BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut, Kancil bertembung Kenari

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
*Dua maut, Kancil bertembung Kenari*
IMG_20220406_114113.jpg

KUALA PILAH: Dua maut apabila kereta yang mereka pandu bertembung di Kilometer 29, Jalan Seremban– Kuala Pilah, di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Tanjung Ipoh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi, pemandu Perodua Kancil maut di lokasi kejadian manakala pemandu Perodua Kenari meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata Perodua Kancil dipandu pengurus restoran makanan segera, seorang wanita berusia 24 tahun manakala Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 28 tahun.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika pemandu Kancil iaitu Nur Amylia Shahira Hamidi, 24, dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kenari dipandu Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28 tahun yang sedang bergerak dari arah Kuala Pilah menghala ke Terachi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amran berkata, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Kancil yang beralamat di Kampung Pelangai, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa anggota badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah manakala pemandu Perodua Kenari meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah di hospital sama.

#BHkes
#IUCNorthernNews
 
innalillahiwainnailaihirojiun...
salam takziah buat keluarga mangsa...

Bagi yang belum ada sebarang perlindungan medikal kad/hibah takaful boleh click saja link
http://bit.do/hibah-dan-medical-card

#hibah
#prubsntakaful
#muqmeengroup
#betterlatethannever
 
Back
Top
Log in Register