Dua rakyat Malaysia antara tujuh didakwa AS kerana menggodam

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
'APT41': the hacking operation involving Malaysian executives
US-POLITICS-CHINA-HACKING_1600409995.jpg


BEIJING: A global hacking collective known as APT41 has been accused by US authorities of targeting company servers for ransom, compromising government networks and spying on Hong Kong activists.

Seven members of the group – including five Chinese nationals – were charged by the US Justice Department on Wednesday.

Some experts say they are tied to the Chinese state, while others speculate money was their only motive. What do we really know about APT41?

Five members of the group were expert hackers and current or former employees of Chengdu 404 Network Technology, a company that claimed to provide legitimate "white hat" hacking services to detect vulnerabilities in clients' computer networks.

But the firm's work also included malicious attacks on non-client organisations, according to Justice Department documents.

Chengdu 404 says its partners include a government tech security assessor and Chinese universities.

The other two hackers charged are Malaysian executives at SEA Gamer Mall, a Malaysia-based firm that sells video game currency, power-ups and other in-game items.

The team allegedly hacked the computers of hundreds of companies and organisations around the world, including healthcare firms, software developers and telecoms and pharmaceutical providers.

The breaches were used to collect identities, hijack systems for ransom, and remotely use thousands of computers to mine for cryptocurrency such as bitcoin.

One target was an anti-poverty non-profit, with the hackers taking over one of its computers and holding the contents hostage using encryption software and demanding payment to unlock it.

The group is also suspected of compromising government networks in India and Vietnam.

In addition it is accused of breaching video game companies to steal in-game items to sell back to gamers, the Justice Department court filings said.

Their arsenal ran the gamut from old-fashioned phishing emails to more sophisticated attacks on software development companies to modify their code, which then allowed them access to clients' computers.

In one case documented by security company FireEye, APT41 sent emails containing malicious software to human resources employees of a target company just three days after the firm recovered from a previous attack by the group.

Wong Ong Hua and Ling Yang Ching, the two Malaysian businessmen, ordered their employees to create thousands of fake video game accounts in order to receive the virtual objects stolen by APT41 before selling them on, the court documents allege.

FireEye says the group's targeting of industries including healthcare, telecoms and news media is "consistent with Chinese national policy priorities."

APT41 collected information on pro-democracy figures in Hong Kong and a Buddhist monk from Tibet – two places where Beijing has faced political unrest.

One of the hackers, Jiang Lizhi, who worked under the alias "Blackfox", had previously worked for a hacking group that served government agencies and boasted of close connections with China's Ministry of State Security.

But many of the group's activities appear to be motivated by financial gain and personal interest – with one hacker laughing in chat messages about mass-blackmailing wealthy victims – and the US indictments did not identify a strong official connection.

The five Chinese hackers remain at large but the two businessmen were arrested in Malaysia on Monday after a sweeping operation by the FBI and private companies including Microsoft to block the hackers from using their online accounts.
The United States is seeking their extradition.

None of the men charged are known to have lived in the US, where some of their targets were located.

They picked targets outside Malaysia and China because they believed law enforcement would not be able to track them down across borders, the court documents said. - AFP
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,773
Reaction score
1,201
Points
201
buat busuk nama malaysia jer dia org ni
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,328
Reaction score
2,174
Points
206
Malaysiakini (BM Version)



Sebentar tadi ·


Ahli perniagaan itu juga mendakwa Sea Gamer Mall tidak mempunyai kepakaran dalam penggodaman komputer.


View attachment 285507

Vincent Tan: Anak saya letak jawatan sebelum dakwaan kejadian godam
Diterbitkan Hari ini 3:03 pm

Ahli perniagaan Vincent Tan cuba menjauhkan anak-anaknya dari kontroversi melibatkan syarikat permainan video dalam talian, SEA Gamer Mall Sdn Bhd (SEAGM), setelah dua eksekutif tertinggi syarikat itu dikaitkan dengan skandal godam antarabangsa.

Namun, dia juga membela SeaGamer Mall dengan berkata ketua pegawai eksekutif (CEO) Wong Ong Hua dan ketua pegawai produk Ling Yang Ching, tidak memiliki kemahiran untuk melakukan salah laku seperti yang didakwa.
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) telah menuduh Wong dan Ling dengan 23 tuduhan termasuk bersekongkol dengan penggodam dari China untuk "mendapat keuntungan daripada pencerobohan komputer" yang mensasarkan syarikat permainan komputer di AS, Perancis, Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan, Vincent mengatakan bahawa anak perempuannya, Nerine dan Chryseis Tan, hanya pengarah nominal, dan telah meletakkan jawatan dari syarikat itu sebelum kejadian godam yang didakwa.

