BTC USD 65,321.4 Gold USD 1,784.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pemimpin Umno untung RM5 juta jual tanah Melayu

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Ketua menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mahu pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chan Yeow, menjelaskan isu dua orang pemimpin Umno Pulau Pinang yang sering mendakwa sebagai pembela kaum Melayu memilih untuk mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta dalam jangka masa tiga setengah bulan sebagai broker tanah tetapi enggan berkongsi keuntungan tersebut dengan 31 pemilik tanah Melayu.

Menurut Lim, Teng memilih untuk mempertahankan kedua-dua timbalan pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar, kerana mengaut keuntungan RM5 juta daripada jualan tanah yang dimiliki 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, sebagai satu urusan perniagaan.

“Teng jelas lupa bahawa sebagai pemimpin politik, kepentingan awam menuntut bahawa urusan perniagaan kedua-dua pemimpin UMNO ini harus selari dengan jawatan politik yang disandangi,” kata Lim dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini. “Adakah ini cara pemimpin-pemimpin UMNO melindungi hak pemilik tanah Melayu dengan membeli tanah mereka pada harga yang murah kemudian menjualnya pada harga yang tinggi, dan menelan 100 peratus keuntungan yang didapati?” tanya Lim.

“Saya kesal bahawa Musa bukan sekadar enggan menerangkan mengapa beliau tidak mahu berkongsi keuntungan RM5 juta tersebut dengan 31 orang pemilik tanah Melayu, tetapi apabila disoal beliau berlaku emosi dan bersikap tidak rasional serta menyerang saya sebagai rasis kerana menimbulkan isu kepentingan awam ini.”

Menurut setiausaha agung DAP itu, keengganan Teng untuk memberi penjelasan adalah serupa dengan taktik menabur fitnah demi fitnah tanpa bukti terhadap pemimpin-pemimpin PR.
“Bermula dengan pemalsuan foto Google dalam kes projek-projek bukit untuk mengutuk kerajaan negeri PR, Teng masih lagi belum menunjukkan bukti bahawa saya, empat ahli Exco iaitu Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Danny Law serta ADUN Komtar Ng Wei Aik mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hospital swasta Taman Manggis,” kata Lim.
“Kini Teng cuba untuk menjelaskan kegagalan BN untuk menunaikan janji untuk membeli tanah 1.1 ekar di Taman Manggis pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri belum lagi memberi surat rasmi kepada BN. Ini merupakan satu syarat baru yang tidak pernah disebut oleh BN.

“Untuk memastikan Teng tidak dapat mengelak dengan membuat janji-janji dan dakwaan yang tidak berasas, saya telah mengarahkan setiausaha politik saya Ng Wei Aik untuk menulis surat rasmi yang akan dihantar kepada pejabat Teng supaya BN boleh membeli tanah itu pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan PPR.

“Keuntungan daripada penjualan tanah itu kepada BN akan digunakan untuk pembinaan perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri di kawasan Pulau, terutamanya di Jalan SP Chelliah,” kata Lim.
Beliau kemudian mempersoalkan apakah BN akan membayar lebih RM22 juta sebelum pilihan raya umum yang akan datang untuk membeli tanah tersebut untuk pembinaan PPR atau adakah ini hanya sandiwara murahan sempena pilihan raya yang semakin hampir.

sumber
 
Sponsored Post

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
haramjadah punya pemimpin umno..
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
25,023
Reaction score
68
Points
120
tanah melayu takpe halal utk depa sebat, tanah cina haram depa sebat..kira ok la tu ikut hudud style gangnam depa, amik yg halal bagi depa ..
 

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
tanah melayu takpe halal utk depa sebat, tanah cina haram depa sebat..kira ok la tu ikut hudud style gangnam depa, amik yg halal bagi depa ..

gangnam.jpg


gangnam haramjadah :eek::eek:
 

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
617
Points
161
malaysia ni ibarat pentas lakonan UMNO. kita ni penonton jer. nak ubah skrip xbole sbb semua UMNO yg bikin skrip. sampai bila nk tengok lakonan yg makin melalut ni??
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register