hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 16,808
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 16,808
- Reaction score
- 1,080
- Points
- 201
Info group FB... Bas rombongan sekolah dr Melaka ke Terengganu terlibat Kemalangan, baru sahaja berlaku berdekatan simpang tengkorak Jalan Keratong - Bahau - Kuantan - Segamat. Bas terbabas ke dalam gaung.
Ada mangsa tercampak keluar dari bas, ada 2, 3 orang mangsa terbaring di atas jalan.
Dari arah Muadzam nak menghala ke Keratong/Segamat diminta jangan laju sebab laluan tersekat. Tidak dapat dipastikan bas bertembung dengan kenderaan apa.
U.p. : Polis Daerah Rompin Balai Bomba Muadzam Shah
Dua maut, 37 cedera kemalangan babitkan bas bawa rombongan guru, treler
ROMPIN: Dua maut manakala 37 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas bawa rombongan guru dan treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Hasnatul Adilah Hassan dan Mohd Adi Hasan.
Beliau berkata, kejadian jam 1.30 pagi tadi itu mengakibatkan bas yang membawa 39 penumpang itu termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan.
Beliau berkata, bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Nor Azman berkata, mangsa Hasnatul Adilah yang juga guru berusia 48 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Adi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah, Rompin.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keadaan gelap di simpang tiga Bahau dan pemandu bas itu telah hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Nor Azman meminta saksi kejadian supaya tampil membantu pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.31 tengah malam.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah tiba ke lokasi kemalangan pada jam 12.56 tengah malam.
"Operasi menyelamat turut dibantu anggota dari BBP Chini, BP Segamat, BBP Jalan Abdullah, Segamat dan BBP Jempol, polis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Anggota bomba terbabit mengeluarkan semua mangsa yang berada di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun. Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.
Artikel Berita Harian
Nahas rombongan guru: Mangsa ketiga meninggal dunia
MUADZAM SHAH – Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.
Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa yang juga seorang guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sebelum itu, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.
Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.
Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.
Artikel Sinar Harian
SEORANG LAGI GURU MENINGGAL DUNIA DLM TRAGEDI KEMALANGAN DI KERATONG
ROMPIN, PAHANG, 9 Jun - Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.
“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.
Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.
Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.
Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Sumber: BERNAMA
#infosemasa