BTC USD 27,144.0 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua wanita maut dalam kemalangan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,990
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,990
Reaction score
588
Points
121
Dua wanita maut dalam kemalangan

FB_IMG_1679651226542.jpg
FB_IMG_1679651232986.jpg
FB_IMG_1679651221778.jpg

KOTA TINGGI - Dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 58.3 Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penguasa Bomba Kanan 1 Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang.

Susulan itu katanya, seramai lima anggota dibantu dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan kereta Hyundai 130.

"Terdapat dua mangsa tersepit dalam Perodua Alza. Pihak bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan 'rescue tools'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, kedua-dua mangsa merupakan wanita dewasa disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

Selain dua wanita tersebut, mangsa lain dalam Perodua Alza itu melibatkan seorang lagi wanita dewasa dan dua lelaki dewasa yang cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki terselamat.

Menurut beliau, semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambahnya, identiti mangsa sedang dikenal pasti dan operasi masih lagi dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut dan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.

Sumber 📄 ▶️ Sinar Harian

Video/Gambar media sosial
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,870
Joined
Jan 12, 2008
Messages
29,870
Reaction score
6,287
Points
481
Awards
1
Aku salah tengok ke.

Siapa ****** cil.aka mana kereta yang overtake tu?

Alza tu nak mengelak.

Geram betul aku pemandu begini.

Tapi next time kalau jalan begini, bawa slow2 dah la. Lebih2 lagi bawa penumpang ramai.
yg overtake tu yg menyebabkan kematian....ramai org gila bawa kereta overtake mcm tu...kalau jalan kota tinggi mersing lagi lah ramai driver gila tak menyabar....otak fikir nak potong je....
 
Sponsored Post

Top
Log in Register