BTC USD 28,394.4 Gold USD 1,968.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pekerja pelantar minyak maut di Kerteh

akukuli

Active+ Member
Messages
3,234
Joined
Oct 17, 2013
Messages
3,234
Reaction score
414
Points
56
KEMAMAN - Seorang juruteknik dan seorang mekanik sebuah syarikat carigali minyak maut selepas terjatuh pada ketinggian 35 meter dalam kejadian di pelantar minyak Ensco-104 di Kerteh, di sini malam semalam.

Kedua-duanya dikenali sebagai Valentine Girak, 31, dan Gabriel Lembang, 29, berasal dari Sarawak.

Kejadian berlaku kira-kira 11.04 malam ketika kedua-duanya sedang memeriksa sebuah bot keselamatan di pelantar itu sebelum bot berkenaan tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

Kedua-dua mereka maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register