hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,839
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,839
- Reaction score
- 1,301
- Points
- 201
Dua sahabat bebas tuduhan edar, miliki dadah
Muar: Dua sahabat terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar serta memiliki 1,532.05 gram dadah, lima tahun lalu.
Hakim Suria Kumar DJ Paul membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Shah Baba, 49, dan Zamri Dalit, 51.
"Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa dadah berkenaan berada dalam milikan kedua-dua tertuduh yang ditemui dalam bilik.
"Pada masa sama, mahkamah mendapati terdapat kemungkinan pihak ketiga mengakses bilik terbabit dan pihak pendakwaan juga gagal menjelaskan siapa yang memiliki kunci rumah terbabit," katanya.
Mohd Shah dan Zamri dituduh bersama-sama mengedar 1,532.05 gram dadah MDMA di sebuah rumah di Taman Melati, di sini pada 11.35 pagi, 23 Julai 2019, dengan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Mereka juga didakwa memiliki 7.6 gram methamphetamin pada tempat dan masa sama, dan kesalahan mengikut Seksyen 12 (12) da boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam Selvi Sandrasegaran, Ho Xhi Qian, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Kredit Harian Metro