Dua rakyat Malaysia antara tujuh didakwa AS kerana menggodam

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,727
Reaction score
3,838
Points
201
WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa tujuh penggodam masing-masing lima warga China dan dua rakyat Malaysia yang dikenal pasti mencuri identiti serta teknologi permainan, menuntut wang tebusan selain mengintip aktivis Hong Kong.

Penggodam dipercayai melakukan aktiviti mereka selama enam tahun dengan suspek dari China disyaki beroperasi di Chengdu 404, syarikat di Sichuan yang menawarkan perkhidmatan jaringan keselamatan kepada syarikat perniagaan.


Mereka dipercayai menceroboh ratusan komputer syarikat di seluruh dunia bagi mengumpul identiti, menceroboh sistem komputer untuk memperoleh wang dan menggunakan ribuan komputer bagi melakukan tukaran wang kripto seperti bitcoin.

Dua lagi warga China yang juga bekas pekerja Chengdu 404 dan dua warga Malaysia didakwa menggodam syarikat permainan video terkemuka untuk mencuri rahsia serta artifak permainan, seperti kit dan kredit permainan untuk dijual semula.

Ketujuh-tujuh suspek dikenal pasti oleh pakar keselamatan siber sebagai 'organisasi penggodam' APT41 berdasarkan perkakasan dan teknik yang digunakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan di mahkamah, Jiang Lizhi, seorang penggodam Chengdu 404, dikatakan memberitahu rakannya pada tahun 2012 dia dilindungi Kementerian Keselamatan Negara China dan menunjukkan mereka dilindungi jika tidak melakukan pencerobohan di dalam negara.

"Beberapa pelaku jenayah percaya hubungan mereka dengan kerajaan China memberi mereka lesen untuk menggodam dan mencuri (maklumat) di seluruh dunia," kata Pendakwa Persekutuan, Michael Sherwin dalam satu kenyataan.

Kertas pertuduhan tidak menunjukkan pengaruh politik secara langsung di sebalik aktiviti mereka walaupun penggodam mampu mengakses sistem komputer kerajaan di India dan Vietnam.

Namun, pada tahun 2018, Chengdu 404 menghasilkan program untuk mengumpul maklumat membabitkan individu yang terbabit dalam gerakan demokrasi di Hong Kong, termasuk laporan media AS mengenai layanan China terhadap minoriti Uighur di Xinjiang dan sami Buddha di Tibet.

Pendakwaan tidak menjelaskan bagaimana maklumat berkenaan digunakan. Lima warga China dikatakan masih bebas manakala rakyat Malaysia ditahan pada Isnin lalu dan AS dalam proses mengekstradisi kedua-duanya. - AFP

 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
Dua rakyat Malaysia didakwa godam ratusan syarikat, organisasi


WASHINGTON: Dua rakyat Malaysia bersama lima warga China didakwa Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat kerana menjalankan operasi penggodaman global terhadap ratusan syarikat dan organisasi di seluruh dunia.

Menurut dokumen mahkamah, dua suspek itu yang merupakan ahli perniagaan ditahan di Malaysia pada Isnin dan DoJ telah memohon proses ekstradisi, sementara tertuduh warga China masih bebas.

Memetik laporan New York Times, maklumat yang dicuri digunakan untuk tujuan memeras ugut serta dijual di pasaran gelap.

Kedua rakyat Malaysia dipercayai bekerjasama dengan lima penggodam itu untuk mencuri dan menyeleweng wang menerusi industri permainan video.

Antara taktik termasuk mencuri barang dalam permainan video (in-game) menerusi penggodaman yang kemudian dijual menerusi pasaran gelap.

“Dua tertuduh warga China bersama dua warga Malaysia dituduh menjual hasil godaman mereka di pasaran gelap menerusi laman web haram,” kata Timbalan Peguam Negara Jeffrey A. Rosen dalam sidang media pada Rabu.

Sementara tiga penggodam warga China lain menyasarkan pemaju aplikasi dan syarikat media sosial.

"Kerajaan China telah membenarkan rakyatnya melakukan pencerobohan dan serangan di serata dunia kerana mereka juga akan bantu Republik Rakyat China.”

NYTimes melaporkan penggodam, Zhang Haoran, Tan Dailin, Jiang Lizhi, Qian Chuan dan Fu Qiang menyasarkan syarikat teknologi dan media sosial, universiti, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, menurut pendakwaan.

