Dua pelajar Malaysia bakal ke Harvard

CG Sponsors

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,352
Reaction score
1,922
Points
206
jangan jadi macam kes budak NASA tu sudah lah. dengan PM kena tipu.
macam nasa engine oil la.
ingatkan minyak enjin berteknologi angkasa lepas murika.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
#KualaLumpur Dia terkejut dengan tawaran itu kerana tidak meletakkan harapan tinggi ketika mengemukakan permohonan. https://www.hmetro.com.my/…/20-kali-semak-emel-dari-kolej-h…

20 kali semak emel dari Kolej Harvard

MOHAMED Aqil Azmi dan Zad Chin Qi Qi terpilih menyambung pengajian ke Kolej Harvard, AS
Redzuan Muharam

"SEHINGGA hari ini, saya masih rasa tidak percaya dan menganggapnya seperti satu mimpi yang jadi nyata" kata Zad Chin Qi Qi, 20 yang terpilih menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial di Kolej Harvard, Amerika Syarikat (AS).

Zad tidak berseorangan kerana seorang lagi rakyat Malaysia yang terpilih ke kolej terkemuka itu adalah Mohamed Aqil Azmi, 20.

Berkongsi pencapaiannya itu, Zad yang berasal dari Ipoh, Perak berkata, dia menerima kiriman emel memaklumkan diterima masuk ke kolej berkenaan pada 13 Disember tahun lalu.

Menurutnya, secara peribadi, dia terkejut dengan tawaran itu kerana tidak meletakkan harapan tinggi ketika mengemukakan permohonan.

"Sejak di tingkatan empat lagi, saya sudah memasang impian untuk ke Kolej Harvard kerana reputasinya yang baik.

"Lagipun, saya gemar menonton filem Harry Potter dan sangat tertarik dengan ruang makan di kolej berkenaan hingga mengimpikan untuk belajar di situ.

"Walaupun rasa agak mustahil, tetapi saya tetap mencuba nasib dengan membuat permohonan, tak sangka pula diterima, malah disebabkan terlalu terkejut, saya semak semula kiriman emel itu sehingga 20 kali," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Zad berkata, berdasarkan kiriman emel diterima, dia sepatutnya mendaftar masuk di kampus pada Ogos depan tetapi belum menerima pengesahan daripada pihak kolej sama ada pengajian ditangguhkan atau sebaliknya berikutan pandemik Covid -19.

Sementara menerima maklumat pemberitahuan itu, Zad berkata dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

Mengenai ucapan tahniah diterima, Zad berterima kasih kepada semua khasnya rakyat Malaysia walaupun mereka tidak mengenalinya secara peribadi.

"Saya sangat terharu dengan kiriman ucapan yang diterima. Saya bukan datang daripada keluarga senang dan diharap kisah saya memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajian di Kolej Harvard atau di mana saja.

"Tiada yang mustahil untuk rakyat Malaysia melakukannya. Terima kasih juga kepada Yayasan Khazanah kerana tanpa pembiayaan diberi, belum tentu saya berpeluang ke sana," katanya yang berhasrat menceburi bidang Realiti Maya (VR) dan Kecerdasan Buatan (AI) selepas tamat pengajian kelak.

Sementara itu, Mohamed Aqil juga tidak menyangka permohonannya untuk menyambung pengajian di Kolej Harvard diterima.

Namun, anak bongsu daripada tiga beradik yang terpilih mengikuti pengajian dalam jurusan Matematik dan Falsafah itu akan memanfaatkan peluang diberi dengan sebaik mungkin.

"Saya ada menghantar permohonan menyambung pengajian di universiti lain tetapi pilihan pertama adalah Kolej Harvard.

"Permohonan itu dihantar November tahun lalu dan rasa tidak percaya tetapi gembira apabila menerima kiriman emel memaklumkan terpilih sebagai penuntut.

"Rasa teruja untuk belajar di bawah bimbingan profesor terkemuka dan kelompok individu pintar dari seluruh dunia," katanya.

Buat masa ini, Mohamed Aqil yang menetap di Shah Alam, Selangor berkata, dia ada berhubung dengan penuntut Malaysia bagi mendapatkan gambaran mengenai suasana pembelajaran dan cara hidup sebagai persediaan sebelum mendaftar masuk di kolej itu.

"Saya sepatutnya mendaftar masuk di kampus pada 31 Ogos depan tetapi belum ada kata putus daripada universiti sama ada pengajian diteruskan atau ditangguhkan kerana Covid-19.

"Urusan permohonan visa juga belum dilakukan dan buat masa ini, saya hanya menghabiskan masa di rumah dengan keluarga," katanya yang mendapat tajaan biasiswa dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak 2018.

Kelab Harvard Malaysia, menerusi satu kenyataan semalam memaklumkan Zad dan Mohamed Aqil akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi 2024.

Untuk rekod, kali terakhir penuntut Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard adalah pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 3:06 PM

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,034
Reaction score
11,345
Points
2,376

Sampai 20 kali semak
Takut kena scammed
Tahniah la layak belajar kat sana
Jaga nama baik negara sepanjang pengajian di sana
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Sampai 20 kali semak
Takut kena scammed
Tahniah la layak belajar kat sana
Jaga nama baik negara sepanjang pengajian di sana
hehehe aah kan, takut nanti jadi mcm yg NASA tu :D
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
maklum la harvard ni terkenal buat penuntut undang2 macam @cek mek molek ni
tempat top pengajian
Harvard tpt org power power power, even dropout dari Harvard pun masih power sungguh sungguh
mcm Mark Zuckerbeg dan Matt Damon
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,034
Reaction score
11,345
Points
2,376
tn TXT, mcm dlm movie 'legally blonde' tu kan :D
Citer KPOP pn ada jugak pasal Harvard ni
Dulu la
Nak bagi tau bukan senang nak dapat masuk
Dan nak capai standard kat situ bila dah dapat masuk
 
Sponsored Post
Top
Log in Register