Dua wanita pertama AS berjalan di angkasa lepas

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,112
Reaction score
3,674
Points
191

Christina ketika berjalan keluar dari kapal angkasa. FOTO/AFP















Washington: Angkasawan Amerika Syarikat, Christina Koch dan Jessica Meir menjadi wanita pertama berjalan di angkasa lepas hari ini selepas melangkah keluar dari kapal angkasa untuk menggantikan alat kawalan kuasa pada Stesen Angkasa Antarabangsa pada 11.38 GMT.

Mereka memulakan misi dengan membuat pemeriksaan keselamatan pada pakaian sebelum pegawai komunikasi kapal, Stephanie Wilson, berkata: “Christina, kamu boleh buka pintu.”

Misi pertama wanita itu sepatutnya dilakukan Mac lalu, namun dibatalkan kerana NASA hanya mempunyai satu pakaian saiz sederhana iaitu saiz wanita sedangkan misi memerlukan dua wanita.

Christina, jurutera elektrik mengetuai Jessica yang mempunyai phD biologi marin.

Kedua-dua mereka menggantikan pengecaj bateri yang rosak dikenali sebagai BCDU. Stesen itu mengumpul cahaya matahari yang disimpan dalam bateri.

Amerika menghantar angkasawan wanita pertama ke angkasa pada 1983 iaitu Sally Ride yang menyertai misi ketujuh Space Shuttle.

Namun, wanita pertama ke angkasa ialah angkasawan Soviet Union, Valentina Tereshkova, pada 1963 diikuti Svetlana Savitskaya pada 1982 yang juga wanita pertama berjalan di angkasa dua tahun kemudian.

NASA merancang kembali mendarat di bulan pada 2024 dan kali ini, angkasawan wanita akan menjejakkan kaki di bulan, malah berkemungkinan semua angkasawan adalah wanita. - AFP












sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/10/508374/dua-wanita-pertama-berjalan-di-angkasa-lepas
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,035
Reaction score
218
Points
73
Masih ada yg percaya ka boleh jalan kt bulan nie hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register