Aktiviti jenayah siber itu dikesan menggunakan nama kumpulan Advanced Persistent Threat 41, Barium, Winnti, Wicked Panda dan Panda Spider.

Syarikat teknologi mega termasuk Verizon, Microsoft, Facebook dan Alphabet turut membantu kerajaan dalam siasatan kes tersebut.


== astro awani
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,526
Reaction score
10,810
Points
1,896
2 rakyat Malaysia antara 7 didakwa AS dalam siasatan godam

September 17, 2020 8:49 AM

Hacker-Pengodam-Godam-Hack-Computer-Komputers-6.jpg

Dua ahli perniagaan Malaysia, Wong Ong Hua, 46, dan Ling Yang Ching, 32, didakwa bersubahat dengan 2 penggodam untuk mengaut keuntungan daripada pencerobohan komputer yang menyasarkan syarikat permainan video di AS, Perancis, Jepun, Singapura serta Korea Selatan.

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada Rabu berkata, ia mendakwa 5 warga China dan 2 ahli perniagaan Malaysia dalam penggodaman meluas yang menyasarkan syarikat permainan video sehingga aktivis pro-demokrasi.

Pendakwa raya persekutuan berkata, warga China itu sudah didakwa menggodam lebih 100 syarikat di AS dan luar negara, termasuk syarikat membangunkan perisian, pengeluar komputer, penyedia telekomunikasi, syarikat media sosial, firma permainan video, badan pemikir, universiti, organisasi tidak berkeuntungan, kerajaan asing, ahli politik dan tokok masyarakat awam di Hong Kong.

Pegawai AS bagaimanapun tidak lagi menuduh penggodam itu bekerja untuk Beijing, tetapi Timbalan Peguam Negara, Jeffrey Rosen dalam satu kenyataan kesal dengan pihak berkuasa China yang – sekurang-kurangnya – tidak mengendahkan pengintipan siber.

“Kita tahu pihak berkuasa China setidaknya boleh bertindak seperti agensi penguatkuasa undang-undang di sini dan negara lain untuk mengambil tindakan terhadap pencerobohan komputer. Tetapi mereka memilih tidak berbuat demikian.”


Beliau turut mendakwa seorang daripada defendan China itu bermegah kepada seorang rakannya yang dia “sangat rapat” dengan Kementerian Keselamatan Negara China dan akan dilindungi “kecuali perkara sangat besar berlaku”.
“Tiada kerajaan bertanggungjawab yang sengaja melindungi penjenayah siber menyasarkan mangsa di seluruh dunia.”

Kedutaan China di Washington tidak memberi respons untuk komen.

Beijing berulang kali menafikan ia bertanggungjawab dalam penggodaman, ketika pihak berkuasa AS melakukan banyak pendakwaan.

Pendakwa raya AS turut mendakwa 2 ahli perniagaan Malaysia, Wong Ong Hua, 46, dan Ling Yang Ching, 32, yang didakwa bersubahat dengan 2 pengintip digital itu untuk mengaut keuntungan daripada pencerobohan komputer yang menyasarkan syarikat permainan video di AS, Perancis, Jepun, Singapura serta Korea Selatan.

DoJ berkata, 2 tertuduh itu beroperasi melalui sebuah firma Malaysia dikenali sebagai “SEA Gamer Mall”. Mesej yang dihantar kepada syarikat itu dan alamat e-mel yang didakwa dikendalikan penggodam tidak dijawab.

Semalam, Penolong Peguam Negara AS untuk Keselamatan Negara, John Demers berkata 2 tertuduh dari Malaysia itu sudah ditahan, tetapi mereka mungkin membantah untuk diekstradisi.

DoJ berkata, ia sudah mendapat waran geledah bulan ini yang menyebabkan rampasan ratusan akaun, pelayan, nama domain dan laman web “dead drop” yang digunakan penggodam untuk membantu mencuri data daripada mangsa mereka.

Katanya, Microsoft Corp sudah mempunyai penyelesaian untuk menyekat penggodam dan tindakan syarikat itu “ialah bahagian penting” daripada usaha keseluruhan AS untuk menangani mereka.

