BTC USD 64,971.7 Gold USD 1,785.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua peragut lembik dibelasah

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU: Dua peragut dibelasah hingga lembik oleh sekumpulan individu sejurus ditahan dalam cubaan meloloskan diri selepas meragut rantai emas milik seorang wanita menyebabkan seorang daripadanya dirawat di hospital manakala rakannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian berhampiran jejantas di Pasar Borong Pandan di sini, jam 4.40 petang, Selasa lalu, mangsa dikatakan ditolak seorang daripada suspek sebelum rantai emasnya diragut.


Mangsa menjerit meminta tolong dan orang ramai segera membantu.

Kedua-dua suspek berusia 20-an itu ditahan sebelum dibelasah hingga lembik oleh beberapa individu yang berang dengan tindakan suspek sebelum diserahkan kepada polis.


Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.


“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus dihubungi orang awam yang berjaya memberkas kedua-dua suspek.

“Ketika tiba di situ, kedua-dua suspek dalam keadaan tidak bermaya manakala tangan mereka diikat oleh orang awam,” katanya, semalam.


Menurut Samad, kedua-dua suspek dihantar ke hospital dan seorang daripada mereka masih menerima rawatan di wad manakala rakannya dirawat sebagai pesakit luar.

Pemeriksaan dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula rantai emas didakwa diragut daripada mangsa.


Samad berkata, pihaknya memuji tindakan orang ramai bekerjasama untuk memberkas kedua-dua suspek, sekali gus menunjukkan sikap prihatin masyarakat dalam membantu pihaknya membanteras jenayah jalanan.


“Bagaimanapun, orang ramai dinasihati supaya tidak bertindak melulu dengan memukul suspek sesuka hati kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan yang kami akan jalankan.


“Terima kasih kepada individu yang membantu menahan suspek, tetapi saya harap, pada masa depan, jangan belasah suspek sebaliknya tahan mereka dan tunggu hingga kami tiba,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duaperagutlembikdipukul/Article/index_html
 
Sponsored Post

blink_182

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65
Jgn bertindak melulu la


Biar perombak tu kerat tangan dulu baru bertindak k
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
padan muka......kasi kau kau nye, supaya dia orang serik nak meragut lagi.
 

raz4

Active+ Member
Joined
Feb 19, 2008
Messages
4,224
Reaction score
25
Points
30
emmm kat kmpung aku polis angkat bendera putih sbb xdpt nk tangkap budak pecah rumah. klu org kmpg dpt tngkp nk pukui boleh tpi jgn smpi mati.. last2 org kmpg dpt tgkap.. apa lagi hilang jari tangan kiri kene potong dpn mata..cacat sudaa..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,998
Reaction score
558
Points
161
dlm 10 mission ragut mungkin 2 daripadanye kantoi dan merekalah org2 yg gagal dlm meragut
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,942
Reaction score
1,170
Points
201
bagus jgk... klu terus bwk p balai polis kang, senang2 je nti kena lepas.. baik belasah kaw2 dulu... :)cgrock:)cgrock
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
yang kantoi tu lebih baik bersara ajelah dari aktiviti meragut, manakala yang belum tu hati2lah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register