oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
Polis sedang mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan kejadian dua anggota polis
ditikam di Jalan Pasar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi tadi. - UTUSAN ONLINE
BUKIT MERTAJAM 22 Jan. - Dua anggota polis cedera selepas ditikam ketika menjalankan operasi di sebuah pusat simulator di Jalan Pasar, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azahan Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.38 pagi tadi, Inseptor M. Ganesh dan Konstabel Mohamad Khusairi ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat berlaku pergaduhan dalam premis berkenaan.
Katanya, apabila sampai, Ganesh mengarahkan salah seorang lelaki dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk pemeriksaan air kencing namun suspek cuba melarikan diri melalui pintu hadapan.
"Ketika pergelutan, suspek yang berusia 30 tahun mengeluarkan pisau dan cuba menikam leher Ganesh namun berjaya dielak tetapi terkena tangan kanan.
"Konstabel Mohamad Khusairi yang cuba membantu pula ditikam di paha sebelum suspek melarikan diri melalui pintu belakang premis dan mengunci dari luar," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, polis kini menahan isteri suspek di tempat kejadian bersama sebuah motosikal curi manakala gerakan mengesan suspek sedang giat dilakukan. - UTUSAN ONLINE
sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-polis-cedera-ditikam-dalam-operasi-1.434558
.