Syarikat itu berkata demikian dalam satu kenyataan yang memuji pegawai kerajaan “mengambil tindakan untuk melindungi pelanggan kami”.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,526
Reaction score
10,810
Points
1,896
1600346028453.png


DOJ dakwa pengarah syarikat permainan video di Perak terlibat skandal godam


Diterbitkan Hari ini 4:47 pm

Dikemaskini Hari ini 8:32 pm

Dua rakyat Malaysia antara yang didakwa terlibat dalam skandal godam antarabangsa adalah pengarah di sebuah kedai permainan video dalam talian (game store) yang beroperasi di Perak.
Reuters hari ini melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa tujuh individu termasuk warga Malaysia, Wong Ong Hua, 46 dan Ling Yang Ching, 32 kerana bersubahat dengan penggodam dari China.

Kedua-dua mereka didakwa bekerjasama dengan penggodam untuk "mengaut keuntungan daripada pencerobohan komputer" yang mensasarkan syarikat permainan video di AS, Perancis, Jepun, Singapura dan Korea Selatan.
Dalam laporan New York Times mengenai dakwaan itu, penggodam dikatakan telah bekerjasama dengan rakyat Malaysia untuk "mencuri dan mengubah wang" melalui industri permainan video.

Kedua-dua laporan berkenaan menyatakan bahawa Wong dan Ling telah ditangkap.
Dalam kenyataan media petang tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata Jabatan Peguam Negara telah bersetuju untuk memberi kebenaran ekstradisi di bawah Akta Ekstradisi 1992 dan perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan AS.

Ini selepas permintaan ekstradisi diterima dari pihak berkuasa AS pada 3 September, dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran pemberkasan sementara terhadap kedua-dua suspek pada 11 September.

Permohonan reman telah dibenarkan oleh mahkamah majistret selama 60 hari di bawah Seksyen 16 (1) Akta Ekstradisi 1992 serta artikel 11(4) Triti Ekstradiri di antara kerajaan Malaysia dengan AS.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh Selangor," katanya.

Wong adalah pengasas kedai permainan video dalam talian SEA Gamer Mall Sdn Bhd sementara Ling adalah ketua pegawai produknya.
Menurut rekod syarikat, kedua-duanya berperanan sebagai pengarah syarikat yang berusia 13 tahun itu.

Beribu pejabat di Sitiawan, Perak, laman webnya menyenaraikan pejabat di China, Thailand, dan Indonesia.

8568a96ca198b68934b3600c7c1b6ff2.jpg


Tersenarai untuk dijual di laman web SEA Gamer Mall termasuk "kad top-up" untuk permainan dalam talian yang popular seperti PUBG dan Mobile Legends, kad hadiah digital, dan juga kredit mudah alih prabayar.
Menurut rekod syarikat, ia memperoleh pendapatan RM386.4 juta dan keuntungan RM11.6 juta pada 2019.

Bercakap kepada The Star, Ketua Pegawai Operasi SEA Gamer Mall Tommy Chieng mengatakan syarikat itu "sedang meneliti" dokumen DOJ.

"Apa yang dapat saya katakan ialah kami sedang meneliti surat dakwaan.

"Peguam kami sedang mengusahakannya. Tidak ada komen lain,” katanya.

Antara lima pengarah SEA Gamer Mall adalah Nerine dan Chryseis Tan, anak perempuan pengasas Berjaya Corporation Bhd, Vincent Tan.

Vincent juga merupakan pemegang saham utama dalam syarikat melalui Cyberventures Sdn Bhd.

Cyberventures dimiliki oleh Vecc-Men Holdings Sdn Bhd, di mana Vincent mempunyai kepentingan.

Berjaya Corporation masih belum menjawab permintaan Malaysiakini untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.

15ef328349c7f53072c7006f22287591.jpg


Bersama dengan Wong dan Ling, DOJ AS menuntut lima warga China - Zhang Haoran, Tan Dailin, Jiang Lizhi, Qian Chuan, dan Fu Qiang - kerana menggodam "lebih 100 syarikat" di dalam dan di luar AS.

Syarikat-syarikat tersebut merangkumi syarikat pembangun perisian, pengeluar komputer, penyedia telekomunikasi, syarikat media sosial, firma permainan, organisasi nirlaba, universiti, dan kumpulan pemikir.
Sasaran juga merangkumi kerajaan asing serta ahli politik pro-demokrasi dan tokoh masyarakat sivil di Hong Kong.

