Dua pegawai wanita Imigresen Putrajaya didakwa terima rasuah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR - Dua pegawai wanita Imigresen Putrajaya mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan setuju menerima suapan daripada pengarah syarikat tiga tahun lepas.

Penolong Penguasa Jabatan Imigresen Putrajaya Norhayati Omar mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah iaitu menyetuju terima tiga tiket kapal terbang pergi balik ke Singapura dan satu set Home Theatre Sony HTS tanpa sebarang balasan daripada pengarah Quest Argotech (M) Sdn Bhd, Anil Kumar Chigurupathi, walaupun mengetahui bahawa ia ada kaitan dengan tugasnya untuk meluluskan pas penggajian pekerja asing (DP11).

Norhayati, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 6 Mei 2006.

Di Mahkamah Majistret lain, seorang pegawai Imigresen Putrajaya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersetuju menerima deposit kereta dalam bentuk cek bernilai RM18,071 tiga tahun lepas.

Salmiza Man, 35, didakwa menerima cek berkenaan sebagai bayaran pendahuluan kereta daripada Anil Kumar melalui S Ramadess, 53, di Quest Argotech (M) Sdn Bhd No 2-4-1, Tingkat 4, Menara KLH Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh di sini pada 10 Mei 2006, yang ia ada kaitan dengan tugas tertuduh sebagai Pegawai Imigresen.

Kedua-dua pegawai itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,950 sebagai dorongan bagi memperoleh kelulusan Pas Khas daripada Timbalan Ketua Pengarah 1 (Bahagian Kawalan) Jabatan Imigresen untuk 16 warga China pada tahun lepas.

Hui Kok Mun, 26, didakwa menerima rasuah daripada Wong Yun Fui di tiga lokasi iaitu Starbucks Coffee dan Subway Cafe di Pearl International Hotel, Jalan Klang lama, dan di dalam kereta, berhadapan Old Town Kopitiam, Cheras di sini, antara 13 Mac hingga 9 Mei 2008.

Bagi kesemua kesalahan itu, Kok didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Undang-undang Malaysia Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama, iaitu hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
selagi bapak2 tak kena, selagi tu la wayang tak habis
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
uish..2010...wyg 1 mesia mula d tayangkn...:))
 

fotosintesis

Active+ Member
Joined
Dec 11, 2008
Messages
2,505
Reaction score
19
Points
25
2 baru imigesen, lom jabat tanah pnya suap lagi. huhu
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
rasanya hukuman rasuah tu patut diketatkan lagi baru org takut nk bagi/terima rasuah..
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
ala..xkan dua je? nak lagi! :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register