BTC USD 97,318.6 Gold USD 2,670.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pekerja buruh maut terkena renjatan elektrik

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,805
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,805
Reaction score
1,294
Points
201
10166.jpeg
10170.jpeg
10173.jpeg
10176.jpeg


KOTA MARUDU – Dua pekerja buruh kontrak maut dipercayai terkena renjatan elektrik sewaktu menjalankan kerja pemasangan kabel gentian optik talian sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Marak Parak pada Selasa.

Kesemua mangsa adalah warga tempatan dikenali sebagai Abi’rafhdi Affendy, 20, dan Khomeni Maulana, 32.

Kedua-dua lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat renjatan elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bersama lapan pekerja kontrak mengangkat tiang untuk ditanam bagi memasang kabel gentian optik talian sebuah syarikat telekomunikasi pada pukul 7.30 pagi.

“Ketika pekerja menaikkan tiang berkenaan, terdapat kabel elektrik yang terletak hampir dengan tiang yang dinaikkan di tempat kejadian.

“Tiang yang dinaikkan itu terkena dengan kabel elektrik yang mempunyai arus elektrik mengalir menyebabkan beberapa pekerja sempat untuk melepaskan tiang dan mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat yang terletak di Penampang Kota Kinabalu dan berperanan dalam menjalankan kerja-kerja memasang insfrastruktur kabel gentian optik celcom timur (Sabah).

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register