Dalam sidang media mengenai dakwaan itu, Wakil Peguam Negara AS Jeffrey Rosen mengatakan pihak berkuasa China telah "memilih" untuk tidak menegakkan undang-undang terhadap para penggodam.
"Pemerintah China telah membuat pilihan yang disengajakan untuk membiarkan warganya melakukan pencerobohan dan serangan komputer di seluruh dunia kerana pelaku ini juga akan membantu Republik Rakyat China," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,526
Reaction score
10,810
Points
1,896
AS mohon ekstradisi dua rakyat Malaysia


GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN



Kuala Lumpur: Polis menahan dua lelaki warga tempatan di Perak yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana disyaki melakukan pengubahan wang haram dan jenayah komputer di negara terbabit pada 14 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, serbuan terhadap dua suspek yang juga ahli perniagaan serta juruanalisa komputer masing-masing berusia lingkungan 40-an itu dilakukan jam 8.45 pagi.

"Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menghantar permohonan ekstradisi pada 3 September lalu terhadap kedua-dua suspek berkenaan dan Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk melaksanakan permohonan terbabit.

"Ia adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Ekstradisi 1992 serta Triti Ekstradisi di antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Huzir berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai menjalankan perniagaan penjualan artifak permainan seperti kit dan kredit secara tidak sah.

"Pihak forensik juga sudah membuat rampasan terhadap bahan bukti dan dokumen berkaitan di syarikat milik mereka.

"Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran pemberkasan sementara ke atas dua suspek itu pada 11 September lalu.

"Kedua-dua suspek direman di Penjara Sungai Buloh selama 60 hari mengikut Seksyen 16(1) Akta Ekstradisi 19912 serta Artikel 11(4) Triti Ekstradisi di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika Syarikat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 8:18 PM


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,727
Reaction score
3,838
Points
201

5 Chinese Suspects Charged in Connection With 100 Breaches.

Prosecutors Says Members of APT41 Stole Source Code, Account Data.
Federal prosecutors on Wednesday unsealed indictments that charge five Chinese suspects - alleged members of the APT41 hacking group - with breaching more than 100 companies, government agencies and other organizations around the world.

The U.S. Department of Justice alleges the hackers conducted attacks to steal source code, software code signing certificates, customer account data and valuable business information.

Arrest warrants have been issued for the five Chinese hackers, but they remain fugitives and will likely not face arrest because the U.S. has no extradition treaty with China.

In another move, two Malaysian nationals were arrested in their country Monday for allegedly conspiring with two of the Chinese hackers to obtain and sell in-game currency for video games.
APT41 Connection.

The five Chinese suspects are allegedly part of the hacking group APT41 - also known as Barium, Winnti, Wicked Panda and Wicked Spider. They have all been charged with computer intrusions affecting more than 100 companies in the United States and elsewhere. These include computer hardware and software companies, telecoms, social media firms, video game makers, nonprofits and foreign governments, as well as pro-democracy politicians and activists in Hong Kong.

The five suspects were charged in two separate indictments unsealed Wednesday that were filed in August 2019 and August 2020. Those indicted are Zhang Haoran, Tan Dailin, Jiang Lizhi, Qian Chuan and Fu Qiang.

"APT41 has been the most prolific Chinese threat actor tracked by Mandiant Threat Intelligence over the last year," says John Hultquist, the Mandiant unit's senior director of analysis. "APT41 has been involved in several high-profile supply chain incidents, which often blended their criminal interest in video games with the espionage operations they were carrying out on behalf of the state. For instance, they compromised video game distributors to proliferate malware which could then be used for follow-up operations."
The 2020 Indictment.

In the August 2020 indictment, Jiang, Qian and Fu were charged with nine counts of racketeering conspiracy, conspiracy to violate the Computer Fraud and Abuse Act, substantive violations of the CFAA, access device fraud, identity theft, aggravated identity theft and money laundering. All the charges pertain to the three defendants working for the Chinese firm Chengdu 404 Network Technology that was involved in a pattern of racketeering affecting more than 100 companies along with government networks in India and Vietnam.

Each of the charges carry maximum sentences of between five and 20 years in prison.

"The defendants associated with Chengdu 404 employed sophisticated hacking techniques to gain and maintain access to victim computer networks. One example was the defendants' use of supply chain attacks, in which the hackers compromised software providers and then modified the providers' code to facilitate further intrusions against the software providers' customers," the Justice Department says.

The defendants allegedly used malicious websites and publicly available tools and exploited unpatched vulnerabilities, prosecutors say.

he U.S. Cybersecurity and Infrastructure Security Agency issued an alert on Tuesday warning that the Iranian hacking group Pioneer Kitten was using similar methods to conduct attacks.

The 2019 Indictment.

