TXT
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 449,199
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 449,199
- Reaction score
- 36,349
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Dua maut, bas persiaran bawa pelancong China terbalik di Jalan Genting
29 Jun 2024 12:22pm
Keadaan bas persiaran membawa 21 penumpang termasuk pemandu yang terbalik di Kilometer 16.5, Jalan Genting Highlands, Bentong pada Sabtu. Foto kanan: Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas bas persiaran membawa pelancong warga China terbalik di Kilometer 16.5, Jalan Genting Highlands, Bentong pada Sabtu.
BENTONG - Dua maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China dilaporkan terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa yang maut merupakan dua penumpang lelaki dipercayai warga China.
Menurutnya, pemandu bas, dua pemandu pelancong warga tempatan dan 16 penumpang warga China yang lain dilaporkan cedera dan berjaya dibawa keluar.
"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 10.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting dan Unit Bomba Genting ke lokasi untuk operasi menyelamat," katanya.
Sebahagian penumpang yang selamat dalam kejadian bas persiaran terbalik di Kilometer 16.5, Jalan Genting Highlands, Bentong pada Sabtu.
Ismail berkata, anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.
"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan.
"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

BENTONG - Dua maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China dilaporkan terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong pada Sabtu.Penolong Pengarah...
www.sinarharian.com.my