BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pegawai Imigresen dituduh seludup migran Vietnam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Dua pegawai Imigresen dituduh seludup migran Vietnam


GAMBAR HIASAN
KLANG – Dua pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menyeludup tiga warga Vietnam dan bersubahat bagi tugasan itu di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bulan lalu.

Tertuduh Nasrullah Abu Bakar, 26, dan Mohamad Hafiz Mohamad Amir, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Nasrullah didakwa sebagai penjawat awam menyeludup masuk Phong Thị Ngọc Sui, Nguyen Hoai Hung dan Tran Thi May seterusnya melakukan kesalahan mengikut subseksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.


Mohamad Hafiz yang bersubahat dengan Nasrullah dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama subseksyen 26B(d) ATIPSOM 2007.

Perbuatan itu dilakukan di kaunter ketibaan sempadan Terminal 2 KLIA, Sepang kira-kira pukul 4.40 petang pada 30 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman dan Nurul A’in Abu Bakar memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu tidak dibantah Peguam Muhammad Syawal Mohd. Razak dan T. Harpal Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan pemindahan kes tersebut dengan permohonan ikat jamin akan dibuat di Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

KLIA ni lubuk buat duit ...

dari dulu dari open scret...tak da yg berani betul2 banteras...
kuat sangat kabel belakang ni...

gegar kejap2 je...lepas tu ada balik...imigresen situ dah berapa kali kena tukar sama je tak boleh stop...
Tu pasal abang tiong dia serbu ja Klia tu dulu. Kalau tak kerana lubuk duit, brader tu sambung tido ja kat ruah.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register