The August 2019 indictment charged Zhang and Tan with 25 counts of conspiracy, wire fraud, aggravated identity theft, money laundering and violations of the Computer Fraud and Abuse Act and for participating in computer hacking and video game conspiracies. The two allegedly used spear-phishing emails with malicious attachments, along with supply chain attacks, to compromise software development companies and their third-party developers.
The charges carry sentences between five and 20 years.

In the video game conspiracy, which started in 2014, Zhang and Tan sought to make money by hacking video game companies, obtaining and otherwise generating video game currency and then selling it for a profit, the Justice Department says.

The indictment notes the two also allegedly used their unauthorized access to the gaming companies to attack other groups perpetrating the same crimes against the companies.

The two Malaysians, Wong Ong Hua and Ling Yang Ching, conspired with Zhang and Tan, prosecutors say. They operated the Sea Gamer Mall as an internet-based platform for the sale of digital goods and services related to video games, including in-game currency and other video-game related digital goods, according to their indictment . They face 23 counts, including racketeering conspiracy, intentional damage to a protected computer and unauthorized access to a protected computer.
Seized Property.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,727
Reaction score
3,838
Points
201

APT41 is a prolific cyber threat group that carries out Chinese state-sponsored espionage activity in addition to financially motivated activity potentially outside of state control. The group’s espionage campaigns have targeted healthcare, telecoms, and the high-tech sector, and have historically included stealing intellectual property. Their cyber crime intrusions are most apparent among video game industry targeting, including the manipulation of virtual currencies, and attempted deployment of ransomware.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,526
Reaction score
10,810
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)



Sebentar tadi ·


Ahli perniagaan itu juga mendakwa Sea Gamer Mall tidak mempunyai kepakaran dalam penggodaman komputer.


1600413083103.png


Vincent Tan: Anak saya letak jawatan sebelum dakwaan kejadian godam
Diterbitkan Hari ini 3:03 pm

Ahli perniagaan Vincent Tan cuba menjauhkan anak-anaknya dari kontroversi melibatkan syarikat permainan video dalam talian, SEA Gamer Mall Sdn Bhd (SEAGM), setelah dua eksekutif tertinggi syarikat itu dikaitkan dengan skandal godam antarabangsa.

Namun, dia juga membela SeaGamer Mall dengan berkata ketua pegawai eksekutif (CEO) Wong Ong Hua dan ketua pegawai produk Ling Yang Ching, tidak memiliki kemahiran untuk melakukan salah laku seperti yang didakwa.
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) telah menuduh Wong dan Ling dengan 23 tuduhan termasuk bersekongkol dengan penggodam dari China untuk "mendapat keuntungan daripada pencerobohan komputer" yang mensasarkan syarikat permainan komputer di AS, Perancis, Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan, Vincent mengatakan bahawa anak perempuannya, Nerine dan Chryseis Tan, hanya pengarah nominal, dan telah meletakkan jawatan dari syarikat itu sebelum kejadian godam yang didakwa.

“Sepanjang masa, anak perempuan saya sama sekali tidak terlibat dalam menguruskan syarikat. Mereka hanyalah wakil saya di lembaga SEA Gamer Mall. Nerine dan Chryseis sebenarnya sudah mengundurkan diri sebelum kejadian ini," katanya.

Fail Suruhanjaya Syarikat (SSM) SEA Gamer Mall masih menyenaraikan Nerine dan Chryseis sebagai pengarah.

Dokumen tersebut mengandungi ringkasan laporan kewangan 2019 syarikat yang dibentangkan pada 30 Jun tahun ini.

Sementara itu, mengenai Wong dan Ling, Vincent mengatakan: "Baik SEA Gamer Mall mahupun dua pegawai syarikat itu tidak memiliki kepakaran atau alat dalam pencerobohan dan penggodaman komputer.
"Kedua-dua mereka tetap tidak bersalah dan telah melantik peguam Malaysia untuk mewakili mereka," tambahnya.

Vincent berkata bahawa dia telah menjadi pelabur pasif di syarikat itu selama 13 tahun, dan bahawa dia "mungkin memilih untuk melepaskan apabila tiba masa yang sesuai".
Dia menambah syarikatnya, Berjaya Group, tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat Sea Gamer Mall.

Laman web SEA Gamer Mall adalah kedai dalam talian yang menjual "kad top-up" untuk permainan dalam talian yang popular, kad hadiah digital dan kredit mudah alih prabayar.
Laman web itu mendakwa mempunyai satu juta pengguna berdaftar dan 350,000 pengguna aktif setiap bulan.