“Sepanjang masa, anak perempuan saya sama sekali tidak terlibat dalam menguruskan syarikat. Mereka hanyalah wakil saya di lembaga SEA Gamer Mall. Nerine dan Chryseis sebenarnya sudah mengundurkan diri sebelum kejadian ini," katanya.

Fail Suruhanjaya Syarikat (SSM) SEA Gamer Mall masih menyenaraikan Nerine dan Chryseis sebagai pengarah.

Dokumen tersebut mengandungi ringkasan laporan kewangan 2019 syarikat yang dibentangkan pada 30 Jun tahun ini.

Sementara itu, mengenai Wong dan Ling, Vincent mengatakan: "Baik SEA Gamer Mall mahupun dua pegawai syarikat itu tidak memiliki kepakaran atau alat dalam pencerobohan dan penggodaman komputer.
"Kedua-dua mereka tetap tidak bersalah dan telah melantik peguam Malaysia untuk mewakili mereka," tambahnya.

Vincent berkata bahawa dia telah menjadi pelabur pasif di syarikat itu selama 13 tahun, dan bahawa dia "mungkin memilih untuk melepaskan apabila tiba masa yang sesuai".
Dia menambah syarikatnya, Berjaya Group, tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat Sea Gamer Mall.

Laman web SEA Gamer Mall adalah kedai dalam talian yang menjual "kad top-up" untuk permainan dalam talian yang popular, kad hadiah digital dan kredit mudah alih prabayar.
Laman web itu mendakwa mempunyai satu juta pengguna berdaftar dan 350,000 pengguna aktif setiap bulan.

Rekod syarikat menunjukkan ia memperoleh pendapatan RM386.4 juta dan keuntungan RM11.6 juta pada tahun 2019.

Menurut DOJ, penggodam telah bersekongkol dengan Wong dan Ling untuk "mencuri dan mengubah wang" melalui industri permainan video.

Kedua-dua mereka telah ditangkap dan sedang menjalani proses ekstradisi untuk menghadapi tuduhan di AS.



laju backup anak-anak wak misai.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,667
Reaction score
21,084
Points
1,671
Chryseis Tan ni nama islam die apa eh
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,011
Reaction score
264
Points
51
Yang hack tu mungkin warga china

tapi yg 2 org malaysia ni mungkin terlibat sebagai pemberi dana
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,401
Reaction score
2,214
Points
191
Bersubahat nih..
Patut diheret bersama..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
2 suspek dikehendaki AS ada hak cabar permohonan ekstradisi

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Perak dan berkemungkinan akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki terbabit kegiatan pengubahan wang haram dan jenayah komputer di negara itu, Isnin lalu boleh mencabar permohonan ekstradisi yang dibuat ke atas mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penahanan kedua-dua suspek adalah berdasarkan kehendak undang-undang Akta Ekstradisi.

"Tindakan (tangkapan) ke atas dua rakyat Malaysia itu adalah berdasarkan undang-undang Akta Ekstradisi dan permohonan oleh pihak berkuasa AS ini dibuat menerusi pejabat Peguam Negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh akta berkenaan.

"Kedua-dua mereka yang ditangkap itu mempunyai hak mencabar permohonan ekstradisi berkenaan di mahkamah," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan, memaklumkan pihak berkuasa AS menghantar permohonan ekstradisi terhadap kedua-dua suspek pada 3 September lalu dan Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk melaksanakan permohonan berkenaan.

Permohonan itu, katanya selaras dengan peruntukan mengikut Akta Ekstradisi 1992 serta Triti Ekstradisi di antara kerajaan Malaysia dan AS.

Tangkapan ke atas dua suspek kemudian dijalankan selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan Waran Pemberkasan Sementara ke atas mereka pada 11 September lalu.

Kedua-dua suspek, seorang ahli perniagaan berusia 40-an dan seorang juru analisa komputer berusia 30-an ditangkap secara berasingan di Sitiawan, Perak pada jam 8.45 pagi dan 8.20 pagi.

