Dua maut kereta bertembung di Maran

CG Sponsors




BlackSweater

Freshie
Joined
Jan 7, 2010
Messages
21
Reaction score
0
Points
3
KUANTAN: Dua pemandu terbunuh manakala seorang penumpang cedera ringan apabila dua buah kereta bertembung dalam satu kemalangan di KM38.7, Jalan Kampung Awah - Bandar Jengka, dekat Maran, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabudin, berkata Sharulniza Mohamad Shafie, 32, pemandu kereta Proton Saga maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta Honda Accord, Kamsani Muhamad, 36, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jengka.

Katanya, dalam kejadian 5.30 petang itu, penumpang kereta Honda Accord, Khairul Kamaruddin, 30, mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

"Kejadian dipercayai berpunca apabila Sharulniza yang dalam perjalanan dari Felda Jengka 15 ke Felda Jengka 17 gagal mengawal keretanya di sebuah selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Kereta Honda Accord yang dipandu Kamsani gagal mengelak lalu merempuh kereta yang terbabas itu," katanya.

Ahmad Johari berkata, anggota bomba dari Bandar Jengka mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mayat Sharulniza yang tersepit di tempat duduk.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa yang dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat telah dituntut keluarga masing-masing. - Bernama
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
mesti bwk laju neh..berhati2 dijalan raya.
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
layan corner laju2 pastuh nyusahkan org len..

takziah pada keluarga yg meninggal dunia..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register