BTC USD 38,829.3 Gold USD 1,877.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua melecur kapal muatan minyak terbakar

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,985
Reaction score
302
Points
51
1053431.jpg


GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki melecur selepas sebuah kapal yang membawa muatan minyak diesel terbakar dalam kejadian di Pengkalan Weld, Gat Lebuh Macallum, di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.02 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian empat orang pekerja berada di atas kapal yang membawa 150,000 liter diesel, namun dua orang daripada mereka sempat menyelamatkan diri.

"Dua identiti mangsa yang melecur telah dikenal pasti yang mana salah seorang warga India berusia lingkungan 50an manakala seorang lagi warga tempatan dikenali sebagai Azrul berusia 30an.

"Siasatan awal mendapati api bermula di bahagian pam dek kapal yang mana ia berfungsi menyalurkan minyak kepada kapal yang lain," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian di sini pada Isnin.

1053432.jpg


Saadon berkata, dengan bantuan pasukan bomba sukarela, bomba pelabuhan dan beberapa lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Bagan Jermal dan Bayan Baru membolehkan api berjaya dikawal daripada terus merebak.

Katanya, kapal yang membawa kapasiti bahan bakar yang banyak itu mungkin akan menyebabkan kebakaran yang lebih dahsyat boleh berlaku.

Namun beliau berkata, atas kecekapan anggotanya yang mengesan tempat punca berlakunya kebakaran memudahkan lagi kerja mengawal api seterusnya berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian.

"Walaupun api telah berjaya dipadamkan namun anggota kita akan membuat pemantauan sekali lagi bagi memastikan kapal ini benar-benar selamat sebelum melakukan siasatan lanjut," katanya.


== sinar harian
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,670
Reaction score
12,787
Points
2,376

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
04.05.2021 - Kuala Lumpur, Dua kru sebuah kapal tangki yang membawa muatan diesel cedera dan melecur dalam kebakaran dari bahagian dalam kapal tersebut semasa berlabuh di perairan Harbour Trade Centre, Gat Lebuh Macallum, di George Town petang tadi. Pegawai Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Muzamer Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 4.02 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan sebuah kapal tempatan yang membawa muatan diesal dan pihak bomba dimaklumkan terdapat dua pekerja lelaki berada di dalam kapal berkenaan manakala dua lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri. Seorang daripadanya berusia lingkungan 30-an mengalami melecur 90 peratus pada badan manakala rakannya berumur 50 tahun cedera di bahagian kepala dan tidak melecur," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya kedua-dua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata seramai 50 pegawai dan anggota bomba daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Lebuh Pantai, Jalan Perak, Bagan Jermal dan Bayan Baru dibantu Pasukan Bomba Sukarela di kawasan itu terlibat dalam operasi tersebut dan api berjaya dikawal pada 4.44 petang. "Pihak bomba masih membuat pemantauan dan kawalan di kawasan kapal itu bagi memastikan tiada api, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Screenshot-143.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573229
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register