Dua warga Thailand maut digilis bas ekspres

CG Sponsors




azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,347
Reaction score
1,147
Points
151
TANAH MERAH - Dua warganegara Thailand maut digilis sebuah bas ekspres dalam satu kemalangan di Kilometer 79.5 Pekan Bukit Bunga, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Abdul Aziz Mahmud berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam apabila motosikal yang ditunggang Rusmee Che Mae, 15, dan Mis Suniza Mamat, 17, melanggar belakang sebuah kereta Kancil semasa mereka keluar dari satu simpang.

Menurutnya, mereka dipercayai hendak melintas jalan apabila terlanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta Kancil mengakibatkan kedua-duanya tercampak ke tengah jalan.

"Ketika itu sebuah bas ekspres yang bergerak laju dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli tidak sempat membrek lalu terus menggilis kedua-duanya.

“Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat,”katanya.

Walau bagimanapun, pemandu kereta, pemandu bas ekspres dan kesemua penumpang bas itu yang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Taiping, Perak tidak mengalami sebarang kecederaan. –Bernama




kejadian berlaku betul2 depan kedai mak aku..perempuan yg umur 15 tahun tu gf member aku,keja kedai makan tempat dia eksiden tu..yg sorg lg tu bini org..mmg ngeri la tgk keadaan diorg lepas kena gilis tu..xcam rupa diorg..kejadian berlaku depan mata kitorg..time tu semua speechless..#:-S
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
hancur sampai tak nampak rupe da??:eek:
 

azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,347
Reaction score
1,147
Points
151
hancur sampai tak nampak rupe da??:eek:
yup..kepala diorg jatuh betul2 dgn tayar bas..bunyi cam tayar bas pecah time kena gilis tu..ngeri giler..kitorg nak angkat pun takut..mintak2 dijauhkan..al fatihah utk mangsa..
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
yup..kepala diorg jatuh betul2 dgn tayar bas..bunyi cam tayar bas pecah time kena gilis tu..ngeri giler..kitorg nak angkat pun takut..mintak2 dijauhkan..al fatihah utk mangsa..
ya Allah...ko neh...citer plak...:((

ni mesti kes kuar simpang tak berhenti dulu
 

azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,347
Reaction score
1,147
Points
151
ya Allah...ko neh...citer plak...:((

ni mesti kes kuar simpang tak berhenti dulu
nak ckp simpang xjgk..dia nak lintas jalan,drp depan kedai mak aku,nak gi kedai makan tempat dia keja tu..seberang jalan je..maybe dia bajet dah lepas kancil tu..lagipun kancil tu laju gak..kejadian berlaku sekelip mata je..kawasan tu mmg slalu berlaku kemalangan ngeri,walaupun jalan dah besar n lurus..
 

Bizn3zOn3

Junior Member
Joined
Dec 26, 2009
Messages
65
Reaction score
2
Points
11
tercampak ke tengah jalan .. huhu . dahsyat. :eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register