Rekod syarikat menunjukkan ia memperoleh pendapatan RM386.4 juta dan keuntungan RM11.6 juta pada tahun 2019.

Menurut DOJ, penggodam telah bersekongkol dengan Wong dan Ling untuk "mencuri dan mengubah wang" melalui industri permainan video.

Kedua-dua mereka telah ditangkap dan sedang menjalani proses ekstradisi untuk menghadapi tuduhan di AS.



 
  • Like
Reactions: TT

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,727
Reaction score
3,838
Points
201
Operasi penggodaman berpusat di China merangkumi seluruh dunia

BEIJING: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa kumpulan penggodam 'bertaraf antarabangsa' yang dikenali sebagai APT41 terbabit dengan sindiket menggodam pelayan syarikat untuk tebusan, menjejaskan rangkaian kerajaan dan mengintip aktivis Hong Kong.


Tujuh penggodam itu dianggotai lima warga China didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS pada Rabu.

Beberapa pakar mengatakan bahawa penggodam itu ada kaitan dengan China dan terdapat ahli yang lain melakukan kegiatan itu kononnya motif mereka disebabkan wang.

Lima anggota dari kumpulan itu adalah pakar penggodam dan masih atau bekas pekerja dengan syarikat teknologi iaitu Chengdu 404 Network yang menawarkan perkhidmatan sah untuk mengesan kelemahan dalam rangkaian komputer pelanggannya.

Berdasarkan dokumen Jabatan Kehakiman AS, 'bidang kerja' firma itu termasuk serangan jahat terhadap organisasi bukan pelanggan.

Menurut Chengdu 404, rakan syarikatnya merangkumi penilai teknologi keselamatan kerajaan dan universiti China.

Dua penggodam lain dari kumpulan itu yang turut dituduh adalah eksekutif warga Malaysia di SEA Gamer Mall iaitu sebuah firma yang berpangkalan di Malaysia yang menjual mata wang permainan video, 'power-up' dan barang permainan video yang lain.

Kumpulan itu didakwa menggodam komputer milik beratus-ratus syarikat dan organisasi di seluruh dunia termasuk firma penjagaan kesihatan, pembangun perisian dan telekomunikasi serta penyedia farmasi.

Kegiatan yang melanggar undang-undang itu bertujuan mengumpulkan identiti, sistem rampasan untuk tebusan dan mengendalikan ribuan komputer dari jauh untuk tukaran matawang kripto seperti bitcoin.

Antara yang disasarkan adalah anti-kemiskinan bukan keuntungan, dengan penggodam mengambil alih salah satu komputer dan kandungan menggunakan perisian penyulitan serta kemudian menuntut bayaran dibuat untuk membukanya.

Kumpulan itu juga disyaki berkompromi dengan rangkaian kerajaan di India dan Vietnam.

Selain itu, mengikut pemfailan di mahkamah, mereka juga dituduh melanggar peraturan apabila mencuri barang permainan video dan menjualnya kepada orang lain.

Dalam satu kes yang didokumentasikan oleh syarikat keselamatan FireEye, APT41 menghantar e-mel yang mengandungi perisian berniat jahat kepada kakitangan sumber manusia syarikat yang disasarkan selepas tiga hari firma itu pulih dari serangan sebelumnya oleh kumpulan sama.

Dua ahli perniagaan warga Malaysia, Wong Ong Hua dan Ling Yang Ching mengarahkan kakitangan terbabit untuk mencipta ratusan akaun permainan video palsu untuk menerima objek maya yang dicuri oleh APT41 sebelum menjualnya, mengikut kertas pertuduhan.

Menurut FireEye, kumpulan itu menyasarkan industri termasuk penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan media berita yang konsisten dengan keutamaan dasar nasional China.

Salah seorang penggodam, Jiang Lizhi bekerja menggunakan nama samaran 'Blackfox' sebelum bekerja dengan kumpulan penggodam yang berkhidmat dengan agensi kerajaan dan mempunyai hubungan rapat dengan Kementerian Keselamatan China.

Kebanyakan kegiatan yang dilakukan kumpulan itu didorong faktor kewangan dan kepentingan peribadi.

Kesemua yang dituduh tidak pernah tinggal di AS yang menjadi lokasi sasaran mereka. Menurut kertas pertuduhan, mereka menyasarkan individu di luar Malaysia dan China kerana percaya penguatkuasaan undang-undang tidak dapat menjejaki mereka merentasi sempadan. - AGENSI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register