BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Sukarelawan Maut, Lapan Cedera Dalam Serangan Di Narathiwat

Md Hanif

Active+ Member
Messages
2,629
Joined
Jun 13, 2023
Messages
2,629
Reaction score
158
Points
38
40e5774f93431cc5477fad477060c02c67cc6f11cd15a

Foto: Royal Thai Police

Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat.

Dalam insiden kira-kira 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua kenderaan pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt. Kol. Pol. Nitti Suksang, mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan yang sedang bertugas.

"Dalam serangan itu, dua anggota sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga cedera parah dan lima cedera ringan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Menurut Nitti, kesemua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif  dan suspek yang terlibat dalam serangan itu, katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register