Katanya, permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret selama 60 hari mengikut Seksyen 16(1) Akta Ekstradisi 1992 serta Artikel 11(4) Triti Ekstradisi di antara kerajaan Malaysia dan AS dan kedua-duanya kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

Tangkapan dijalankan Bahagian D12 Biro Pusat Kebangsaan (NCB) Polis Antarabangsa (INTERPOL) bersama Bahagian D14 Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman; Cawangan Khas Bukit Aman dan Bahagian Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Penggodam Malaysia bertaraf dunia

NAMA dua rakyat Malaysia jadi sebutan hangat dalam dunia kancah penggodam siber dunia minggu lalu. Dua rakyat Malaysia itu dikenal pasti penggodam yang berpaksi kepada ransomware. Ransomware ialah sejenis perisian berniat jahat yang mampu menjangkiti komputer dan menyekat akses kepada penggunanya. Hanya selepas wang tebusan dibayar, barulah sistem kembali berfungsi.


Kegiatan dua rakyat Malaysia bersama lima warganegara China dikesan Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) berpangkalan di Washington DC. Laporan itu menyebut Jabatan Kehakiman Amerika akan mendakwa warganegara China dan Malaysia melakukan operasi sulit menggodam kerana identiti teknologi permainan video, memasang ransomware atau perisian tebusan dan mengintip aktivis Hong Kong. Paling menarik, kegiatan tersebut telah berlarutan lebih enam tahun.

Penggodam tersebut yang menggunakan kod operasi APT 404 didakwa beroperasi bertopengkan sebuah syarikat di Sichuan, China dan Putrajaya, Malaysia. Bermuslihatkan taktik menawar perkhidmatan keselamatan rangkaian perniagaan dalam talian, sindiket berkenaan menggodam komputer dimiliki beratus syarikat dan penganjur di seluruh dunia bertujuan mengumpul identiti dan mengguna ribuan komputer dari jarak jauh untuk merampas pelbagai transaksi dalam talian.

Laporan dari AS itu juga menyebut warganegara China itu yang beroperasi dalam sindiket pernah bekerja dengan syarikat China, Chengdu 404. Mereka ialah penggodam pakar dan pekerja semasa atau mantan Chengdu 404 Network Technology, sebuah syarikat mengaku menyediakan perkhidmatan penggodaman ‘topi putih’ yang sah bagi mengesan kerentanan dalam rangkaian komputer pelanggan.

AS sehingga kini percaya China mempunyai penggodam terbaik dan terbesar di dunia. Perangkaan terbaharu juga percaya 41 peratus serangan siber dunia berasal dari China.

AS juga menuduh warga China dan Malaysia itu melakukan pengubahan wang haram dan melakukan serangan rantaian bekalan bagi mendapatkan akses tanpa izin ke rangkaian di seluruh dunia.

ALLAH SWT sebenarnya telah memberi amaran tentang penggodam siber dalam Surah Ali-'Imran ayat 112 bermaksud: “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) ALLAH dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada ALLAH dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat ALLAH dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.”

Jelas sekali jenayah siber sukar dibendung. Sekalipun Malaysia memiliki beberapa akta yang kukuh seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun penggodam masih berleluasa.

Menyelusuri kes sindiket ini, penulis mendapati APT41 mengumpulkan maklumat tentang tokoh pro-demokrasi di Hong Kong dan seorang sami Buddha dari Tibet. Salah seorang penggodam, Jiang Lizhi, beroperasi menggunakan alias ‘Blackfox’, dipercayai bekerja untuk kumpulan penggodam yang rapat dengan Kementerian Keselamatan Negara China.

Apa yang jelas lima penggodam China itu masih bebas. Justeru, penulis berharap kerajaan Malaysia akan terus menyokong usaha FBI dan beberapa syarikat swasta seperti Microsoft yang berusaha menyekat penggodam berkenaan daripada mengguna akaun dalam talian mereka. Penulis percaya sindiket ini memilih sasaran di luar Malaysia dan China kerana yakin penguatkuasaan undang-undang tidak akan dapat mengejarnya melintasi sempadan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/102501/KOLUMNIS/Penggodam-Malaysia-bertaraf-dunia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,773
Reaction score
1,201
Points
201
Company jadi money laundering la kot... Patut la Macau scam merata kt Malaysia ni.. Ada company rupe nye
 
Sponsored Post
Top
Log in Register