semalam selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.

Katanya, pada pukul 10.30 pagi tadi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah lantas menyedari kehadiran si mati.

“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Mispani berkata, saksi yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor.

“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” katanya.

Ujarnya lagi, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun, berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, pada 2017, si mati bercerai dengan isterinya, lalu mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin.

“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,782
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,782
Reaction score
2,625
Points
266
Awards
1
benarlah kato org2 tuo yg bijaksano,
suko2 membawak duko....
 

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,671
Joined
May 13, 2009
Messages
43,671
Reaction score
1,887
Points
201
berani mati punye skandal... laki kuar umah rilek jerk bawa masuk skandal dgn anak kt dlm umah...
 

Encik Sponge

Super Active Member
gem
Messages
5,289
Joined
Jul 22, 2013
Messages
5,289
Reaction score
845
Points
121
Dah masuk rumah siap bermalam 1 hal…

Tapi yg xleh hadam tu smp pukul 10 11 pagi x blah lagi tu apa hal… berkampung pulak dalam rumah
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,609
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,609
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Mesti dtg nak main tu
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,871
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,871
Reaction score
1,249
Points
151
Datang hantar sate kot, puas makan sate dari malam sampai ke pagi.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
370,367
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
370,367
Reaction score
22,812
Points
2,836
Awards
1
Berani betul perempuan tu
Laki keluar je trus panggil skandal masuk rumah
 
Sponsored Post

Top
Log in Register