BTC USD 118,359 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Pesara Kerugian Lebih RM1 Juta Diperdaya Sindiket Pelaburan Dalam Talian

combat13

Super Active Member
Messages
7,571
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,571
Reaction score
225
Points
73
4398364b400ccc4d0dd8dc1236ee58fc6763f4a115062


Dua lelaki mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata dalam kes pertama pada 12 Jun lepas, seorang lelaki berusia 55 tahun yang juga pesara sebuah syarikat swasta di Perai mendakwa telah ditipu sindiket pelaburan dalam talian oleh sebuah syarikiat dikenali Freeman Ltd hingga mengakibatkan kerugian RM827,120.

“Mangsa telah melihat satu iklan pelaburan menawarkan pulangan keuntungan tinggi melalui Facebook dan berhubung dengan suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp pada April lepas.

“Melalui pelaburan itu mangsa ditawarkan pulangan tujuh peratus bagi setiap modal dilaburkan. Mangsa yang tertarik telah diminta memuat turun aplikasi Freeman Ltd untuk mendaftar sebagai ahli dan membuat pelaburan melalui platform tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa telah melakukan 22 transaksi pemindahan wang ke enam akaun bank yang berbeza dalam tempoh 19 April hingga 26 Mei.

“Mangsa menyedari telah ditipu apabila gagal membuat pengeluaran keuntungan dipaparkan dalam aplikasi pelaburan berjumlah RM23,241,952 lalu tampil membuat laporan polis,”  katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata dalam satu lagi kes membabitkan pesara juruteknik kilang kerugian RM321,250 selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian dikenali  Demax Global.

Beliau berkata mangsa berusia 56 tahun itu telah tertarik melihat iklan pelaburan menawarkan keuntungan tinggi melalui Instagram sebelum berhubung dengan suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp dengan jaminan pulangan 30 peratus bagi setiap jumlah modal dilaburkan dalam tempoh tiga bulan.

“Mangsa yang berminat diminta memuat turun aplikasi Demax Global bagi tujuan mendaftar sebagai ahli dan membuat pelaburan. Pada 21 Mac lepas, mangsa telah membuat pemindahan wang pertama berjumlah RM20,000 melalui aplikasi tersebut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register