BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,381.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua wanita antara ahli geng ragut, samun

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,164
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,164
Reaction score
812
Points
171
SHAFA'ATON (dua dari kiri) menunjukkan barang dirampas daripada kumpulan ragut dan samun pada sidang media di IPD Sungai Buloh, hari ini. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN


Sungai Buloh: Polis menumpaskan dua kumpulan ragut dan samun dikenali Geng Din Gemuk serta Geng Pocek yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar daerah ini melalui penahanan enam ahlinya termasuk dua wanita.

Kedua-dua kumpulan dipercayai aktif beberapa bulan lalu mensasarkan pejalan kaki dan penunggang motosikal sebelum hasil kegiatan itu dibahagikan sesama mereka.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kegiatan kumpulan berkenaan tumpas selepas polis melakukan Op Rentap dan menahan suspek dalam beberapa siri serbuan pada 22 September serta 1 Oktober lalu.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa rantai emasnya diragut seorang lelaki berbadan gempal yang menunggang motosikal di stesen minyak di Bandar Baru Sungai Buloh pada 8 Ogos lalu.

"Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya membongkar kegiatan Geng Din Gemuk.

"Kami menahan seorang lelaki, seorang wanita tempatan dan wanita warga Indonesia berusia antara 22 hingga 46 tahun menerusi serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur pada 12 tengah hari hingga 2 petang, 22 September lalu.

"Hasil serbuan itu, kami merampas pelbagai rantai emas dan surat pajak gadai serta sebuah motosikal disyaki digunakan suspek ketika melakukan ragut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, hari ini.

Shafa'aton berkata, semakan mendapati semua suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Mengenai Geng Pocek, beliau berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 30 tahun yang menganggotai geng itu dalam dua serbuan di Damansara Damai dan Kampung Gombak, pada 1 Oktober lalu.

"Hasil serbuan itu, polis merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan ragut dan samun iaitu telefon bimbit, jam tangan selain pisau serta motosikal digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)," katanya.


== hmetro
 
Back
Top
Log in Register