BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua pemandu lori tersepit 10 minit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,287
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,287
Reaction score
1,665
Points
201
Dua pemandu lori tersepit 10 minit
FB_IMG_1629120798539.jpg
FB_IMG_1629120800685.jpg
FB_IMG_1629120803048.jpg
FB_IMG_1629120805083.jpg

SABAK BERNAM – Dua pemandu menanggung azab lebih 10 minit akibat tersepit di dalam lori dipandu mereka yang terbabit kemalangan di Jalan Tali Air 5, Sekinchan di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan perlanggaran antara lori jenis Hino enam tan dan sebuah treler.

Kedua-dua mangsa iaitu Mohamad Azwan Nordin, 24, dan Chia Kim Hock, 53, bagaimanapun berjaya diselamatkan bomba dan hanya mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kemalangan itu menyebabkan dua lelaki tersepit dalam lori masing-masing. Anggota kita kemudian segera menyelamatkan kedua-dua mangsa dalam tempoh 10 minit

“Mangsa yang terselamat diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.- K!ONLINE

Gambar media sosial
 
Back
Top
Log in Register