BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah

Sponsored Post

Maybe badan x biasa makan, antibodi belum ada. Skali termakan makanan dah basi rosak, terus sakit yg amat.

Aku pun dah brp kali termakan makanan basi rosak siap ada lalat kat mamak tu, masih hidup lg huhuhu. Antibodi dpt lawan kot.

P/s: Org india jarang sakit perut kenapa ek.
Contoh kedai mamak...

walaupun org cakap jijik la kotor la...tapi aku tak pernah sakit perut kalau makan kedai mamak...

kedai siam pernah kena...kedai melayu pun pernah kena...
 

Keracunan makanan: Pembekal makanan antara lapan dirakam keterangan​


12 JUN 2024

2686702.jpg

Laporan Sinar Harian pada Selasa.Gambar kecil: Noor Ariffin Mohamad Nasir


GOMBAK – Pembekal makanan antara lapan individu yang telah dirakam keterangan untuk siasatan kes dua kematian akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, proses rakaman keterangan itu dijalankan pada 10 dan 11 Mei.

“Setakat ini dua laporan polis diterima mengenai kematian akibat keracunan makanan itu.

“Proses rakaman percakapan melibatkan lapan individu termasuk ahli keluarga dan pembekal makanan telah dijalankan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, polis turut dalam tindakan untuk memanggil pihak lain bagi siasatan berkaitan kes ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak untuk siasatan kes dua kematian akibat keracunan makanan berkenaan.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 petang, pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Kes kedua, bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

Kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin, sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.
 
15 Termasuk Pengusaha Katering Sudah Di Ambil Keterangan Kes Keracunan Makanan

18.06.2024 - 15 individu termasuk pengusaha katering sudah diambil keterangan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, pada 10 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, setakat ini, seramai 15 individu sudah dirakam percakapan terdiri daripada pihak penganjur, ahli jawatankuasa, pengetua dan penyedia makanan.

“Mangsa lain yang mengalami keracunan makanan pula dalam tindakan untuk merakam percakapan mereka hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas makan sarapan pagi pada Program Kemahiran Amal Islami (Kamil) Peringkat Daerah Gombak. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ummi Kalthom Shamsudin dilaporkan berkata, keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa. Terdahulu, media melaporkan dua mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan dan remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan. Kedua-dua mangsa dipercayai menjamu juadah bihun goreng dan telur mata yang disediakan untuk satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Chinchin, Gombak pada 8 Jun sebelum disahkan meninggal dunia.
1718679848566.png
 
Dah tiba masa KPM meletakkan safety supervisor/food inspector/dietician atau seangkatan dengannya di setiap PPD. Audit semua kantin, menu2 kantin, menu2 semasa aktiviti anjuran sekolah samada disediakan di sekolah atau daripada penyedia makanan dari luar yang dihantar ke sekolah. Tapis dan sediakan SOP penyediaan makanan di sekolah. Apply Hygiene safety di kantin2 sekolah.
 

Keracunan makanan Gombak: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan​


18 JUN 2024

2693025.jpg

Laporan Sinar Harian


KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 8 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mereka yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.

“Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dirakam keterangan setakat ini dalam membantu siasatan adalah seramai 15 individu dan tindakan hari ini untuk merakam keterangan mangsa-mangsa keracunan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu lepas, polis telah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan dalam kejadian keracunan makanan di Gombak, di sini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.

Sebelum ini jabatan itu memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan makanan pada program tersebut. – Bernama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register