akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,595
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,595
- Reaction score
- 6,472
- Points
- 881
- Awards
- 1
Dua penagih dadah cuba seludup gula, minyak masak ditahan
Oleh Hidayatidayu Razali
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Tanah Merah: Cubaan dua lelaki untuk menyeludup minyak masak bersubsidi dan gula putih ke negara jiran gagal apabila mereka ditahan pihak polis di kawasan Kampung Batu Gajah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, dua lelaki berusia 23 dan 33 tahun ditahan pada 9 malam dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, mereka ditahan ketika tugas rondaan kereta peronda polis (MPV) yang mendapati sebuah kereta dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta, menjumpai 30 kotak minyak masak anggaran sebanyak 510 kilogram (kg) dan gula putih anggaran berat 720 kg disyaki cuba diseludup ke negara Thailand.
"Mereka cuba membawa masuk ke negara jiran berikutan kedua-dua barangan kawalan itu dijual dengan harga yang tinggi iaitu gula antara RM4.70 hingga RM4.80 sekilogram, manakala minyak masak antara RM3.40 ke RM3.50 sekilogram.
"Kedua-dua lelaki itu, kenderaan dan barang-barang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap dua lelaki itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, kedua-dua lelaki itu ditangkap mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan, manakala barang rampasan diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.
Disiarkan pada: January 20, 2024 @ 9:21pm